sebenarnya, dah lama aku tunggu untuk tulis entry pada kali ni. Cuma masa je yang membataskan. Dan lagipun aku nak tunggu lain-lain kejadian yang aku rasa tak dapat kat mana-mana. Hanya di sini sahaja, Kuching Bumi Kenyalangku... :)
Pertama, apabila ke pasar, seringkali kami bertanya tentang harganya. Mengapa terlalu berbeza dengan yang biasa di semenanjung dahulu. Hanya di sini je ada. Besar dan tentu teruja apabila memakannya. Nak tau apa? inilah kerang Sarawak yang mahalnya RM6 sekilo! paling murah dapatlah RM4.80 sekilo di Gambir. Dapat berapa ketullah ye... tapi disebabkan dah lama tak makan dan ditambah-tambah lagi slot Majalah 3 minggu lepas ada membicarakan tentang kerang ni. Maka, kami pun teruja untuk beli dan makan. Kali ni je. Lepas ni kalau nak pulun habis-habisan, kena tunggu balik kampung pula.
Kedua, fenomena ini dikenali sebagai HALO. Fenomena Halo atau Halos adalah lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari. Fenomena ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan, seperti pelangi. Cahaya itu tidak berbahaya kepada tubuh badan, namun jika melihatnya terlalu lama, ia boleh merosakkan mata dan menjadi buta. Kejadian ini dikesan pada 22 Jun 2007 yang lepas, pada hari Jumaat sekitar jam 11.30 pagi - 12.30 tengahari. Agak jarang berlaku ketika di semenanjung tetapi di sini, aku dah tengok 2 kali. Yang pertama dulu, kelihatan seakan pelangi mengelilingi awan yang menutupi matahari. Kejadian ni kalau tengok kat komputer, sekali pandang macam pantulan cahaya dari kamera tu sendiri tapi sebenarnya adalah kejadian sebenar yang dilihat dari kaca mata sendiri.
Ketiga, ini pun hanya terdapat di rumah aku di Kuching ni. Tak sengaja aku terjumpa sarang tebuan atau lebah atau penyengat ke, aku pun tak sure di atas anjung rumah kami. Tapi selagi dia tak kacau kami anak beranak, aku rasa biarlah dia duduk kat situ. Tapi takkan nak terkena baru hapuskan, ye tak? tak tau lagi apa action tuan rumah. Semalam baru report. Tak tau sejak kapan ianya mula bertapak, harap-harap dia tak kacau. Tapi semalam aku perhati, bila ada angin kuat nak hujan, mulalah berterbangan binatang-binatang ni nak masuk ke sarang dia. Geli aku tengok struktur rumah dia... eeeiiiiii...
Dah settle dah
10 comments:
Aiii...
ko dah updet gambo NAJLAA yee..chomey budak bertuah tu..huhuhu..mata bulat mcm ko dan aidi..
kerang tu..besar2 sedap ke?aku rase yg kecik2 lagi manis kot..but for sure..sana seafood murah ek..puas mkn seafood..udang galah..udang galah..aku teringin udang galah...tapi sedap ke udang galah??ko penah mkn tak?
fenomena HALOS..subhanallah..ALLAH MAHA BESAR..
sarang tebuan tu..lenkali cepat2 bertindak sbb takut die sesat masuk umah..risaukan anak2 ko je..tebuan ni kalo dah sesat bukan die kira..die nak bg salam kat ko tapi die sengat ko sekali..pengalaman aku dr kecik sampai besar ni..kadang tebuan pindah umah..die wat sarang kat salai..dlm umah la..tu yg jd tugas abah terminate bende2 camtu..
a'ah, dah ada orang baru... kenalah update gambo baru... hehehe
bila kerangnya besar, rasa pejallah dagingnya. sedap gak bila dah besar2 ni. lagipun, kalau kecil, letih nak bukak, laju je bila makan. hehehe
a'ah, tapi yang aku dapat tengok masa dia dah terbias. dah nak hilang warnanya.
yelah, mana tau dia nak lepak depan2 umah aku tukan. tupun accidently terjumpa. tak tau berapa lama dia dah bertapak. tak sangka dalam banyak2 rumah kat sini, rumah kami yang jadi mangsa. heheh
takpe, next time kena be alert.
erm.. murah ke seafood kat sini? hehe. rasa kat smjg murah lg.
