Pages

Wednesday, October 22, 2008

Karipap Ayam

"Ya Allah sedapnyaaa... dahlah rangup, lembut pulak tu... pendek kata sedaplah"

gelak besar aku dengar abang cakap macam tu masa makan tika berbuka semalam. Memang pun, tak sangka pulak aku dapat buat karipap yang rangup dan sedap tapi tang kelim dia tu, memula cantiklah, lama-lama jadi senget benget...

kepada sesapa yang nak cuba karipap simple ni, di bawah ni ada resepinya:

Resepi: Karipap Ayam
Bahan-Bahannya:
Untuk Inti:
4 ketul ayam (potong kecil isinya)
2 biji kentang (dipotong dadu)
3 ulas bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu rempah kari
sedikit garam
secukup air untuk mereneh

Untuk Kulit:
500 gm tepung gandum
2 sudu marjerin
1 senduk minyak masak (dipanaskan sebentar)
setengah cawan air masak + 2 ketul ais
secubit garam

Cara-caranya:
1) Campurkan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan sedikit demi sedikit air.
2) Uli hingga menjadi doh dan bahagi doh kecil-kecil menggunakan pisau.
*doh ni nanti akan ada lebih. kes tak tau bajet inti banyak manalah ni... hehhe


3) Masak inti: tumis bahan tumbuk sebentar, masukkan serbuk kari dan kacau sebati
4) Masukkan kentang, ayam dan air sedikit demi sedikit hingga masak.
5) Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga inti kering dan kentang empuk.
6) Sejukkan sebentar inti.


7) Masa untuk meletak inti ke atas doh yang dileperkan, dan kelim tepinya mengikut kreativiti anda... dan goreng hingga kekuningan.


Selamat Mencuba!
credit to kak su

8 comments:

Nenny Ruthfalydia Rosli said...

Uiii....nampak cam sedap jer...
Slurp!

Suhaiza Sa'at said...

heheh... memang sedap kak lydia... ada lagi yg frozen ni...lebih semalam.

ecah said...

alaaaa aiiii..
meleleh air liur...

waaaaaa..camtu sekali laki ko komen??wahh..wahh..msti cuba ni...wajibunn..

Suhaiza Sa'at said...

wajib cuba cah... at least dah tau cara nak buat, esok2 rajin boleh buat selalu... kalo sedap, boleh buat bisnes... hehhe

Tirana said...

Huaaaa..Ai dah expert buat karipap..hehehe..lepas ni boleh buat bisnes frozen karipap pulak ye..

P/S Maaf kak tirana jarang online sekarang ni..Connection tak berapa bagus..kejap2 disconnected..tak best la nak chatting macam tu..tambah lagi sibuk macam biasa

Suhaiza Sa'at said...

baru nak coba-coba kak... akak lagi terror... :)

ala kak, kalo takleh online, jenguk2 ler selalu bmc kita tu... senyap je kekadang.

noore said...

amboih..sedapnye ai!ni mesti psl baby nak makan karipap ni..ngidam ye..mcm aku dulu ngidam roti jala,jumpe resepi ko kat internet,try wat,wah..seeedap =)

Suhaiza Sa'at said...

entah nor, aku tengok karipap sedap je... tu yang try buat, menjadik plak tu... heheeheh

yang baru angkat dari kuali tu yang tak bleh tahan sedapnyerrr... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...