Pages

Thursday, October 30, 2008

Pergi tak kembali

Jam 10 malam tadi, dah masuk tido... aku masih belum dapat melelapkan mata dek kerana Najlaa yang tak tido lagi... hampir jam 10.30, baru dapat melelapkan mata... tiba-tiba...

"Your electronic messages has arrived", kata henpon abang...

sapa pulak bagi mesej malam-malam ni, cetus hatiku.

"Astagfirullahal ' adzim, astagfirullahal 'adzim", istigfar abang... aku yang mamai-mamai ni terus tanya kenapa dan capai telefon.

"xx telah selamat kembali ke rahmatullah tepat jam 10.30 malam tadi", berderau darah aku. Ada suara sedu kedengaran.

Kawan abang sejak di universiti, meninggal kerana sakit kanser usus. Sebaya abang. Baru raya ni kami jenguk arwah di kampungnya di KB. Masa tu abang terperanjat dek perubahan arwah yang dahulunya agak berisi tetapi hari tu dah jadi kurus kering!

Aku yang sememangnya mengetahui akan penyakit ni akan jadi kurus kering, tak menjangkakan akan perubahannya yang menurut kata abang, dia agak berisi sebelum ni. Sebab ada saudara terdekat aku mengalami penyakit ini tetapi saudara aku tu memang kurus orangnya.

Apa yang meruntun jiwa aku adalah anak-anaknya yang lebih kurang sebaya anak-anakku. Masih kecil, masih perlukan pemerhatian dan kasih sayang ayahnya. 3 orang anaknya. Mulus rupanya tika kami melawat mereka dahulu, tidak mengerti akan penderitaan si ayah. Bagaimana si ibu mahu menjawab persoalan anak-anaknya nanti? Di mana ayah? Kenapa ayah tak pulang-pulang lagi? arrghhhh...

Semoga Allah SWT menempatkan arwah bersama-sama orang yang soleh. Al-fatihah.

4 comments:

Tirana said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun. Semoga dirahmati Allah akan rohnya..

Zaman sekarang ni muda-muda lagi dah kena kanser..gerun sangat...

Suhaiza Sa'at said...

tulah kak...

nak tanyalah kak, apa punca sakit ni ye?

Idayu said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun..
moga rohnya dicucuri rahmat.

ecah said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun

mak angkat aku pon baru je meninggal malam semalam..kanser rahim kot..aritu sempat gak la aku ziarah kat spital..

Al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...