Pages

Monday, July 02, 2007

Kecilnya dunia!

Assalamualaikum semua,

apa khabar hari ni? semoga sihat-sihat selalu dan selamat mengerjakan rutin kerja seharian. mmm... macam tajuk posting kali ni, meh aku nak cerita sikit...

Patutlah terasa berat je jari jemari ni nak menari-nari... rupa-rupanya ada kisah yang patut aku tunggu hingga sekarang ni. Semuanya bermula pada 2 atau 3 minggu yang lepas...

[i]
Kak Uda yang aku dah anggap seperti saudara sendiri telah selamat tiba di Kuching untuk memulakan tripnya bersama 14 orang yang lain. Company triplah katakan. Kak Uda ni aku kenal ketika bersama-sama menguruskan Madani Network di Serdang, kepunyaan abang long aku pada tahun 1999. Dia ni student UPM yang menjadi salah seorang pekerja sambilan di cafe cyber abang long yang tinggal bersama siswi-siswi yang lain yang terletak di tingkat atas cafe cyber long ni. So, secara tak langsung aku menjadi rapatlah dengan siswa siswi di sini. Apa taknya, hari-hari aku ikut long dari Kajang ke Serdang ni... naik motor lagi... hihihi... nama-nama seperti Kak Maya, Abang Hafiz, Abang Zul, Kak Syida, Kak Su, Kak Suhaila dan lain-lain yang aku tak ingat namanya tapi aku masih ingat wajahnya adalah yang seangkatan dengan Kak Uda ni. Lepas aku melanjutkan pelajaran di UNITAR pada tahun 2000, aku dah jarang ke sana. Sibuk. Ditambah dengan aku yang jarang pulang ke Kajang dan senyap-senyap bisnes long yang hampir lingkup dek persaingan yang teramatlah senget.

Pada tahun 2004, entah macam mana teraccident aku lawat blog Kak Uda ni... dari situ aku dapat tau yang dia dah ada anak 2, Aleya Tasneem dan Najla Nafeesa... kiut macam maknya jugak. Sekarang tinggal di Kuantan. Wah, mesti yang lain-lain pun dah beranak pinak. Yang aku tau, Abang Hafiz dah 3 orang anak, Kak Maya dah kahwin tapi belum ada rezeki, Abang Zul belum berkahwin. Yang lain-lain aku tak tau. Lost contact macam tu je. Nasib baik yang sorang ni still keep in touch.

Last 2 or 3 weeks, aku bertemu 4 mata dengan Kak Uda dan familinya... setelah sekian lama terpisah, akhirnya bertemu jua. Itupun aku teraccident lagi baca blognya yang dia sudah ada di Kuching ni. Maka, tergesa-gesalah aku mahu berjumpa dengannya. Dah lama bebenorlah katakan. Setelah sesi adegan contact-mengontact, akhirnya dapatlah bertemu dengan dia. Itupun masa nak hantarnya pulang di airport. Terharu, gembira, excited semua ada. Sebenarnya Kak Uda menjalankan bisnes sendiri bersama suaminya. Bangga aku dengannya.

[ii]
Last 2 weeks, kami menerima tetamu dari KL. Kak As sekeluarga yang datang cuti-cuti Malaysia ke Bumi Kenyalang ni. Dah ada anak serorang, Aszra, setahun sebulan. Kiut sangat-sangat. 3 hari 2 malam di Kuching ni, dapatlah sekali aku jamu tetamu jauh ni makan tengahari di rumah. Ala, masakan tak seberapa. Harap jangan seriklah nak datang sini lagi ye. :)

Kak As ni adalah ahli Malaysianbowlers.com yang DH join. Aku kenal dia melalui DH yang bersama-sama dia dan suaminya bermain bowling ketika di KL dulu. Forum ni selalu buat liga bowling, semua kaki bowling... padanlah tu. Dan Kak As ni berkerja di UNITAR, tempat aku study dulu. So, secara tak langsung aku pun turut sama berkawan dengan dia ni.

Nak dijadikan cerita, suami Kak Uda ni adalah kawan suami Kak As di MRSM Jasin dulu. Alahai, kecilnya dunia aku kata. Kalau aku tak kenalkan kat Kak As, blog Kak Uda yang ada cerita ke Kuching ni dan Kak As tak tinggalkan jeritannya di shoutbox Kak Uda, dan Kak Uda tak tinggalkan komennya di blog Kak As... aku rasa tak jadinya sesi reunion ni... hehehhe... terharu dengan apa yang aku dah buat... secara tak langsung, aku menjadi sebahagian program jejak kasih... huhuuh

Maka selesailah program jejak kasih... aku harap mereka terus menerus berhubung antara satu sama lain. Ha, baru aku teringat... umur mereka berempat ni sama... 28, sebaya akak aku kat Penang. Apa khabar dia hari ni... mmm

9 comments:

as a.k.a axa87 said...

thanks banyak2 la...suhaiza

1.thank pada nev yang tolong book kat hotel dan pick up kami dari hotel..kalautak sure tidur kat bas stop kami ni..he he he
2.jamu makan tengah hari.. at least merasa jugak makan nasi org semenanjung kat kuching.. kuching susah nak cari makan la..
3.bawak jalan gi kedai kek lapis..sib baik ada u all, kalau tak sure beli yang tak sedap tapi mahal
4.bagi menumpang beberapa jam sebelum balik.. aszra plak sibuk 'mengemas' umah u all.. baik betul aszra kat umah u all.. seonok dia..finally dapat main ngan aidi
5. thanks hantar kami ke airport.
6. thank kenalkan dengan blog uda yang membawa kepada jejak kawan antara husband uda dan husband saya.
7. thanks and thanks again.. untuk suhaiza dan nev sekeluarga.

Suhaiza Sa'at said...

uuu... touching, touching... hehhe...

ala, takde apa... tetamu datang, kenalah didahulukan... esok2, kita datang umah akak pulak...

aidi & najlaa mesti rindu nak main ngan aszra lagi... ntah bila dapat jumpa lagi ek...

have a nice day.

putri77 said...

salam..thanks for viewing my humble blog..saya tinggal di Taman Hipni, Petra Jaya,:) kitak siney?

Suhaiza Sa'at said...

kamek kat taman sri wangi... kat mana tmn hipni tu ye?

putri77 said...

taman hipni di taman husin.kan ada petronas PJ tu, kan ada jambatan? haa..lintas jambatan kat petronas tu la taman husin.:)
my aunty di taman sri wangi gak..dekat la kite ek..
u keje LHDN ke?kenal tak Norliza Johdi?my cousin tu...

Suhaiza Sa'at said...

sy tak kerja, housewife je. my hubby lhdn. dia tak kenal, dia kata.

oo, dekat sangatlah tmn hipni tu. ingatkan dekat kota samarahan sana. u unimaskan? awak memang orang kuching ni eh? sy org johor, suami org tranung.

putri77 said...

8hi..ya, saya keje di unimas skrg..mmg asal kuching, mak pun org kuching, ayah pulak org melaka.:)

Suhaiza Sa'at said...

ooo, orang kuching campurlah ni... heheh...

ni email sy, suhaiza81@gmail.com

nice to know you.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...