Pages

Monday, July 23, 2007

The day is today

Enjoy the day...
is very special day...

The day is today...
is very special day...
nannana... tak ingat daa (lagu kat playhouse disney channel)

Happy Birthday to me... special sangat hari ni. Thanks to my beloved beloved hubby yang bersusah payah to make me happy.

Bermula tengahari semalam, jam 2.00 petang kami check-in di Crown Plaza Hotel ditengah-tengah pusat bandar Kuching. First time kami menginap di hotel ni. Sebelum ni pernahlah kami tinggal sementara di Holiday Inn sebelum dapat rumah masa mula-mula sampai di Kuching dulu. Memang 5-star bilik dia... selesa sangat... tapi dah nama hotel 5-star, memang selesa ye tak. Pemandangan yang menghadap Sungai Sarawak cukup indah, disamping bot-bot penampang yang kerap menurun dan mengambil penumpang di seberang. Ahh, cukup indah waktu ini.

Lepas tengok keadaan persekitaran dan bilik yang menyamankan, teruslah kami semua melelapkan mata... actually, tak boleh lelap pun, termasuk Najlaa sebab excited semacam... hehehe. Then, apa lagi nak buat? layan citer kat HBOlah nampaknya. Lepas asar, abang dan Aidi turun ke kolam dulu sebab Najlaa baru terlelap, letih sangat nampaknya. Kul 5 aku bawak Najlaa turun jugak sebab dah tak boleh tahan nak mandi kolam... heheh... Kolamnya di tingkat 4, cafe di tingkat 1, tingkat bawah shopping complex. Actually, hotel ni memang kembar dengan Parkson Grand dan Giant Supermarket. Jadi memang tak boringlah duduk kat sini sebab boleh bershopping kat bawah. Aku tak jadi mandi kolam sebab mat saleh ramai sangat dan keadaan kolam yang kecil beserta angin yang cukup kuat buat Aidi menggigil. Sekejap di kolam, kami ke gimnasium. First time aku ke gim yang taklah besar sangat tapi selesa. Semua peralatan aku cuba tapi yang jenis berjalan hingga berjogging yang aku paling suka. Rasa natural. Dapat 1km aku dah berhenti, peluh dah mencurah-curah. Releks kejap sambil minum air yang disediakan. Rasa dizzy bila turun, mungkin sebab tak biasa kot.

Balik bilik, Aidi sambung mandi di bath tub. Ummi tak boleh join sebab adik meragam pulak. Pas mandi nak tidur pulak adik. Macam tak selesa je dia. Pas maghrib kami turun ke KFC, makan malam. Makan KFC Chicken Chop dan nasi. Sedap jugak chicken chopnya sebab sos lada hitamnya nampak betul-betul dari sini. Tengah-tengah makan Aidi nak terlelap. Ha, tulah sapa suruh tak tidur tengahari? Kan tengah makan nak tidur. Aisey, tak jadilah ummi abah nak main bowling pas ni. isk isk isk...

Sarapan macam waktu-waktu biasa, banyak menu disediakan. Ada nasi lemak, mi sup, mee goreng, hidangan barat, roti, yogurt sampailah ke buah-buahan. Tengah-tengah menikmati hidangan yang sedap ni, tiba-tiba Najlaa buat kuih. Habis stroller pun kena jugak. Lepak lu, ummi makan sampai kenyang eh. Tapi abang kata suruh balik bilik, mandikan or do something sebab pasni nak ke kolam dan gim. Mmmm... aku balik bilik kejap. Eh, apsal dua-dua balik sekali? Aidi nak ummi, dia cakap dah-dah... isk isk, ummi tak habis makan lagi.

Sambung program, terus ke kolam. Nasib baik takde orang langsung kat kolam tu. Bolehlah aku berenang (e, eh... tau ke?) berenang katak je... hehhe. Ingat pas tu nak ke sauna tapi tak tahan panas ya amat kat dalam tu. Tak naklah. Pergi gim je. Seronok sebenarnya kalau ke gim ni. Disamping boleh bakar lemak, kita juga boleh mencuba peralatan-peralatan yang disediakan yang jarang-jarang kita cuba.

