Friday, July 17, 2009

EPF


"sian Ai kan... takde EPF"


tiba-tiba terpacul ayat tu dari mulut abang... dia tengah bercerita pasal EPF dia yang dia keluarkan untuk bayar duit belajar MBA.

aku senyum je... senyum pait

dia sambung lagi, "tapi orang yang ada EPF tu semua jeles ngan Ai kan... "

uik... abang...

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki akal fikiran dan rezeki melimpah ruah. Nak kumpul duit gi haji ni.


p/s: tengah berkemas, esok nak balik KL-JHR-TRG sebulan.


Friday, July 10, 2009

Buzy like a beeee

Assalamualaikum semua,

sihat tak hari ni? Aku dah 3 hari batuk selesema, sib baik tak demam, jangkit dari anak-anaklah ni. Asalnya Aidi batuk selesema dulu... rasanya dia dapat kat sekolah kot. Pastu turun ke Najlaa, pastu turun ke Sara. Aku pulak dok cium-cium Sara, sampailah dapat virusnya tu. Budak-budak ni dah nak baik, aku je tak abis-abis lagi batuknya. Abang sorang je yang imune takat ni. hehhee...

Huhhh... sibuk betul aku 2-3 minggu ni. Apa taknya, sekali dapat upah buat blog 4 biji sekaligus. Pastu selang sehari, tambah lagi 2 blog. Pastu tambah lagi 3 blog untuk update... pastu ada orang nak banner 3 bijik! fuhhh.... mana tak sakit aku. Ada kawan komen, "takpe-takpe, banyak masyuk... sakit pun takpe... hehhe"... kalo dah sakit, cemane nak buat kerja, ye tak?

Dalam tempoh aku tak update blog ni, banyak benda berlaku. Antaranya hadiah tak collect lagi. Kawan banyak kerja. Tunggu dia free baru pegi collect. Lama menunggu ni. Pastu ada 2 orang kawan kat sini dapat pindah balik semenanjung terus. Dua-dua dah 4 tahun lebih kat sini, Cikju dan Kak Azwa.

Kisah Cikju ni betul-betul menyayat hati. Aku kenal dia dari semenanjung lagi, kawan-kawan 1 forum yang dah jumpalah. Selang setahun dia duduk kat Kuching ni, kami pulak pindah ke sini. Dia cikgu j-Qaf. So maybe dalam 3 tahun pertama tu tak boleh balik semenanjung. Setahun lepas tu, dia kawen. Husband dia tinggal kat sem, dia kat sini. Selang sebulan mereka bergilir-gilir jumpa. Bulan ni dia balik kampung, bulan depan hubby dia datang ke sini dan berikutnya. Dan alhamdulillah, tak lama lepas tu dia preknen. Dipendekkan cerita, due nak bersalin pun dah tak lama. Lagi 2-3 hari macam tu. Tup-tup aku dapat mesej dari kawan serumah dia, "baby cikju dah takde, ni kat hospital nak bersalin gak"... lebih kurang macam tulah. Babynya dah sehari tak gerak, bila cek denyut jantung dah takde. Terkedu aku dengar. Hanya kawan dan ibunya sahaja yang menjadi teman sepanjang di hospital. Suaminya masih lagi di dalam kapal terbang dari semenanjung dan tiba di sini untuk melihat arwah anaknya, solatkan dan terus kebumikan. Dekat sebulan jugak nak recover dari kesedihan tu menurut cikju. Namun Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Lepas 3 bulan dia bersalin, dia mengandung lagi. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Kali ni memang dia jaga sungguh-sungguh kandungannya. Tak drive sangat, tak aktif sangat. Suaminya pun concern sangat-sangat. Masih jarak jauh lagi dengan suaminya ni. Dipendekkan cerita, duenya lagi sebulan, dia dah pulang ke kampung. Amik cuti tanpa gaji rasanya. Yelah, anak yang ditunggu-tunggu selama ni, kenalah bagi perhatian lebih sikitkan. Akhirnya keluar juga permata hati mereka secara ceaserean sebab baby besar. Lelaki kali ni, yang arwah dulu tu perempuan. Suami, mak mertua, pak mertua, mak dia semua ada kat hospital. Alhamdulillah, ada suami yang mengazan dan mengiqamatkan baby. Dah selesai azan semua, pulanglah suami, mak mertua dan pak mertua ke rumah sebab nak solat subuh sebab cikju beranak awal pagi. Maka berita yang tak disangka-sangka, suami, mak mertua dan pak mertua menemui ajal pagi itu. Kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dan meninggal serta merta kalau tak silap. Dia pada masa tu yang tak boleh bergerak (operate, mmg susah nk gerak), hanya dimaklumkan lewat petangnya. Doktor menasihatkannya kalau nak melihat arwah, risiko sakit kat bahagian jahit tu kena tanggung sendirilah. Maka dia pun meredhakan pemergian suami tercinta. 2 bulan setengah lepas tu barulah dia pergi melawat kubur arwah dan berita perkhabaran untuk pulang selamanya ke semenanjung adalah satu lagi menunjukkan Allah betul-betul Maha Adil. Semoga Cikju dan Fathi gembira dan tenang di kampung.

