Pages

Thursday, May 17, 2007

macam mana nak cerita erkk

Arrrghhhh... tension! aku sebenarnya tengah terdesak nak bekerja ni. 2 minggu kat kampung betul-betul buat aku banyak berfikir. Fikir tentang nak kerja tapi macam mana dengan anak-anak. Fikir tentang abah yang sering sakit-sakitan. Fikir tentang pembayaran balik PTPTN yang setiap bulan RM107++ kos pentadbirannya. Fikir tentang permasalahan adik-beradik. Fikir tentang tanggungjawab aku terhadap mak dan abah.
.
Aku kalau boleh nak jadi anak yang mengenang jasa mak dan abah yang melahirkan, membesarkan, memberi makan dan menyekolahkan sehingga aku dewasa. Aku nak bagi mak abah duit belanja tiap-tiap bulan. Aku nak abah berhenti kerja, tak payah penat-penat drive motor untuk ke kebun walaupun hanya memerhati wak jawa bekerja. Abah lepas balik haji ni sering sakit-sakitan. Umurnya menjangkau 67 tahun. Pantang ada masa lapang, mesti abah terbaring. Seminggu aku di kampung, abah hanya makan bubur. Tak lalu makan katanya. Dada macam sesak nafas. Perut macam sebu. Tulang punggung dah tak sekuat mana bila berjalan, sampai kena tekan dengan tangan ke belakang. Abah sebenarnya menghidap kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair. Hari-hari kena makan ubat.
.
Minggu lepas aku, mak, aidi, najlaa temankan abah ke Putra Specialist Hospital di Batu Pahat untuk cek jantung dan mata abah. Selaput mata abah kena buang tapi masih diperingkat awal lagi, so tak payah buang lagi.
.
Abah ada cakap dengan aku dan mak ketika makan malam minggu lepas, abah nak bersara masa umur abah 70 tahun. Abah kata, ntah sampai ke tidak masa bersara abah tu. Lepas tu aku cadangkan supaya bil-bil di rumah ni dishare adik-beradik, long bayar air, ngah bayar api. Terus abah potong cakap aku, makan bulan-bulan? ooo, ai yang tanggung! terus jadi pahit makanan yang aku telan masa tu. Tapi kena habiskan jugaklah, membazir pulak makanan.
.
Bila ada iklan kerja kosong kat surat khabar, mak terus bagitau aku. Sayang, ada ijazah tapi tak kerja! Bila ada anak sedara yang baru habis sekolah terus kerja, mak pun cakap, orang takde ijazah sibuk nak kerja, tapi ko? Aku diam je bila dah selalu sangat mak dok perli-perli aku. Bukannya taknak kerja, borang SPA tu tiap-tiap tahun aku isi bende yang sama, swasta pun aku minta jugak tapi takde khabar berita, tempat praktikal dulu pun aku mintak jugak, tapi senyap je. Bila kena ikut DH ke Kuching ni aku ingat nak kerja tapi mula-mula kitorang dikejutkan oleh satu pengumuman iaitu sesiapa rakyat semenanjung yang saja-saja ke Sabah/Sarawak untuk kerja memang tidak dibenarkan malah kena ada permit kerja macam orang Indon/Myanmar/Bangladesh dsb. Tapi 2-3 bulan lepas aku tanya jiran orang sarawak ni, (bekas lecturer kat kolej swasta), dia kata boleh je kerja tapi company tu kena buatkan permitlah dalam RM20 setahun. Maka aku pun cubalah mencari kerja yang sesuai tapi sampai la ni tak de yang tersangkut lagi. Bulan depan kata DH ada kerja kontrak di LHDN Kuching, aku nak trylah. Mana tau lepas dapat kontrak ni, aku dapat serap masuk ke.
.
Aku sekarang dah tak kira dah, nak kerja kerani ke, tukang jual ubat ke, janji gaji lebih seribu. Semalam aku tanya mak, cukup ke seribu sebulan? mak tanya kenapa. Lepas api, air, kereta tinggal RM300 kata mak. Cukuplah aku kata.
.
Pagi tadi aku hantar abah ke hospital lagi. Sesak nafas dan takde selera kata abah. Lepas cek, doktor kata kena datang balik minggu depan untuk masukkan tiub pasal takde selera makanlah ni. Tak taulah abah nak pergi ke tak sebab terdengar ada suami cucu sedara abah meninggal sebab tercekut sesuatu masa masukkan tiub tu. Pagi tadi punya cek, consultation dan ubat je dah cecah RM180. Abang ngah yang suruh ke hospital tu sebenarnya sebab Petronas adalah panel hospital tu tapi mak abah tak termasuk dicovered, cuma anak-anak dan isteri tapi sebab abang ngah dah biasa dengan hospital tu, maka dia pun cadang supaya abah mendapat rawatan disitu walaupun bayarannya aduilahhhh... tapi ngah selalu masukkan duit bila abah nak ke hospital tu.
.
Abang long cikgu. Abang ngah executive di Petronas. Ijat tak boleh harap sebab selalu tukar kerja, bila balik kampung, dia selalu pau mak. Akak lecturer tapi tak taulah cukup ke tak gajinya. Aku surirumah bertauliah! Emi masih tingkatan 5 tapi hari-hari mintak mak duit.
.
Andai kata aku dapat kerja nanti, Aidi dan Najlaa macam mana? nak kena survey nurseri pulak. Dahlah Aidi tak biasa dengan orang lain. Setiap kali nak makan, bangun tido, berak dan segala macam hal, aku yang uruskan. Aku tak ajar Najlaa susu botol lagi. Makan masa jugak tu. Teringat masa praktikal dulu, dekat 10 hari aku ambil emergency leave gara-gara Aidi panas badanlah, pengasuh bercutilah. Sakit hati ni bila kena tinggalkan anak-anak kat rumah orang lain. Hari pertama aku nak melangkah pergi praktikal, kaki kaku, mata berair, hati melonjak-lonjak nak balik, setiap masa asyik call pengasuh, call DH sebab risau. Macam-macam hal bila diikutkan. Nanti macam manalah keadaannya.
.

