Pages

Thursday, October 30, 2008

Pergi tak kembali

Jam 10 malam tadi, dah masuk tido... aku masih belum dapat melelapkan mata dek kerana Najlaa yang tak tido lagi... hampir jam 10.30, baru dapat melelapkan mata... tiba-tiba...

"Your electronic messages has arrived", kata henpon abang...

sapa pulak bagi mesej malam-malam ni, cetus hatiku.

"Astagfirullahal ' adzim, astagfirullahal 'adzim", istigfar abang... aku yang mamai-mamai ni terus tanya kenapa dan capai telefon.

"xx telah selamat kembali ke rahmatullah tepat jam 10.30 malam tadi", berderau darah aku. Ada suara sedu kedengaran.

Kawan abang sejak di universiti, meninggal kerana sakit kanser usus. Sebaya abang. Baru raya ni kami jenguk arwah di kampungnya di KB. Masa tu abang terperanjat dek perubahan arwah yang dahulunya agak berisi tetapi hari tu dah jadi kurus kering!

Aku yang sememangnya mengetahui akan penyakit ni akan jadi kurus kering, tak menjangkakan akan perubahannya yang menurut kata abang, dia agak berisi sebelum ni. Sebab ada saudara terdekat aku mengalami penyakit ini tetapi saudara aku tu memang kurus orangnya.

Apa yang meruntun jiwa aku adalah anak-anaknya yang lebih kurang sebaya anak-anakku. Masih kecil, masih perlukan pemerhatian dan kasih sayang ayahnya. 3 orang anaknya. Mulus rupanya tika kami melawat mereka dahulu, tidak mengerti akan penderitaan si ayah. Bagaimana si ibu mahu menjawab persoalan anak-anaknya nanti? Di mana ayah? Kenapa ayah tak pulang-pulang lagi? arrghhhh...

Semoga Allah SWT menempatkan arwah bersama-sama orang yang soleh. Al-fatihah.
Read more...

Tuesday, October 28, 2008

Selamat Hari Raya Puasa 6...

Assalamualaikum semua,

semoga semua berada di dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT.

alhamdulillah, tahun ni aku dapat puasa penuh di bulan Ramadhan dan hari ni aku dan hubby beraya setelah puasa 6... rasa lengkap tahun ni, seperti tahun-tahun sudah.

nak masak apa raya ni? hehhe... lepas berbuka semalam je terus aku rebus ketupat, pepagi ni buat soto... abg makan mi sup je... jadilah buat kami berdua ni. tengahari ni makan tu je. abang ada course kat hotel hari ni, dia raya kat sanalah... makan sedaplah tu nampaknya. :)

Transit @KLIA from TRG to KCH

Read more...

Sunday, October 26, 2008

Petua elakkan anak terkena sakit kuning (jaundis)

1. ibu amalkan multivitamin Vitamin D ketika pantang
2. ibu jangan makan halia dan kunyit ketika pantang
3. ibu jangan makan jeruk dan asam ketika mengandung
4. ibu jangan makan junk food dan makanan yang mengandungi msg ketika mengandung
5. ibu minum air susu kambing ketika usia kandungan 8-9 bulan
6. beri baby air sengkung cina (lenyekkan), boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan juga.
7. banyakkan susu ibu dan kerap beri kepada baby ketika dalam pantang
8. ibu minum susu kambing ketika pantang (beli yang segar dan panaskan),
9. ibu kurangkan pengambilan ikan ketika usia kandungan masuk 7 bulan tetapi lebihkan pengambilan sayur-sayuran (terutama bendi) dan buah-buahan
10. mandikan baby dengan air rebusan daun belimbing buluh
11. ibu makan pil susu kambing cosway



Sengkuang cina

credit to susuibu.com

Read more...

Wednesday, October 22, 2008

Karipap Ayam

"Ya Allah sedapnyaaa... dahlah rangup, lembut pulak tu... pendek kata sedaplah"

gelak besar aku dengar abang cakap macam tu masa makan tika berbuka semalam. Memang pun, tak sangka pulak aku dapat buat karipap yang rangup dan sedap tapi tang kelim dia tu, memula cantiklah, lama-lama jadi senget benget...

kepada sesapa yang nak cuba karipap simple ni, di bawah ni ada resepinya:

Resepi: Karipap Ayam
Bahan-Bahannya:
Untuk Inti:
4 ketul ayam (potong kecil isinya)
2 biji kentang (dipotong dadu)
3 ulas bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu rempah kari
sedikit garam
secukup air untuk mereneh

Untuk Kulit:
500 gm tepung gandum
2 sudu marjerin
1 senduk minyak masak (dipanaskan sebentar)
setengah cawan air masak + 2 ketul ais
secubit garam

Cara-caranya:
1) Campurkan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan sedikit demi sedikit air.
2) Uli hingga menjadi doh dan bahagi doh kecil-kecil menggunakan pisau.
*doh ni nanti akan ada lebih. kes tak tau bajet inti banyak manalah ni... hehhe


3) Masak inti: tumis bahan tumbuk sebentar, masukkan serbuk kari dan kacau sebati
4) Masukkan kentang, ayam dan air sedikit demi sedikit hingga masak.
5) Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga inti kering dan kentang empuk.
6) Sejukkan sebentar inti.


