Pages

Friday, November 28, 2008

BUBUR PEDAS SARAWAK

salam semua,

hari ni kita cuba resepi asli dari sarawak pula ye. Makanan ni wajib pada bulan ramadhan, ala-ala bubur lambuk kalau di semenanjung. Sedap bagi yang suka jenis-jenis buburlah. Jangan tak tau, orang sini pun ada yang tak suka. Ala, macam kat semenanjung gaklah. Ada orang tu tak makan laksam, nasi kerabu... padahal orang Terengganu. Siapa lagi, suamiku terchentaalah... hihihii

Buatnya simple, tapi kena ada bumbu special untuk membuatnya. Sapa-sapa yang terasa nak buat, bolehlah order bumbu tu dengan saya, RM6.00 je sepek.

Jom layan resepi...

RESEPI: BUBUR PEDAS SARAWAK
BAHAN-BAHANNYA:
1 pek bumbu bubur pedas ( campuran beras,rempah ratus dan kerisik)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili blend
Sedikit udang, ayam/daging
Jadung muda (dipotong bulat)
Kacang panjang (dipotong bulat)
Kentang (dipotong dadu)
Carrot (dipotong dadu)
Santan
Daun kunyit
Daun singkil/daun tebawan (takde sbb takgi kedai... heheh - cemane rupanya pun tak tau)

CARA-CARANYA:
1) Rendam bumbu hingga kembang
2) Tumis bawang2 dan cili merah blend
3) Masukkan udang hidup, daging/ayam
4) Masukkan bumbu
5) Kemudian, masukkan sayur mcm jagung yg muda, kacang panjang, kentang, carrot
6) Masukkan sedikit santan
7) Akhir sekali masukkan garam dan daun kunyit & daun singkil @ daun tebawan

Bumbu bubur pedas (sapa yang teringin nak makan, bolehlah order bumbu ni dengan saya, RM6 je sepek)

Bahan-bahannya dari atas ikut pusingan jam: Bumbu yang direndam kejap, santan, sotong dan sayur-sayuran yang terlibat spt daun kunyit, jagung muda, kentang dan carrot.

Taaraaa... dah siap... enak dimakan begitu sahaja... ala2 bubur lambuklah ni tp stail sarawak





credit to suraya milieng (kawan ym dari Miri tapi diam di JB)

2 comments:

Anonymous said...

1 rahsia nye lg u x de letak..kulit lembu. ;-) . yg lain lain ok da..

Suhaiza Sa'at said...

oo ada ya? x tau pun. :) blh cuba lain kali. tq ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...