tak berkesempatan nak menulis. Banyak perkara yang harus diselesaikan. Ini pun curi-curi waktu, sementara Aidi dan Najlaa tidur. Kadang-kadang aku selalu cakap, nak buat itu ini takde masa... tapi sebenarnya, kena cari masa tu. Macam iklan Astro, I got time! hehehe
Okay, sebenarnya nak cerita tentang lawatan kami ke Petrosains yang diadakan di Muzium Negeri Sarawak, Kuching. Dah lama pameran ni diadakan cuma baru minggu lepas kami berkesempatan melawatnya. Tak silap ia bermula dari April -Disember 2007. Ha, sapa-sapa nak pergi, marilah cuti-cuti Malaysia ke Kuching pulak. Lagipun Aidi belum pernah tengok dinasour ni dan kami belum sempat berjalan ke muzium-muzium di Sarawak ni. Semua orang tahu yang Sarawak ni ada 8 muzium, punyalah banyak. Antaranya adalah Muzium Sarawak (Bangunan Lama & Dewan TAR) masuk free, Muzium Islam, Muzium Sejarah Cina, Muzium Arkeologi Niah, Muzium Wilayah Limbang, Muzium Wilayah Baram, Muzium Tekstil dan Muzium Petroleum. Maklumat lanjut, bolehlah melayari website ini.
Banyak aktiviti yang disediakan. Seronok aidi main baling bola ke mulut dinasour. Masuk ke mesin merentas masa, padan suaikan gambar dinasour dan yang paling dia takut adalah bunyi dinasour yang amatlah kuat. Najlaa releks je. Disebabkan Aidi first time melalui pengalaman begini, maka tak hairanlah kenapa dia macam excited dan takut bila berhadapan dengan dinasour ni.
Sekejap je rasanya berada di dalam pameran tu. Rasanya macam tak berbaloi RM5 seorang untuk dewasa. Patut dikurangkan RM1 untuk tarik lebih ramai orang untuk hadir... hehehhe
7 comments:
1st aku p tengok pameran dinosor ialah mase aku darjah 6..hehehhe..
besh la aidi ek...
semalam dgr suara najlaa nngis...pergh..meriah betul hidup ko..budak tu nak lekat je dgn ummi die ek..cemana la anak aku nanti ek?..kelako pon ade..terinagt kasih syg mak...susah cemana pon..kasih syg ibu tu tak ternilai harganya..
bertuah ko..dpt asuh anak2..besar pahala ai..
akak, ayue nak tanya yg OGTT test (utk cek diabetes masa pregnant tu..)
ayu ada terbaca posting akak yg lama, akak ckp pernah kena buat dulu kan..
ayu kena OGTT 30hb ni. lupa lak tanya nurse aritu. air masak boleh minum tak? ke puasa direct je xleh mkn minum ape2? thanks akak..
cah... aku first time masuk pameran dinasour kat JB, darjah berapa tak ingat aku. tapi memang meriah sebab rombongan sekolahkan. pastu siap beli botol air buat souvenir. ada lagi kot botol airnya tu.
:)
ayue... test tu, kena puasa 8 jam sblm kena cucuk. meaning, kalau cucuk kul 8, kul 12 tghmlm dah tak boleh mkn. air masak tak boleh rasanya. ingat dulu nak test time puasa, time sahur akak mkn kurma 3 biji dgn air masak. tapi misi marah. lagipun lepas cucuk kul 8 pg, cuma minum air glukos yg diberi je. pastu kul 10 pg cucuk lagi. pastu baru boleh gi sarapan.
haaa...
ai..betol2..mase tu kat JB dan kita darjah 6 laa..aku ingat lagi..mase aku nak pegi..bapak aku tak bg..nangis2 aku pujuk bapak aku..
mmg besh laa..aku mcm nak naik disor tu je..hahahha
ooo, ko gi gak ke? entah2 kita jumpa kat pameran tu tapi tak kenal... hehhe
hehe,beshnyer korang kecik2 dah gi jumpe dinosor erk...aku dh besshar baru pi ngan hb
hehhe... a'ah nor, time tu memang excited nak pergi sebab first time dinosour masuk JB... heheh
la ni pergi ngan anak2 pulak, macam cikgu sekolah pulak... heheh
Post a Comment