Pages

Thursday, May 31, 2007

Happy 4th Anniversary

Assalamualaikum,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-4 pada hari ini... semoga perkahwinan ini kekal hingga hujung nyawa... amin
Read more...

Wednesday, May 30, 2007

Buku

Assalamualaikum,

sebelum ni aku bukanlah peminat novel. Tapi selepas terjumpa satu novel yang akan-akan iras diri aku, aku terus beli. Berkenan dengan tajuk Jauh dan nama penanya, Aisya Sofea pada tahun 1998, membuatkan aku terus mengikuti perkembangannya hingga sekarang.

Ini antara koleksi kesayangan aku. Semua ada kecuali Jendela Hati yang akak aku buat pekasam kat Penang sana.

Sempat mengambil autograph untuk novel terbaru, Buatmu Kekasih di Pesta Buku 2007.
.
Read more...

Monday, May 28, 2007

kenapa ntah Aidi

Assalamualaikum,

weekend lepas Aidi kenapa ntah. Asyik terluka je. Hari Sabtu lepas kami pergi jogging tapi ikut giliranlah. Mula-mula abang, pastu aku kemudian baru Aidi (ngan abah dialah!). Baru dapat suku pusingan, tiba-tiba abang dah balik sambil dukung Aidi dengan kaki Aidi dan baju abang berdarah-darah. Terkejut aku dibuatnya. Abang cerita yang Aidi lari kiri kanan kiri kanan, bila terlanggar sikit je terus jatuh bedebok! Nangis apa lagi... Tak jadi ummi nak join senam aerobik hari tu. Terus balik. Dalam keter elok je duduk, kalau tak dah berdiri kedepan kebelekang. Nasib baik adik ok. Adik memang ok, kan dik... heheheh

Sampai rumah boh minyak gamat, handyplus sumer (jadi misi kejap ummi), terus mandi. Punyalah melalak. Tapi bila abahnya buka komputer, boleh lak berjalan laju je... semangatnya lain, orang kata... hehheeh.
.

Yang kedua, malam tadi. Walaupun tengah terhencut-hencut berjalan, dia tetap gagah bila abah umminya ngadap labtop. Dan bila aku tengah basuh berak Najlaa kat sinki, dia pun sibuk bertanya kat bawah, "ami wak pe, mi?" (ummi buat apa, mi?)... selesai kerja aku cakap tepi sikit nak lalu, sebab tak nampak, gelap... tiba-tiba, bedebok! dia jatuh lagi. Teresak-esak menangis macam kena marah. Bila abahnya azan je, terus tersedu-sedu sambil pejam mata.

Hari Khamis lepas dia demam tapi macam tak demam, yelah boleh lompat-lompat katil. Boleh sakat adiknya. Takdelah nak melepek sangat, nak nangis ke apa. Tapi bila kaki dah berlubang ni, serba-serbi tak kena. Nak ikut kata dia je. Tapi yelah, orang tengah sakit macam tulah. Aku masa sakit nak beranak dia dulu pun asyik dok kata sakit, sakit je... mulut ni cuma cakap Allahuakbar je. Patutlah sakitnya lama erkk... tapi masa bersalin Najlaa, aku ingatlah nak sebut La'ilahaillaanta subhanakainni kuntuminazzolimin dan alhamdulillah, kejap je sakit bersalinnya.

Hari ni masih merah. Semalam dan hari ni memang tak boh handyplus, takut lambat kering. Jalan pun masih terhencut-hencut.

Semalam aku sediakan EBM untuk Najlaa. Saja-saja je bagi dia susu perah dalam botol. Nak tengok reaction dia macam mana. Aku perah 10 min dapatlah 2 oz, terus stop. Tak moo banyak-banyak, kang tak abis membazir pulak. Pas perah terus aku bagi Najlaa. Digigit-gigitnya puting botol tu. Bukannya nak hisap. Yelah, dia tak biasa dengan puting ni. Dekat 5 min aku cuba bagi dia tapi macam tak bergerak je. Abang try bagi pulak, pun sama. Errmmm, takpelah. Simpan kat peti ais, mana tau dia nak esok lusa.

sedapnya tido tengahari...

Tips banyakkan air susu, tambahan:

1) Sayur pucuk manis, jagung, sengkuang cina.
2) Berurut.


Read more...