Kul 12 tengahari kami check-out. Cukuplah dulu untuk kali ni. Esok-esok boleh ke sini lagi. Then, pergi ke Tok Janggut Cafe yang terletak di jalan yang menghala ke Tabuan. Jarang kami ke sini. Yelah, sebab selalu makan di rumah. Restoren ni menyediakan hidangan nasi beriani yang amatlah sedap sebab ayamnya goreng stail dialah. Aku yang bukanlah penggemar nasi beriani ketika di KL, terus tersangkut dengan rasa sedap nasi beriani di restoran ni. Maybe boleh direkomenkan kepada siapa-siapa penggemar nasi beriani yang datang bercuti di sini.

Banyak masa lagi ni, kami ke Simpang Tiga untuk membuat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) Najlaa. Asyik tertanguh je. Sabtu lepas dah ambil gambar pasport Najlaa, kiut sangat. Nanti akanku display di sini. :)

Ok, sekian saja. Thanks for the wishes from anyone who I love. Lupa pulak, ni mesej dari abah... Ya, Allah, berilah kebaikan di dunia dan di akhirat selalu buat Aiza Sayang. Selamat Hari Lahir ke-26. Amin Ya Rabbal Alamin. -abah thanks abah, suka sangat bila abah sebut Aiza Sayang tu... heheh
Read more...

Saturday, July 21, 2007

Jawatan Kosong - LHDN

Kepada pemegang-pemegang ijazah yang masih menganggur atau nak bertukar kerjaya, ada kekosongan di LHDN sekarang.. boleh baca iklan dan download borang permohonan di http://www.hasilnet.org.my/melayu/bm_jawatan.asp

Gaji mula RM2700. Kalau accounting graduate start RM3000 lebih.. kalau ada MIA membership bleh dpt dlm RM3300 atau lebih, tak sure..

cepat-cepat, tarikh tutup 2 Ogos 2007.

Jawatan (Penaksiran) adalah yang paling banyak kekosongan... walaupun grad dlm bidang IT boleh juga apply untuk penaksiran.
Read more...

Thursday, July 19, 2007

Lawatan ke Petrosains

Assalamualaikum semua,

tak berkesempatan nak menulis. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Ini pun curi-curi waktu, sementara Aidi dan Najlaa tidur. Kadang-kadang aku selalu cakap, nak buat itu ini takde masa... tapi sebenarnya, kena cari masa tu. Macam iklan Astro, I got time! hehehe

Okay, sebenarnya nak cerita tentang lawatan kami ke Petrosains yang diadakan di Muzium Negeri Sarawak, Kuching. Dah lama pameran ni diadakan cuma baru minggu lepas kami berkesempatan melawatnya. Tak silap ia bermula dari April -Disember 2007. Ha, sapa-sapa nak pergi, marilah cuti-cuti Malaysia ke Kuching pulak. Lagipun Aidi belum pernah tengok dinasour ni dan kami belum sempat berjalan ke muzium-muzium di Sarawak ni. Semua orang tahu yang Sarawak ni ada 8 muzium, punyalah banyak. Antaranya adalah Muzium Sarawak (Bangunan Lama & Dewan TAR) masuk free, Muzium Islam, Muzium Sejarah Cina, Muzium Arkeologi Niah, Muzium Wilayah Limbang, Muzium Wilayah Baram, Muzium Tekstil dan Muzium Petroleum. Maklumat lanjut, bolehlah melayari website ini.

Banyak aktiviti yang disediakan. Seronok aidi main baling bola ke mulut dinasour. Masuk ke mesin merentas masa, padan suaikan gambar dinasour dan yang paling dia takut adalah bunyi dinasour yang amatlah kuat. Najlaa releks je. Disebabkan Aidi first time melalui pengalaman begini, maka tak hairanlah kenapa dia macam excited dan takut bila berhadapan dengan dinasour ni.

