Bismillah...
setahun yang lepas, hari Jumaat, jam 7 pg semua dah keluar rumah - abah antar abg/kakak pegi nurseri (takde sapa nak jaga), pastu abah antar ummi pegi hospital lenggang kangkung (overdue, releks ar) kat Hospital Umum Sarawak je (singkatannya HUS ni... heheh), pastu baru abah pegi final exam
setahun yang lepas, jam 12 tghari, abah dan abg/kakak makan tengahari sendiri tanpa ummi
setahun yang lepas, jam 3.30 ptg, ummi kena induce buat pertama kali dalam sejarah, sebelum ni tak pernah (jalan tak buka tapi dah overdue 10 hari).
setahun yang lepas, jam 6 ptg, abah dan abg/kakak melawat ummi, masa tu ummi tak bersalin lagi, baru nak start sakit
setahun yang lepas, jam 8 mlm, ummi kena sorong ke Labour Room, tapi bilik semua penuh... tapi nasib menyebelahi Sara, ada bilik kecemasan yang kosong
setahun yang lepas, tak pernah rasa kena induce, macam nilah rasanya - baru 3cm tapi rasa mcm 9cm! hanya orang yang selalu bersalin normal je yang tahu
setahun yang lepas, jam 9 mlm, ummi dgn abah masih lagi ber'sms' untuk apdet kejadian.. tengah mengerang sakit pun still blh tekan keypad.
setahun yang lepas, jam 9.40 mlm, Sara dah menjengah dunia. Masa ni abah dah tunggu kat luar Labour Room, tak boleh masuk sebab ada abg/kakak.
setahun yang lepas, jam 11 mlm pun ummi belum keluar Labour Room, sampai abah kena call kawan-kawan dia utk dukung kakak yang ketiduran menunggu adik Sara, sementara abah nak azankan Sara.
setahun yang lepas, ummi bersyukur dan lega sangat-sangat bila doktor cakap yang Sara tak kuning! esok dah boleh balik rumah. Berkat minum susu kambing masa dah 32 wks. (Sapa nak susu kambing yang tak bau kambing, boleh beli dengan saya ye, sempai lagi promote tu.. hehhe)

Setahun dah berlalu,
hari ini, abah pun masih lagi exam - terkena pulak setahun kemudian yek!
hari ini, Sara dah pandai jalan (start jalan umur 10 bln) - kalau orang kejo, lari lintang pukang
hari ini, Sara dah ada 5 batang gigi - 3 atas, 2 bawah - kuat menggigit pulak tu
hari ini, Sara dah makan macam-macam - sambal belacan je tak bagi lagi, hehhe
hari ini, Sara dah tau marah - kalau tengah pegang barang esp. kertas kecik yang sedia di ngaap, bila ummi amik, terus meronta-ronta nangis nakkan balik kertas tu... ada perisa apalah ye kertas tu... huh
hari ini, Sara dah tau babai - kalau abah nak pegi keje, bila cakap babai, terus je hayunkan tangan kanan dia
hari ini, Sara dah kenal bunyi kucing (dia lahir kat Kuching eh, heheh) - kalau bunyi meoowww tu, kelam kabutlah reaksi dia
hari ini, Sara suka kacau abg/kakak yang tengah buat homework - pantang lepe kaler, mesti masuk mulut... dah banyak kali mulut Sara ada kaler biru, pepel, merah... sampai ke lidah pulak tu!
hari ini, Sara dah pandai tepuk tangan - kalau nyanyi tepuk amai-amai tu, cepat je dia tepuk tangan yang tak berbunyi tu
hari ini, rambut Sara dah panjang. Rasa macam nak toncetkan je rambut Sara tu. heheh
hari ini, Sara dah sihat seperti sediakala... kalau Sara demam ke sakit ke, ummi pun turut rasa sakitnya
dan yang penting, hari ini, Sara masih lagi menyusu ibu lagi. Alhamdulillah.
Selamat Ulangtahun pertama Qaisara, semoga menjadi anak solehah yang mendengar kata ummi dan abah ye. Sayang Sara.
8 comments:
Sekejap je dah setahun ekk. Tak terasa masa berlalu. :D
selamat hari lahir qaisara... sama la danish pun baru setahun 12.12 aritu
UmiDanisH, thx. oyeke. epi belated besday gak utk Danish. :)
kak ina, ha'ah, kejap je... skrg dah kuat, org gomol je, kuat tangan dia tepis... hehhe
Happy birthday untuk Sara...semoga sihat dan ceria selalu...senang hati abah dan ummi..
thx kak tirana. kalau sakit, ummi pun rasa sakitnya. :)
Selamat Hari Lahir Qaisara.Semoga membesar jd anak yg soleh dan bijak...
thanks hasni. aminn aminn ya robbal'alamin. :)
mcm muka Nadia skit2..agaknye besok muka nadia camni ek..
Post a Comment