Pages

Tuesday, December 23, 2008

Ahlan Wasahlan ya QAISARA

salam semua,

nilah newborn baby QAISARA yang bermaksud permaisuriku.

Abang long dengan baby

Kak Ngah suka dapat baby

Qaisara - permaisuriku
Hari ke2 - baru balik dari hospital

Read more...

Saturday, December 20, 2008

Alhamdulillah, dah selamat

Alhamdulillah, ai dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3KG pada malam tadi (19/12/2008) kira2 jam 9.40 malam.
Ibu & anak berada dalam keadaan sihat.. insya Allah, petang ni boleh keluar dari hospital jika tiada aral..
Read more...

Thursday, December 18, 2008

Uri Overdue (Calcification)

salam semua,

terima kasih pada kawan-kawan yang banyak mengambil berat pasal kesihatan kandungan aku 2-3 hari ni. Pantang online YM, dekat 20 orang dok bertanya dah bersalin ke belum.

Actually, ni nak cerita ni. Wah, belum bersalin dah start cerita. Alkisahnya begini:

[1] ISNIN 15/12/2008

- pergi weekly check up macam biasa. Due 20hb ni, dah dekat dah. Doktor tanya tentang pergerakan baby, aku cakap start semalam dah kurang gerak, which mean dalam jam 2.45 ptg baru cukup 10 gerakan. (carta pergerakan baby dari 9 pg - 3 ptg selama 10 gerakan, kalau dekat2 nak kul 3 ptg baru cukup, dah tak lamalah tu)

- so doktor gerak-gerakkan baby, ada 1 gerakan balas. Biasanya ada dalam 2-3 gerakan. Then doktor tak puashati. She's going to scanning. Tiba-tiba ada putih-putih di uri yang nama saintifiknya Calcification iaitu pemendakan kalsium. Doktor lagi tak puashati. Dia suruh refer to the hospital secepat mungkin.

- balik rumah dulu, makan tengahari, salin baju pakai kain batik semua (tipikal manners yg aku buat b4 admit), ambil beg baby dan vrooommm ke GH. Sampai GH, misi ambil statement. No contraction, no sign but CALCIFICATION*! ok, duduk dulu. Tunggu, tunggu... masuk pintu kedua. Misi panggil masuk CTG Room (untuk cek jantung baby). Alhamdulillah, Dr Stella Anak Tekhee yang rawat aku. Doktor pompuan. Ramai gak doktor kuar masuk kat GH ni, ada dekat 10 orang. Adalah 2-3 orang doktor lelaki. Lepas buat CTG, cek bukaan pulak. Yang ni aku malasss sket. Tapi sebab nak tau jalan dah buka ke belum, redha jelah. She said, "belum buka lagilah puan"... aiyarkkk... dah sejam sengah kat sini. Apa khabarlah abang and the kids kat waiting area tu. Dahlah lupa nak bawak hp.

- then, duduk menunggu lagi sementara Dr Stella discuss dengan the senior doctor. Tak lama pastu, nama aku kena panggil untuk masuk ke Examination Room (nak scan lagi) oleh doktor senior, Dr Roland sambil Dr. Stella temankan aku. Canggih scanner dia, siap nampak baby kelip-kelip mata lagi. Lama gak kena scan. Pastu Dr tu cakap calcification aku di tahap minima. Tak perlu risau sangat tapi kena pantau by 4 days. Kalau takde tanda dalam masa 4 hari tu, by Jumaat (esok) kena keluarkan baby jugak. *Maybe kena induce and drip (dalam ati aku). So boleh balik rumah dulu.

- mmm... false labour... sian abang and the kids, kena tunggu lama. Abang pun EL hari tu. Sampai rumah jam 3, tak solat lagi ni. Perghh... dugaan-dugaan.

*CALCIFICATION - What is placenta calcification?
  • The placenta is the part of a woman’s body that attaches the baby to the inside of the uterine wall. Blood vessels in the placenta make up the umbilical cord, which attaches to the baby at the belly button. The placenta, which resembles a cauliflower in shape, allows the baby and mother to exchange oxygen, nutrients, and waste products. The placenta is delivered after a baby is delivered, and is often referred to as the afterbirth.