Sekejap je rasanya berada di dalam pameran tu. Rasanya macam tak berbaloi RM5 seorang untuk dewasa. Patut dikurangkan RM1 untuk tarik lebih ramai orang untuk hadir... hehehhe
Read more...

Tuesday, July 10, 2007

Hanya di sini

Assalamualaikum semua,

sebenarnya, dah lama aku tunggu untuk tulis entry pada kali ni. Cuma masa je yang membataskan. Dan lagipun aku nak tunggu lain-lain kejadian yang aku rasa tak dapat kat mana-mana. Hanya di sini sahaja, Kuching Bumi Kenyalangku... :)

Pertama, apabila ke pasar, seringkali kami bertanya tentang harganya. Mengapa terlalu berbeza dengan yang biasa di semenanjung dahulu. Hanya di sini je ada. Besar dan tentu teruja apabila memakannya. Nak tau apa? inilah kerang Sarawak yang mahalnya RM6 sekilo! paling murah dapatlah RM4.80 sekilo di Gambir. Dapat berapa ketullah ye... tapi disebabkan dah lama tak makan dan ditambah-tambah lagi slot Majalah 3 minggu lepas ada membicarakan tentang kerang ni. Maka, kami pun teruja untuk beli dan makan. Kali ni je. Lepas ni kalau nak pulun habis-habisan, kena tunggu balik kampung pula.


Bekas mangkuk plastik aiskrim yang besar tu eh...

Kedua, fenomena ini dikenali sebagai HALO. Fenomena Halo atau Halos adalah lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari. Fenomena ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan, seperti pelangi. Cahaya itu tidak berbahaya kepada tubuh badan, namun jika melihatnya terlalu lama, ia boleh merosakkan mata dan menjadi buta. Kejadian ini dikesan pada 22 Jun 2007 yang lepas, pada hari Jumaat sekitar jam 11.30 pagi - 12.30 tengahari. Agak jarang berlaku ketika di semenanjung tetapi di sini, aku dah tengok 2 kali. Yang pertama dulu, kelihatan seakan pelangi mengelilingi awan yang menutupi matahari. Kejadian ni kalau tengok kat komputer, sekali pandang macam pantulan cahaya dari kamera tu sendiri tapi sebenarnya adalah kejadian sebenar yang dilihat dari kaca mata sendiri.



Ketiga, ini pun hanya terdapat di rumah aku di Kuching ni. Tak sengaja aku terjumpa sarang tebuan atau lebah atau penyengat ke, aku pun tak sure di atas anjung rumah kami. Tapi selagi dia tak kacau kami anak beranak, aku rasa biarlah dia duduk kat situ. Tapi takkan nak terkena baru hapuskan, ye tak? tak tau lagi apa action tuan rumah. Semalam baru report. Tak tau sejak kapan ianya mula bertapak, harap-harap dia tak kacau. Tapi semalam aku perhati, bila ada angin kuat nak hujan, mulalah berterbangan binatang-binatang ni nak masuk ke sarang dia. Geli aku tengok struktur rumah dia... eeeiiiiii...

Dah settle dah
Read more...

Monday, July 02, 2007

Kecilnya dunia!

Assalamualaikum semua,

apa khabar hari ni? semoga sihat-sihat selalu dan selamat mengerjakan rutin kerja seharian. mmm... macam tajuk posting kali ni, meh aku nak cerita sikit...

Patutlah terasa berat je jari jemari ni nak menari-nari... rupa-rupanya ada kisah yang patut aku tunggu hingga sekarang ni. Semuanya bermula pada 2 atau 3 minggu yang lepas...