Thursday, May 24, 2007

Petua Banyakkan Air Susu


Seperti tajuk di atas, saya nak share kat kawan-kawan di sini bagaimana untuk memperbanyakkan air susu terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan baby yang kuat menyusu.

1) Lobak Putih
- Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah.
2) Sawi
- Masak goreng atau rebus.
3) Kobis bulat
- Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast.
4) Minum susu
- Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
5) Air masak
- Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
6) Longan
- Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Kering atau basah. Yang kering direbus dulu dengan gula batu, kemudian ditapis dan diminum airnya.
7) Halba
- rendam dan minum airnya.
8) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang
- dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
9) Ayat 60 surah Al-Baqarah
10) Oat
- minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
11) Soya
- minum secawan sehari.
12) Madu
- sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
13) Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

sumber: susuibu.com
Read more...

Wednesday, May 23, 2007

Selamat Kembali

Alhamdulillah, selamat kembali ke Bumi Kenyalang isnin malam lepas, 21hb Mei 2007. Nasib baik flight tak delay, kalau tak, kena tunggulah kat airport. Kami pernah mengalami keadaan tertangguh ni 2 kali iaitu dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Kuching. Sejam dua jugak delaynya tapi pihak Air Asia memang prihatin. Masa tersadai di airport Senai, mereka bagi kupon makan malam di Marrybrown. Alhamdulillah, kenyang jugak sebab ikut kepala... dapatlah 4 meals nasi lemak! hehhee

Hari jumaat lepas sepatutnya abang sampai kul 11 malam tapi disebabkan kerosakan kapal terbang yang tak dapat dibaiki, akhirnya tertunda keesokkan harinya. Nasib baik rumah dekat je, dalam setengah jam perjalanan. Macam mana yang tinggal jauh? kesian kalau terjadi hal-hal sebegini. Dan nasib baik abang sorang je, kalau dengan anak beranak sekali ni... aduilah.
.
Semalam cikju datang rumah hantar kad jemputan majlis kahwinnya pada 27/05/2007 ni. Maaflah tak dapat datang, baru je balik... :)
.
Kat kampung sempatlah buat majlis cukur jambul Najlaa... rambut baru nak tumbuh dah kena cukur ye... hehhe... thanks to ecah, azam dan mak ecah coz datang sebelum majlis bermula... kurus dah ko cah... :) enjoy the pictures!

Dalam flight ke JB

Playground depan rumah Pak Long di KL

Adik pun nak join, mi!


Dah sampai rumah nenek di johor


Lena diulit bunga telur


sikit je cuit jambulnya... :)

Read more...