Muhammad Fathi bin Mohd. Fuad, 2 bulan lebih


Gambar kenangan sebelum berpisah. Entah bila bertemu lagi. (Aku nampak gumukskan!)


Kisah kawan lagi sorang ni takde sedih sangat. Dia ni baru kawen Gawai baru ni (akhir bulan 5). Suami kat semenanjung, dia kat sini. Mintak pindah dari tahun lepas lagi tak dapat-dapat. Majlis resepsi 1/8 ni pulak tu. Pastu last month keluar list transfer (satu ofis ngan mr hubby aku). Tengok-tengok nama dia takde. Frustlah kawan tu. Esoknya listnya sambung lagi, alhamdulillah nama dia naik. Kiranya hadiah perkahwinan gaklah ni, dia dapat transfer balik di sisi suaminya tercheenta. Malam khamis semalam ni, kami meraikan rakan-rakan yang akan pindah terus ke semenanjung (ada 3 orang semuanya) di The Banquet, sedap gak makanannya dalam pada aku tengah batuk-batuk tak sihat ni. Hehhe. Paling berasap adalah shark fin yang pedas dan panas, tak penah lagi aku makan sebab selalunya tak pedas.

Bila mak-mak (& 2 dara) berjumpa, borak tak ingat. Yang dirai tu yang tudung bercorak kaler pepel.


Suasana dalam The Banquet ada 3 meja bulat. Buffet dok belah kanan gambar ni. (enterprem plak si Najlaa ni)


"Nasi goreng tak sedap, kita layan buah jelah laa", abang Aidi kata.


Sesi ucapan goodbye dan bagi2 hadiah. Najlaa participate tepuk tangan.


2 out of 5

Wednesday, June 17, 2009

Aku Menang!! Alhamdulillah syukur

Congratulations!

Winners for 13pc set comprising of CORELLE Dinnerware, PYREX Bakeware and Metalware!

hoh!

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah, syukur tak terhingga sebab aku menang juga contest ni. Dah lama join contest-contest yang diorang anjurkan tapi baru kali ni menang. Dah nasib. Alhamdulillah. Kak tyha yang ucap tahniah aku menang semalam... bila cek-cek kat Contest Winner, nama aku naik! alhamdulillah.

So sekarang tengah tunggu email dari pihak diorang dan cara-cara redeem hadiah. Actually, hadiah ni kat Singapore, luckily aku ada kawan kat sana. So takde masalahlah, cuma kalau nak pos ke Kuching ni, kos pos jelah mahal. Takpe, balik raya aku collect dari kawan.

