Pages

Wednesday, December 29, 2010

Gastrik dan rawatannya

Bismillah.

Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Cinta Illahi ini. Aku baru recover dari sakit sebenarnya. Gastrik. Bunyi macam tak serius, tapi bagi aku, serius sebab ianya berlarutan dekat seminggu! Pertama kali ni. Selalunya kalau gastrik ni kena dalam sehari dua macam tu je dah pulih. Tapi kali ni lama pulak. Urut-urut, tak jalan. Makan on time, tak jalan. Pergi klinik. Doktor tengok pun dah tau sebab nampak gelembung lain macam. Bila ketuk-ketuk, kosong. Kembung doktor kata. Sakitnya kerap baik, kerap tak ok. Kalau dah nak dekat time makan tu, memang meringkuk-ringkuk aku tahan. Letak minyak yuyi pun tahan kejap je. Lepas makan ubat doc 2 hari, tak jalan juga. Telefon mak. Mak cakap minum air halia. Tumbuklah aku halia banyak-banyak dan dicampur dengan gula dalam keadaan sakit tu. Teringat kat mak, bila sakit-sakit ni mak yang buatkan. Ni jauh... Dah siap, campur dengan air masak, hampas halia tu aku tepek kat perut, pastu pakai bengkung. Alhamdulillah, mujarab! Esoknya bangun pagi dah tak sakit. Tapi dia beralih ke bahagian kiri kanan perut. Sebelum ni tengah perut. Aduh...

Esoknya sebelum tidur, buat lagi. Dan alhamdulillah, berkesan. Aku ada kawan yang sakit gastrik kronik ni. Sampai kena suntik. Dia cakap kalau kena, sapu minyak angin kat betis dan bancuh susu tepung pekat-pekat sebab susu bersifat alkali, perut ni pulak sakit sebab banyak asid. So, aku buatlah seperti yang di cadangkan. Sedikit sebanyak membantu jugalah petua dia tu. Thanks Yati. Kita dah ok dah.

Ok, ni aku nak kongsi ilmu pasal gastrik.

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Sumber: http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/tanda-dan-rawatan-gastrik.html

10 comments:

Azrina said...

Salam Suhaiza,

Saya dulu macam Suhaiza gastrik teruk dan akhirnya doc bagi injection utk redakan gastrik utk kali pertama. Kali kedua kena lagi tapi sakit makin teruk, demam berlanjutan, sakit belah kanan, bawah breast, panas. Rupanya saya bukan gastrik lagi tapi ada batu hempedu sebesar 2sm. Siptom batu hempedu hampir serupa dgn gastrik jika berlanjutan better dpt rawatan lanjut yang lebih detail. Cerita ini ada saya kongsikan di blog.

noore said...

ai,aku baru tau aku de gastrik..baru 2bln lps lah..jumpa doc sbb aku lelah,tp penyakit lain pun doc kesan..

Suhaiza Sa'at said...

Azrina, salam perkenalan. oh yeke. teruk dah tu. so kena operate ke? ok, nnt sy lawat ur blog. thanks for dropping by.

Nor, aik, dh kawen baru kena? aku kena masa study kat unitar dulu. kes mkn maggi je manjang. tu yg dpt 'hadiah' ni. hehhe. take care nor.

Anonymous said...

azrina boleh bg contact no....sya ada prob harap dpt share ...urgent

Sofea said...

Tak sangka gastrik boleh seteruk tu kan? Saya dulu teruk juga tapi tak sampai tahap itu. sekarang alhamdulillah dah ok sejak amalkam susu protein soya.

Unknown said...

Sama seperti saya, sudah 3minggu sakit tidak pandai redah.sampai terbatuk darah, hilang selera makan, nak makan pun tiada rasa.. Boleh sesak nafas segalašŸ˜¢

Unknown said...

Saya juga sama, saya kena gastrik dan angin dalam badan berlebihan dah dekat 2 bulan belum sembuh sembuh.

Grace Nala said...

Sy tgh alami gastrik juga skrng.dulu slaluny shri je tpi sknrg dh 1minggu tpi msih belum hilang rs sakit

Grace Nala said...

Sy tgh alami gastrik juga skrng.dulu slaluny shri je tpi sknrg dh 1minggu tpi msih belum hilang rs sakit

Unknown said...

sy baru kena gastrik...2bln dah..sampai skrg x sembuh2..dah pergi klinik berapa kali dah...perut sampai kremmm....sesak nafas lagi..pedih ulu hati lagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...