Thursday, May 17, 2007

macam mana nak cerita erkk

Arrrghhhh... tension! aku sebenarnya tengah terdesak nak bekerja ni. 2 minggu kat kampung betul-betul buat aku banyak berfikir. Fikir tentang nak kerja tapi macam mana dengan anak-anak. Fikir tentang abah yang sering sakit-sakitan. Fikir tentang pembayaran balik PTPTN yang setiap bulan RM107++ kos pentadbirannya. Fikir tentang permasalahan adik-beradik. Fikir tentang tanggungjawab aku terhadap mak dan abah.
.
Aku kalau boleh nak jadi anak yang mengenang jasa mak dan abah yang melahirkan, membesarkan, memberi makan dan menyekolahkan sehingga aku dewasa. Aku nak bagi mak abah duit belanja tiap-tiap bulan. Aku nak abah berhenti kerja, tak payah penat-penat drive motor untuk ke kebun walaupun hanya memerhati wak jawa bekerja. Abah lepas balik haji ni sering sakit-sakitan. Umurnya menjangkau 67 tahun. Pantang ada masa lapang, mesti abah terbaring. Seminggu aku di kampung, abah hanya makan bubur. Tak lalu makan katanya. Dada macam sesak nafas. Perut macam sebu. Tulang punggung dah tak sekuat mana bila berjalan, sampai kena tekan dengan tangan ke belakang. Abah sebenarnya menghidap kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair. Hari-hari kena makan ubat.
.
Minggu lepas aku, mak, aidi, najlaa temankan abah ke Putra Specialist Hospital di Batu Pahat untuk cek jantung dan mata abah. Selaput mata abah kena buang tapi masih diperingkat awal lagi, so tak payah buang lagi.
.
Abah ada cakap dengan aku dan mak ketika makan malam minggu lepas, abah nak bersara masa umur abah 70 tahun. Abah kata, ntah sampai ke tidak masa bersara abah tu. Lepas tu aku cadangkan supaya bil-bil di rumah ni dishare adik-beradik, long bayar air, ngah bayar api. Terus abah potong cakap aku, makan bulan-bulan? ooo, ai yang tanggung! terus jadi pahit makanan yang aku telan masa tu. Tapi kena habiskan jugaklah, membazir pulak makanan.
.
Bila ada iklan kerja kosong kat surat khabar, mak terus bagitau aku. Sayang, ada ijazah tapi tak kerja! Bila ada anak sedara yang baru habis sekolah terus kerja, mak pun cakap, orang takde ijazah sibuk nak kerja, tapi ko? Aku diam je bila dah selalu sangat mak dok perli-perli aku. Bukannya taknak kerja, borang SPA tu tiap-tiap tahun aku isi bende yang sama, swasta pun aku minta jugak tapi takde khabar berita, tempat praktikal dulu pun aku mintak jugak, tapi senyap je. Bila kena ikut DH ke Kuching ni aku ingat nak kerja tapi mula-mula kitorang dikejutkan oleh satu pengumuman iaitu sesiapa rakyat semenanjung yang saja-saja ke Sabah/Sarawak untuk kerja memang tidak dibenarkan malah kena ada permit kerja macam orang Indon/Myanmar/Bangladesh dsb. Tapi 2-3 bulan lepas aku tanya jiran orang sarawak ni, (bekas lecturer kat kolej swasta), dia kata boleh je kerja tapi company tu kena buatkan permitlah dalam RM20 setahun. Maka aku pun cubalah mencari kerja yang sesuai tapi sampai la ni tak de yang tersangkut lagi. Bulan depan kata DH ada kerja kontrak di LHDN Kuching, aku nak trylah. Mana tau lepas dapat kontrak ni, aku dapat serap masuk ke.
.
Aku sekarang dah tak kira dah, nak kerja kerani ke, tukang jual ubat ke, janji gaji lebih seribu. Semalam aku tanya mak, cukup ke seribu sebulan? mak tanya kenapa. Lepas api, air, kereta tinggal RM300 kata mak. Cukuplah aku kata.
.
Pagi tadi aku hantar abah ke hospital lagi. Sesak nafas dan takde selera kata abah. Lepas cek, doktor kata kena datang balik minggu depan untuk masukkan tiub pasal takde selera makanlah ni. Tak taulah abah nak pergi ke tak sebab terdengar ada suami cucu sedara abah meninggal sebab tercekut sesuatu masa masukkan tiub tu. Pagi tadi punya cek, consultation dan ubat je dah cecah RM180. Abang ngah yang suruh ke hospital tu sebenarnya sebab Petronas adalah panel hospital tu tapi mak abah tak termasuk dicovered, cuma anak-anak dan isteri tapi sebab abang ngah dah biasa dengan hospital tu, maka dia pun cadang supaya abah mendapat rawatan disitu walaupun bayarannya aduilahhhh... tapi ngah selalu masukkan duit bila abah nak ke hospital tu.
.
Abang long cikgu. Abang ngah executive di Petronas. Ijat tak boleh harap sebab selalu tukar kerja, bila balik kampung, dia selalu pau mak. Akak lecturer tapi tak taulah cukup ke tak gajinya. Aku surirumah bertauliah! Emi masih tingkatan 5 tapi hari-hari mintak mak duit.
.
Andai kata aku dapat kerja nanti, Aidi dan Najlaa macam mana? nak kena survey nurseri pulak. Dahlah Aidi tak biasa dengan orang lain. Setiap kali nak makan, bangun tido, berak dan segala macam hal, aku yang uruskan. Aku tak ajar Najlaa susu botol lagi. Makan masa jugak tu. Teringat masa praktikal dulu, dekat 10 hari aku ambil emergency leave gara-gara Aidi panas badanlah, pengasuh bercutilah. Sakit hati ni bila kena tinggalkan anak-anak kat rumah orang lain. Hari pertama aku nak melangkah pergi praktikal, kaki kaku, mata berair, hati melonjak-lonjak nak balik, setiap masa asyik call pengasuh, call DH sebab risau. Macam-macam hal bila diikutkan. Nanti macam manalah keadaannya.
.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...