[i]
Kak Uda yang aku dah anggap seperti saudara sendiri telah selamat tiba di Kuching untuk memulakan tripnya bersama 14 orang yang lain. Company triplah katakan. Kak Uda ni aku kenal ketika bersama-sama menguruskan Madani Network di Serdang, kepunyaan abang long aku pada tahun 1999. Dia ni student UPM yang menjadi salah seorang pekerja sambilan di cafe cyber abang long yang tinggal bersama siswi-siswi yang lain yang terletak di tingkat atas cafe cyber long ni. So, secara tak langsung aku menjadi rapatlah dengan siswa siswi di sini. Apa taknya, hari-hari aku ikut long dari Kajang ke Serdang ni... naik motor lagi... hihihi... nama-nama seperti Kak Maya, Abang Hafiz, Abang Zul, Kak Syida, Kak Su, Kak Suhaila dan lain-lain yang aku tak ingat namanya tapi aku masih ingat wajahnya adalah yang seangkatan dengan Kak Uda ni. Lepas aku melanjutkan pelajaran di UNITAR pada tahun 2000, aku dah jarang ke sana. Sibuk. Ditambah dengan aku yang jarang pulang ke Kajang dan senyap-senyap bisnes long yang hampir lingkup dek persaingan yang teramatlah senget.

Pada tahun 2004, entah macam mana teraccident aku lawat blog Kak Uda ni... dari situ aku dapat tau yang dia dah ada anak 2, Aleya Tasneem dan Najla Nafeesa... kiut macam maknya jugak. Sekarang tinggal di Kuantan. Wah, mesti yang lain-lain pun dah beranak pinak. Yang aku tau, Abang Hafiz dah 3 orang anak, Kak Maya dah kahwin tapi belum ada rezeki, Abang Zul belum berkahwin. Yang lain-lain aku tak tau. Lost contact macam tu je. Nasib baik yang sorang ni still keep in touch.

Last 2 or 3 weeks, aku bertemu 4 mata dengan Kak Uda dan familinya... setelah sekian lama terpisah, akhirnya bertemu jua. Itupun aku teraccident lagi baca blognya yang dia sudah ada di Kuching ni. Maka, tergesa-gesalah aku mahu berjumpa dengannya. Dah lama bebenorlah katakan. Setelah sesi adegan contact-mengontact, akhirnya dapatlah bertemu dengan dia. Itupun masa nak hantarnya pulang di airport. Terharu, gembira, excited semua ada. Sebenarnya Kak Uda menjalankan bisnes sendiri bersama suaminya. Bangga aku dengannya.

[ii]
Last 2 weeks, kami menerima tetamu dari KL. Kak As sekeluarga yang datang cuti-cuti Malaysia ke Bumi Kenyalang ni. Dah ada anak serorang, Aszra, setahun sebulan. Kiut sangat-sangat. 3 hari 2 malam di Kuching ni, dapatlah sekali aku jamu tetamu jauh ni makan tengahari di rumah. Ala, masakan tak seberapa. Harap jangan seriklah nak datang sini lagi ye. :)

Kak As ni adalah ahli Malaysianbowlers.com yang DH join. Aku kenal dia melalui DH yang bersama-sama dia dan suaminya bermain bowling ketika di KL dulu. Forum ni selalu buat liga bowling, semua kaki bowling... padanlah tu. Dan Kak As ni berkerja di UNITAR, tempat aku study dulu. So, secara tak langsung aku pun turut sama berkawan dengan dia ni.

Nak dijadikan cerita, suami Kak Uda ni adalah kawan suami Kak As di MRSM Jasin dulu. Alahai, kecilnya dunia aku kata. Kalau aku tak kenalkan kat Kak As, blog Kak Uda yang ada cerita ke Kuching ni dan Kak As tak tinggalkan jeritannya di shoutbox Kak Uda, dan Kak Uda tak tinggalkan komennya di blog Kak As... aku rasa tak jadinya sesi reunion ni... hehehhe... terharu dengan apa yang aku dah buat... secara tak langsung, aku menjadi sebahagian program jejak kasih... huhuuh

Maka selesailah program jejak kasih... aku harap mereka terus menerus berhubung antara satu sama lain. Ha, baru aku teringat... umur mereka berempat ni sama... 28, sebaya akak aku kat Penang. Apa khabar dia hari ni... mmm
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...