It's me!!! click a picture for a larger view
or you can directly go to this site

Saturday, June 06, 2009

Musim kawen

3 musketeers

Assalamualaikum semua,

sihat? alhamdulillah... kami pun sihat tapi ada busy sikit lately... aku kena siapkan order tirai sinki tapi mesin merajuk pulak. Repair-repair, terbang gak RM40. Pastu kena siapkan blog orang. Nipun ada lagi 2 tengah tunggu turn... turn bagi details dan sebagainyalah. Nanti dah ada semua, aku buatlah sekaligus. Nasib baik banyak browser kat lappie ni, thanks abang. Senang aku nak wat kerja. Yelah, kalau dah sekaligus buat, kenalah asing-asing. Satu kat IE, satu kat Mozilla, satu kat Opera, satu kat Google Chrome... Safari je tak kacau sebab tu khas untuk abang sorang je. Hehheh... kang komplen, asik kena login je tiap kali nak masuk email.

Oh, nak citer pasal kawen, tercerita lain pulak ye. Hehhehe. Last week dapat jemputan kat Kampung Boyan, tapi tak pergi sebab dah terlewat. Nasib baik ada jemputan lagi hari ni. Pestime pegi kenduri kawen kat sini. Kesiankan, dah 3 tahun kat sini tapi baru dapat undangan. Dulu masa mula-mula sampai sini, pernahlah gi sekali, tapi kat Dewan Suarah, malam plak tu. Tapi kali ni kat rumah je, biasa-biasa je. Tadi kat Jalan Astana je, dekat dengan rumah aku ni. Undangan dari kawan abang, adik ipar dia yang kawen. Dapat pulak wife orang Gombak. Jauh kemain dapat jodoh. Kami semua bertolak ke sana dalam jam 10.30 pagi. Majlis kat sini sekitar jam 10-12 tghari sahaja. Lepas tu memang dah takde. Maksudnya, sekali makanlah. Wife kawan abang kata, disebabkan selalunya orang sini dapat jodoh dekat-dekat je, tu yang buat majlis kejap je tempohnya. Kalau jauh pun, jauh orang semenanjung terus.

Wife dia cerita lagi, rombongan belah pompuan dalam 30 orang, duduk kat Tune Hotel, datang ke rumah pengantin naik bas. Perghhh.... banyak bajet tu. Memula kami sampai je, terus diberi tempat duduk. Kat dalam rumah ada khatam Al-Quran, so kami kat luar jelah. Memandangkan cuaca pun teramatlah panas. Then ada 3 khemah disediakan, khemah pompuan dan 2 khemah lelaki. Eh, terlebih pulak khemah untuk orang lelaki ye. hehhe. entah. Atas meja ada pinggan, cawan, air basuh tangan je. Nasi dan lauk mana? wife dia cerita, kena kasi penuh itu khemahlah, baru makanan akan diserve. Pulak. Kalo semenanjung, asal duduk je terus makankan. Ini dengan panas lagi. Dengan 3 orang musketeers lagi. Fuuhhh.

Habis khatam, sambung gurindam berzanji oleh para bapa2 pula. Tup-tup kejap je dah penuh khemah dan tak lama tu makanan di servelah. Apa lagi, makanlah cepat, takleh tahan dah ni. Panaslah. Dah abis makan, barulah perantin datang. Cara sini teramatlah lain. Walaupun belah lelaki, pengantin pompuan ngan lelaki mesti kena naik keter dari mana2lah untuk sampai ke umah majlis tu. Patutlah banyak kali nampak asal ada majlis je, mesti ada keter berhias. Hehheh.

Dah tengok perantin, dah lengkaplah gi majlis kawen orang ni. Dah becek2 semua, bertolaklah kita pulang. Tak tahan panasss sangat.

Pengantin baru turun dari keter. Laki org sini, puan org Gombak. fuuhhh


Gambar takde kena mengena. Saje je. Heheh.

p/s: gambar dari kamera Nokia N82, hadiah anniversary dari abang. Cunkan?