7) Masa untuk meletak inti ke atas doh yang dileperkan, dan kelim tepinya mengikut kreativiti anda... dan goreng hingga kekuningan.


Selamat Mencuba!
credit to kak su
Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Selamat Hari Raya semua

Assalamualaikum,

ni gambo raya tahun ni... raya kat Johor. Raya ke3 baru balik Tranung. Tahun ni ada famili long dan famili aku je. Lepas solat raya, baru famili ngah balik. Yang takde, famili akak jelah. Nasib baik 2 orang bujang tu tak kawen lagi, so dapatlah tetiap tahun raya kat kampung ni.

Dari kiri (belakang): Ulfah (bongsu Long), Kak Mun (wife Long), Long, Abah, Mak, Abang, Aku dan Najlaa. Dari kiri (hadapan): Danial (no2 Long), Wan (no3 Long), Emi (adikku), Aidi, Kakak (sulong Long)

Raya ke 10 (Sabtu), kami baru balik Kuching. Masa tengah mendobi rumah Ahad tu, tiba-tiba Najlaa panas. Aik, demam ke Laa? terus bagi ubat demam yang cair. Kebah kejap. Esoknya panas lagi. Kena pi klinik ni. Doktor bagi ubat yang sumbat kot bawah tu. Alhamdulillah. Kejap je dah elok. Dari hari Najlaa demam lagi kami berkira-kira nak buat open house. Nak buat ke tak kenalah tunggu dia betul-betul pulih. Alhamdulillah, Rabu dah sihat sepenuhnya tapi malam sebelumnya, Aidi pulak yang batuk kering tiba-tiba masa tengah malam. Kelam kabut gak sebab dia takleh bernafas. Abang letak vicks, baru elok sikit.

Maka, kami pun ambil keputusan untuk buat open house malam Rabu. Sebab ada bawa balik satay dan kopok gote dari Tranung. Kalau lambat-lambat, takut tak elok dan tak sedap pulak. So, jemputan lebih kurang 50 orang yang confirm. Aku jemput kawan-kawan sini dan jiran. Abang jemput kawan ofis je. Menu hari tu aku buat paling simple sesimplenya. Antaranya mihun sup, soto dan buat puding jagung sikit. Abang buat air sirap dan uruskan satay dan kopok.

Seawal lepas subuh hari Rabu tu dah mula operasi. Kopek bawang, rebus ketupat, hiris bawang. Abang kije, so pepagi dapat tolong sikit je. Esok baru dia cuti. Tengahari aku keluar dengan anak-anak, beli ayam dan taugeh. Balik terus masak sup 2 periuk. Dapur 2 tungku je, periuk pun secotet-secotet. Kenalah masak awal-awal dan sikit-sikit. Dah settle sup, buat sambal kicap pulak. Tung tang tung tang. Dah siap. Masak puding jagung pulak. Kul 3 dah boleh duduk. Sempat aku lelap mata kejap. Abang balik kul 5 terus masuk dapur dan buat kije. Tetamu datang ada lepas maghrib, ada datang kul 7.30 mlm. Abang cakap lagi senang buat malam sebab masanya tak panjang. Kul 9.30 macam tu dah takde orang datang. So, bolehlah rest awal. Abang yang kemas semua. Dia yang soh aku baring, takut penat.

Sila-sila... ada satay, kopok lekor, mihun sup, soto, puding... :)


Tapi tang bajet nak buat open house ni aku memang fail. Apa taknya, lepas masak 2 periuk sup, abang bagitau ada tambahan orang datang. Aku pun tambah lagi 1 periuk sup dan 4 ketul ketupat Adabi tu. Memang tak reti bajet. Bila dah takde orang datang, 1 periuk sup dan 6 ketul ketupat tak terusik. Satay asalnya ada 400 cucuk, cuma luak 300 cucuk je. Aku celur mi 3 bungkus, habis. Yang barang-barang lain yang tak habis, boleh sambung. Macam sambal kicap, taugeh, daun sup tu. Kalau sup tu, memang mandi suplah abang kata... hahhaha.