akak duk mana? saya duk satok, kuching. asal kelantan. kawin dgn org bintulu, keja sini :( and duduk sini la skrg...
rasanya brg2 kat kuching ni terutama lauk2 mentah, mmg mahal dari smjg lg..
halos phenomenon tu berlaku kat opis saya (tun jugah..)..
welcome to ms ayue... mana dapat link akak ni? :) suka rasanya bila orang disini memberi respon yang baik.
rasanya kat Gambirlah yang paling murah seafood nikan. ikan kembung, ikan caru tu bolehlah dapat RM3-4 sekilo.
akak duduk kat Tmn Sri Wangi. Ayue rumah kat Satok ke? dah lama duduk Kuching ni? kije apa kat Tun Jugah tu?
ayue tgh bloghopping aritu, terserempak blog akak. hehe.
ayue menyewa kat satok, jln muhibbah. tmn seri wangi tu kat mana ye akak? dkt petra jaya ke?
ayu baru je duk kuching, baru nak masuk setahun.. hehe. masih org baru lg. mmg x reti ckp swk pun. kat opis ni speaking (pun terabur jugak!!) hehe.
ayue keja kat salah satu opis dlm bgnan tun jugah as a programmer. akak keja kat mana and as ape? nice to know you..
kat mana ek jalan muhibbah tu, dekat jln rubber ke? a'ah, tmn sri wangi ni dekat petrajaya, lepas jambatan, roundabout pertama dah nampak signboard taman ni.
ooo, samalah ngan akak, bulan 4 thn lepas baru diam kat sini. suami kerja apa? so, baru kahwinlah ni? ni kena training ngan husband ni, baru reti.
oo, programmer. akak pun based IT tapi tak kije, jadi housewife je. nice to know u too. :)
jln muhibbah tu dkt2 bgnan zicon. seronoknya jadi hsewife.. uwaa.. nak duk rmh jugak tp apakan daya.. mmg kena keja sbb nak tambah pendapatan. hehe.. lgpun baby dah nak on d way kuar dlm 8 weeks lg ni..
mcm pernah nampak signbod tmn seri wangi tu.. hehe.ayu dtg sini bln 8 thn lps. akak ikut suami kerja sini ke?
ooo ye ke? first baby ke? tahniah2... nanti boleh akak jalan umah ayue. ayue pun senang2 datanglah umah akak. tapi kena call dulu, 019-3552113.
oo, mcm pernah nampak bgnn zicon tu, tapi belah mana ek... kena round lagi ni. :) takpe, mana tau nanti rezeki anak, income lebih, dah takyah kije.. :) dah plan nak antar kat mana, baby tu? susah2 antar kat akak je. :) ayue ni umur berapa? akak 26, isnin ni. :)
kalau dari jalan besar nak ke Matang, mmg akan lalu depan tmn sri wangi ni. ooo, baru lagilah... baru2 pun bulan depan setahun dah kat sini ek.. :) suami akak kije LHDN.
ayue 24 tahun this 29th.. hehe, sama bulan ek kita lahir. beza 2 thn je la.
ayue lum cari lg tpt utk letak baby nanti. ye ke akak leh jagakan? nanti leh la kita kenal2 ek. Leh la runding2 pasal baby skali. Lega plak rasa jumpa akak, at least tau ada org yg akan sudi nak babysit baby ni.
oo, husband akak keja LHDN ek. dkt la dgn building tpt ayu keja.
jalan muhibbah ni kan, if akak lalu dari jambatan from petra jaya to satok, 1st simpang belah kiri lps turun jambatan, tu la jalan muhibbah. rmh ayu tu lorong seblah bus stop pertama, dkt rmh arkitek tu. nanti kalau kita nak kenalan nak jumpa2 leh la calling2 ek.. :)
wah, panjang lebar komen kat sini. apa kata borak kat email ke. email akak, suhaiza81@gmail.com.
ooo, muda lagi. kat tmn sri wangi ni memang ramai orang jaga budak. tmn hussien pun ada. ala, yang penting kat mana nak letak baby tu sebab kita kerjakan. akak ni memang tak pernah kerja. kahwin masa belajar, pas abis terus dapat anak. ni tambah lagi sorang. dok umahlah jawabnya. :)
a'ah, dekat sangatlah tu ofisnyakan. suami kerja kat mana pulak?
oo, kat jepang eh? ingatkan area belah jalan green sana. ada sekolah kat dalam tu, ada kawan akak mengajar.
Post a Comment