Monday, June 01, 2009

Happy Anniversary ke 6

Majlis di Johor, 6 thn lepas

semalam, 31 Mei anniversary kitorang yang ke 6... dah 6 tahun kawen, rasa macam baru je lagi...

petang semalam buat BBQ kat rumah... sekali ngan cuti Gawai 4 ari ni, sampai ari selasa... seafood BBQ... ada ketam, ada udang galah, ada sotong, ada ikan caru... nyum nyum...

buat abang,
terima kasih sebab jadi husband Ai
terima kasih sebab jadi abah kepada anak-anak Ai
terima kasih sebab jadi rakan Ai yang paling karib sekali
terima kasih sebab jadi pendengar yang setia
terima kasih sebab bagi banyak kesenangan dan kemudahan dalam hidup Ai dan anak-anak
terima kasih sebab mengharungi saat susah dan senang bersama
terima kasih sebab semuanya
terima kasih tak terhingga
i love you selamanya

Monday, May 11, 2009

Weekend yang...

Assalamualaikum semua,

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMMIES OUT THERE. Buat Mak, kita sayang mak selalu. Untuk Cik, terima kasih sebab jadi mak mertua yang paling sporting. 

Hari Jumaat, Aidi balik dari sekolah, terus bagi aku kad Mother's Day... terharu sangat bila dia cakap I LOVE U, UMMI... huhuu. Kad dia buat ramai-ramailah kat sekolah. Cikgu lukis, dia kalerkan dan dia tulis nama dialah.

Hari Sabtu, dapat 'invitation' untuk Grand Opening Emart kat Matang. Ada pasaraya besar baru buka, ala-ala Tesco, Giant dan Carrefour. Sini takde benda-benda tu semua, bila ada satu kedai yang buka macam tu, sambutan memang amat luar biasa. Sampai nak parking pun ada kat seberang jalan sana. Masalah parking kat Kuching ni pun 1 hal. Kat KL, boleh dikatakan ada basement untuk parking, tapi kat sini, lebih landed. Memanglah tanah luas tak hengat, tapi kekdah macam tu buat orang sakit kaki nak jalan jauh. Sudahnya menunggu nasib untuk dapat parking yang dekat dengan entrance. 

Susunan kedai dan entrance Emart tu sebijik macam kat Carrefour and the brotherslah. Ada kedai kecik depan tu sebelum masuk ke dalam pasaraya. Bahagian dalam pasaraya ada setingkat lagi. Barang-barang dapur kat bawah, barang-barang plastik, elektrik, diapers, alatulis dan sewaktu dengannya semua kat belah atas. Tapi yang tak bestnya, kalo dah gi beli barang kat atas, troli dan kaunter pembayaran semua kat atas. Maknanya, kalo ada hati nak beli pen dan shower foam, kena gi naik atas dulu untuk beli pen (kena bayar terus) dan turun untuk beli shower foam dan bayar. Kan ke leceh namanya. isk isk isk... Tak user friendly langsung.

Hari tu kami dah pilih-pilih barang kat bawah (nasib baik sikit je barangnya), baru tergerak nak gi naik atas. Banyak pulak nak pilih kat bahagian atas ni, ada bekas bekal Aidi, ada buku kerja Aidi, murah-murah... tu yang bestnya. Bila nak bayar, Najlaa ternampak pulak basikal kecik. Kemain menjerit lagi dia nakkan basikal tu. Terpaksalah amik sebab memang nak carikan untuk dia. Dengan keadaan orang yang ramai tu. isk isk isk. Sabo jelah.

Tengahari kami balik rumah. Sampai rumah aku pening. Memula macam migrain sebab belah kanan je, pastu dia beralih ke atas kepala pulak. Adiushh. Lepak baring-baring kejap. Takleh tido pun sebab budak-budak tak tido sangat. Petangnya, amik angin kat luar kat backyard. Bentang tikar sket. hehhe.