Wah, teringin nak makan keladi goreng cicah sambal kicaplah pulak. Tengah puasa 6 ni. Sedapnyaa... hehhe
Read more...

Friday, October 10, 2008

Dah, balik-balik...

Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... tak terlambat lagi untuk aku wish memandangkan mood raya masih menebal lagi, sedangkan hari ni dah masuk raya ke-10.

Tahun ni turn raya ke kampung aku. Wah, kemain seronok lagi nak balik. Berkobar-kobar nak balik hari tu. Tapi aku punya baju raya je tak sempat nak jahit. Nak dijadikan cerita... jeng jeng jeng

Hari Khamis sebelum balik kampung tu, aku pulunlah buat baju raya aku. Konon nak jahit baju pesen, kain yang Kak Mun bagi tu. Tengah-tengah betulkan benang ni, sekali kaki aku terkayuh mesin jahit tu. Apalagi... sepantas kilat aku tarik jari aku ni. Bila tengok jari hantu tangan kanan ni, dah terpacak jarum mesin yang patah, dek aku sentap tadi. Mak aihhhh... aku pu try nak cabut jarum tu, tak boleh sebab melekat terus. Kebas jangan citer, seluruh lengan ni terasa sakitnya. Adoilah. Jam kul 12.38 tengahari. Hari kije pulak tu. Najlaa tido. Aidi tengah tengok playhouse disney. Nak wat cemane ni? Aku call abang soh balik. Air mata dah berjurai-jurai ni. Cakap pun tak clear. Hahahhaha... Aku terlupa pulak abang ada Khidmat Masyarakat ke Bau hari tu. Nasib baik masa call tu dia dah on da way balik, dah dekat-dekat town je.

Dekat 20 min tunggu abang balik. Adoilah, terasa macam berejam-jam. Aidi asyik dok tenangkan aku. Ada pulak dia cakap, "kejaplah mi, abahkan balik kul five"... huhuh... berapa lama mau tunggu. Dia kejap-kejap gi tengok pintu, kot-kot abang dah balik. Takde jugak. Adoi bang, cepatlah. Kul 1 lebih abang kelam kabut balik buka pagar. Aidi pun jerit cakap abah dah balik. Aku apa lagi... cepat bang, tolong!!... Ya Allah, mengucap panjang abang. Hahahha...

Yelah, apa taknya... jarum dok terpacak kat jari ni. Abang pun panik memula, tak tau nak buat apa. Aku soh dia amik playar. Dia gi amik yang muncung tirus. Isk, aku yang ketar pulak nanti. Cari lagi playar yang biasa. Nasib baik ada. Sekali napas, selawat semua, dah settle. Fuhh... lega rasanya. Darah pelan-pelan mengalir. Nasib tak banyak sangat darahnya. Kebas sebelah lengan pun dah beransur-ansur hilang. Alhamdulillah.

Dah abis drama tu, sesi bercerita pulak kat abang. Tung tang tung tang aku bercerita. Sedu pun tak hilang lagi. Hahahah. Sebelum ni aku pernah tertusuk jarum gak tapi kena tepi-tepi je. Tu yang boleh cabut sendiri. Kali ni memang harulah. Time tak boleh cabut tu, macam-macam rasa. Rasa nak panggil jiran mintak tolong, rasa nak gi klinik je tapi Najlaa tido, satu kije nak mengangkat dia pulak, dengan Aidi tak mandi lagi tu. Isk-isk-isk... kalo abang takde, mati kutu gak aku nak pikir. Abang pulak dia cerita, masa dapat call tu, dah macam-macam dalam pala dia, aku bleeding ke, anak-anak sakit kena apa ke. Hahaha... aku tukang gelak pulak.

Terus abang kasi cuti masak hari tu. Baju-baju takyah jahit lagi. Beli je kat kampung nanti. Aku pun apalagi, sebagai isteri solehah, kenalah patuh kata suami. Tapi hari tu je. Esokya Jumaat aku pulun potong kain dan jahit mesin sebab esoknya dah nak balik kampungkan, yang jahit tangan aku boleh buat kat kampung nanti. Abang geleng pala je tengok aku menjahit. Aku cakap takpe, abang ada. Hiihiii... yelah, kain hasil bisnes online aku beli sendiri tu. Pilih sendiri kainnya. Memang meraunglah kalo tak jadi pakai. Hahha..

1 Syawal... aku pakai baju kawen je. Gambo tak upload lagi. Baju yang aku dok pulun buat tu, malamnya aku baru pakai sebab memang baju second sebab tak kena kaler.

La ni tengah berkemas nak balik Kuching esok pagi. Cukuplah dulu cuti 2 minggu ni. Dah, balik-balik... Rindu pulak kat umah Kuching. :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...