Assalamualaikum semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... tak terlambat lagi untuk aku wish memandangkan mood raya masih menebal lagi, sedangkan hari ni dah masuk raya ke-10.
Tahun ni turn raya ke kampung aku. Wah, kemain seronok lagi nak balik. Berkobar-kobar nak balik hari tu. Tapi aku punya baju raya je tak sempat nak jahit. Nak dijadikan cerita... jeng jeng jeng
Hari Khamis sebelum balik kampung tu, aku pulunlah buat baju raya aku. Konon nak jahit baju pesen, kain yang Kak Mun bagi tu. Tengah-tengah betulkan benang ni, sekali kaki aku terkayuh mesin jahit tu. Apalagi... sepantas kilat aku tarik jari aku ni. Bila tengok jari hantu tangan kanan ni, dah terpacak jarum mesin yang patah, dek aku sentap tadi. Mak aihhhh... aku pu try nak cabut jarum tu, tak boleh sebab melekat terus. Kebas jangan citer, seluruh lengan ni terasa sakitnya. Adoilah. Jam kul 12.38 tengahari. Hari kije pulak tu. Najlaa tido. Aidi tengah tengok playhouse disney. Nak wat cemane ni? Aku call abang soh balik. Air mata dah berjurai-jurai ni. Cakap pun tak clear. Hahahhaha... Aku terlupa pulak abang ada Khidmat Masyarakat ke Bau hari tu. Nasib baik masa call tu dia dah on da way balik, dah dekat-dekat town je.
Dekat 20 min tunggu abang balik. Adoilah, terasa macam berejam-jam. Aidi asyik dok tenangkan aku. Ada pulak dia cakap, "kejaplah mi, abahkan balik kul five"... huhuh... berapa lama mau tunggu. Dia kejap-kejap gi tengok pintu, kot-kot abang dah balik. Takde jugak. Adoi bang, cepatlah. Kul 1 lebih abang kelam kabut balik buka pagar. Aidi pun jerit cakap abah dah balik. Aku apa lagi... cepat bang, tolong!!... Ya Allah, mengucap panjang abang. Hahahha...
Yelah, apa taknya... jarum dok terpacak kat jari ni. Abang pun panik memula, tak tau nak buat apa. Aku soh dia amik playar. Dia gi amik yang muncung tirus. Isk, aku yang ketar pulak nanti. Cari lagi playar yang biasa. Nasib baik ada. Sekali napas, selawat semua, dah settle. Fuhh... lega rasanya. Darah pelan-pelan mengalir. Nasib tak banyak sangat darahnya. Kebas sebelah lengan pun dah beransur-ansur hilang. Alhamdulillah.
Dah abis drama tu, sesi bercerita pulak kat abang. Tung tang tung tang aku bercerita. Sedu pun tak hilang lagi. Hahahah. Sebelum ni aku pernah tertusuk jarum gak tapi kena tepi-tepi je. Tu yang boleh cabut sendiri. Kali ni memang harulah. Time tak boleh cabut tu, macam-macam rasa. Rasa nak panggil jiran mintak tolong, rasa nak gi klinik je tapi Najlaa tido, satu kije nak mengangkat dia pulak, dengan Aidi tak mandi lagi tu. Isk-isk-isk... kalo abang takde, mati kutu gak aku nak pikir. Abang pulak dia cerita, masa dapat call tu, dah macam-macam dalam pala dia, aku bleeding ke, anak-anak sakit kena apa ke. Hahaha... aku tukang gelak pulak.
Terus abang kasi cuti masak hari tu. Baju-baju takyah jahit lagi. Beli je kat kampung nanti. Aku pun apalagi, sebagai isteri solehah, kenalah patuh kata suami. Tapi hari tu je. Esokya Jumaat aku pulun potong kain dan jahit mesin sebab esoknya dah nak balik kampungkan, yang jahit tangan aku boleh buat kat kampung nanti. Abang geleng pala je tengok aku menjahit. Aku cakap takpe, abang ada. Hiihiii... yelah, kain hasil bisnes online aku beli sendiri tu. Pilih sendiri kainnya. Memang meraunglah kalo tak jadi pakai. Hahha..
1 Syawal... aku pakai baju kawen je. Gambo tak upload lagi. Baju yang aku dok pulun buat tu, malamnya aku baru pakai sebab memang baju second sebab tak kena kaler.
La ni tengah berkemas nak balik Kuching esok pagi. Cukuplah dulu cuti 2 minggu ni. Dah, balik-balik... Rindu pulak kat umah Kuching. :)
4 comments:
Ai, nak menjahit ni tak boleh gopoh gapah..kena slow and steady tapi bimbang jugak ek..kalau slow and steady..takut terus stop hahaha..
Anyway syukur la Ai tak seriously injured.
hahahah... mmg kena hati yang tenang baru hasil jahitan cantik... abis, nak wat cemana kak, time tu je free... sblm2 tu mmg sibuk wat kije lain.
tapi hasil kelam kelibut tu, cantik gak... heheh
uish mak budak ni..
baru bukak blog ko,adui,punye le nak siapkan baju raya..ngerii je sampai jarum terpacak camtu..kalo aku dah pengsan..huhuhu..
take care mekk..
aku dah okay dah cah... dah tak rasa sakit dah... semangat nak menjahit tu berkobar2 lagi ni tapi mesin soh aku rehat dulu sbb dia pulak yang sakit... heheh
Post a Comment