Piknik belakang rumah.

Najlaa buat aksi menari macam princess.

Orang baru bangun tido (kena paksa bangun sebab tido kul 4, maunya tak kena kejut)

Suka dia dapat beskal baru.

Ni pun baru bangun tido terus piknik.

Lepas makan malam, peningnya makin teruk. Tambah dengan ulser ni lagi. Lain macam pulak peningnya. Abang ajak gi klinik. Doktor bagitau aku ni dah masuk golongan Bad Migrain. Ada istilah tu ke? Dia cakap, migrain yang sebelum ni tak habis, tu yang dia datang dan datang dan datang lagi. Ubatnya, pain killer jelah. Takde ubat specifik untuk migrain ni.

Balik rumah makan ubat terus, abang picit-picit pala sket. Tak lama, terus ringan kepalanya. On da way ke klinik aku mesej mak ucap Happy Mother's day dan nak gi klinik. Mak kata dah ada ke? hoh!!!!

Hari Ahad, Hari Ibu. Tengah masak tengahari banyak betul mesej masuk. Thank Yati, Jah, Nor, Ecah, Ina, Sarah, Kak Shima dan lain-lain. Ingatkan malas nak masak sebab Hari Ibukan, ingatkan dapatlah cuti. hehhe... masaklah jugak. Ikan bawal sweet sour dengan sotong celup tepung je. Petang layan Prison Break dengan Cicakman 2 - Planet Hitam. Best gak.

Thursday, May 07, 2009

Menu orang sakit

Assalamualaikum,

diharap anda semua sihat-sihat belaka, di samping keluarga tersayang. Minggu ni saya sakit. Sakit apa? Macam biasa, ulser menyerang. Kali ni ada sebiji je dalam mulut. Kat lidah sisi kanan pulak tu, tu yang sakitnya lain macam. Lekuk dalam pulak tu. Sampai separuh muka belah kanan ni jadi sakit sampai ke leher. Nak breastfeed Sara pun kena baring belah kiri. Kalau baring belah kanan, sakit. Tapi kadang-kadang lanyak je. Jangan ikutkan sangat sakitnya orang kata. Tapi dah sakit, nak wat cemane. Pepandai ubatlah. Doktor cakap, orang breastfeed tak elok guna ubat untuk sakit ulser ni. Ada baiknya minum air masal banyak-banyak. Tapi aku lain, dah minum bergelen-gelen air pun tetap kena jugak. Bila doktor dengar aku cakap macam tu, dia alih pulak kepada hormon dalam badan u kot. isk isk isk... tak taulah aku.

Lupa pulak nak citer pasal tajuk ni. Semalam aku buat Bubur Nasi Ayam. Tak larat nak kunyah. Gambo ni fresh lagi, tengahari ni buat lagi.

Bubur, pepper dan ubat sakit mulut

Resepi: Bubur Nasi Ayam (ala-ala McD)
Bahan-Bahannya:
2 mangkuk nasi
2 ketul ayam (ambil isinya)
4 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia
1 kiub pati ayam Knorr
air secukupnya
daun sup
carrot (dipotong kiub)
kentang (dipotong kiub)

Cara-caranya:
1) tumis bawang dan halia, dah naik bau, masukkan ayam, air, carrot, kentang dan kiub.
2) bila ayam dah masak, ambil ayam tadi dan blendkan. Blend kasar je. Masukkan nasi dalam sup tadi dan tuang ayam yang dah diblend tadi.
3) Guna pengacau yang buat adun kuih tu, Masak hingga nasi hancur. Jangan pekat dan jangan cair. Kalau pekat, tambah air.
4) bila dah nak masak, masukkan daun sup, kacau sebentar dan matikan api. Sedap dimakan dengan white pepper.

Selamat Mencuba.