7 comments:

ecah said...

Ai..
Jgn sedey sgt yer. Hidup mesti diteruskan demi keluarga tercinta.Rezeki ALLAH ada dimana2.Ko tetap berusaha& jgn putus asa ok.Ko jd surirumah pon besar pahala sbb besarkan anak2 dgn tgn ko sendiri.

Tetap doa pd ALLAH yer.Berkat ko sabar layan anak2 dan asben redha pd ko,insyaALLAh,ko akan dpt koje.Percaya pd diri ko.Kalo mak ckp tu,wat dek je.Allah tau ko doa dan berazam nak bantu keluarga.Mak aku pon kesian sbb aku tak koje besh lagi.Kesian tgk aku nak bayo utang yg melambak dgn bunga yg besar mcm bunga raflesia tu. Adelah rezeki tu.

Aku doakan abah ko sehat.InsyaALLAH,yakin pd ALLAH ok =) Sesungguhnya setiap yg berlaku sesuatu tu ade hikmahnya.Mana tau ko dpt serap koje kat LHDN,heheh.

Suhaiza Sa'at said...

insyaAllah ye cah, adalah rezeki nanti nak bayar PTPTN tu... buat sakit pala je pikirkan.

ko kije ke?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum
Minta maaflah kalau menyampuk kat sini... membaca luahan perasaan awak, tergerak pulak utk menulis di sini.
Kalau dilihat dari perspektif ibu yg bekerja, awak dikira beruntung kerana dpt membesarkan anak2 di depan mata sendiri. Kami yg bekerja ini pulak sedang mengintai2 peluang utk berhenti kerja dan duduk di rumah.
Apabila si ibu bekerja, anak kena hantar ke pengasuh/nurseri, kita kat ofis dok teringat kat anak... makankah dia, lena ke tidurnya, jatuhkah.. gaduh dgn kawan ke dll. Bergenang air mata bila hantar anak ke nurseri. Yang kecik breastfeed pulak, kena sediakan EBM, bila dia reject kena pulak keluar waktu break utk balik menyusu. Banyak cabarannya.
Cuba try bekerja dari rumah... trend ini semakin popular di kalangan ibu2. Akak pun tengah usahakan obline biz sebab memang bercadang nak berhenti kerja.
Sekadar memberi pandangan...
Wassalam,
Kak Nieza.
admin@momschoice.com.my
www.momschoice.com.my

Suhaiza Sa'at said...

Wa'alaikumussalam kak nieza...

terima kasih kerana sudi singgah dan atas pandangan itu. Sy dah lawat website akak tu dan nampaknya akak usahawan berjaya.
Mungkin tak lama lagi dah tak payah ke ofis sebab boleh bekerja dari rumah je. :)

Sy bersyukur sebab mendapat suami yang gajinya lebih kurang cukup untuk makan, pakai dan sebagainya. Tapi yelah, sebagai anak, naklah bagi dengan hasil kita sendiri.

Sy setuju dengan pandangan akak tentang bekerja dari rumah. Sy pun dah lama bercadang untuk memulakan bisnes online ni cuma masih tercari2 apakah jenis perkhidmatan yang nak dibuat dengan tidak memerlukan modal yang banyak. Sy harap akak boleh membantu. Terima kasih atas pandangan sekali lagi.

Anonymous said...

Alhamdulillah... kedai online ni boleh tahan jugak le incomenya & bertambah jugak le sibuknya...
Kalau Suhaiza nak join venture dgn kak nieza boleh contact akak (email le yek...) then boleh kita bincangkan camana. OK :)
w'salam.

Anonymous said...

ermm...nape x mintak tlg abg ngah serapkan ke petronas ??

Suhaiza Sa'at said...

anonymous... penah try gak petronas tapi biasalah petronas, semua nak org bawah dia yg kije... yg penah diorang sponsor tu mmg dpt kije petronaslah... kalo mcm sy ni... diorang pandang sebelah mata je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...