  • Placenta calcification refers to calcium deposits that appear on the placenta. These calcium deposits indicate an “aging” of the placenta that occurs near the end of pregnancy. These deposits of calcium can cause certain small parts of the placenta to die. The calcium deposits may also cause some parts of the placenta to be replaced with fibrous tissue. The calcium deposits can also obstruct parts of the placenta with clots of maternal blood. They can also harden or block the maternal blood vessels. In most cases, placental calcification does not affect the functioning of the placenta, and the fetus is generally not harmed.

  • When calcification is found early on in the pregnancy, it can be an indication that the placenta is aging faster than it should. If this occurs, your health care provider will likely wish to monitor your baby at regular intervals to make sure that your baby is receiving the nutritional content that he needs, and that his nutritional intake is not obstructed by the calcium deposits. Your health care provider will, specifically, be measuring the growth of your baby.
  • Some studies suggest that placental calcification can be caused by cigarette smoking. Other studies suggest that using antioxidants in the diet can help to neutralize the effect.

  • When a placenta has calcium deposits on it, they may appear as white patches on the placenta after birth.
[2] SELASA 16/12/2008

- semalam lepas balik dari hospital, terus register the kids kat NURI the nursery, depan umah je ni. Memang dah lama dok ushar, tapi baru semalam rasa desperate nak hantar the kids. Bincang punya bincang, diorang boleh terima kalau emergency calling tengah-tengah malam cuma kena bayar OT sejam RM3lah.

- so hari ni first day hantar A&N ke nurseri. Wah, excited Aidi nak pergi sekolah, nak main slide dia cakap. Aku pulak yang sedih sebab selama ni tak pernah tinggal mana-mana. Sejam sekali aku call cikgu dia. Cikgu dia cakap, dia seronoklah, Najlaa pulak nak ummi je tapi tak lama sebab ramai kawankan. Balik tengahari kul 1 abang amik. Punyalah Aidi bercerita bagai nak rak. Seronok sangatlah tu. Tapi bila cakap esok kena pergi lagi, dia tak nak pulak. Ah, sudah.

- Pagi tu memang boringlah, A&N takde, abang pun takde. Sunyi sangat. Aku call mak. Mak cakap, malam tadi tiba-tiba ternampak muka aku kat kampung. Bukan mimpi tapi macam real mak cakap. Rupanya aku masuk hospital tapi tak branak lagi. hehheh

[3] RABU 17/12/2008

- Masih menanti tanda-tanda bersalin tapi hampa. Baby still moving dan aktif. Aku yang pressure menunggu tanda. Abang lagilah, Jumaat nak exam.

- Abang hantar A&N ke nurseri kul 7 pg. Aidi meronta-ronta taknak pegi. Bersungguh-sungguh dia tak moo pergi. Dia cakap tak best sebab takde jamban cangkung, cikgu suruh duduk pulak. Heheh, kes dah biasa berak cangkung kat rumah nilah. Lepas tu noisy, ini memang dia tak sukalah.

[4] KHAMIS 18/12/2008

- Masih tunggu tanda tapi takde lagi. Esok pagi kalau takde tanda gak, memang kena gi gaklah. Kul 7 pagi antar A&N ke nurseri, then abang antar aku ke hospital and then abang pergi exam. Dahlah dia exam dari kul 9 -12 tghari. Harap-harap sempatlah abang temankan aku kat labour room nanti.


Harap-harap dipermudahkan Allah SWT.
Read more...

Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam semua,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

kami semua raya kat Kuching je macam tahun-tahun sebelum ni. Lagipun tak dan rasanya nak balik kampung sebab dah sarat dah ni. Takut pulak nak naik flight dah ujung-ujung ni dan mesti diorang tak bagi aku naik sebab takut beranak kat dalam flight.

Dalam pada tunggu hari ni, sempatlah jugak aku memikirkan juadah untuk hari raya ni. Aku tukar-tukar resepi dengan Ain, kawan perantau di KK. Dia buat Nasi Minyak resepi aku, aku buat Nasi Ayam resepi dia. Lepas tu aku ada buat Muffin Milo Kukus (resepi Yati) dan Dadih Durian + sweet corn (resepi aku).


2 hari sebelumnya aku try test buat, memang marbelesslah resepi Ain ni. Sampai ke hari raya, aku buat 2 periuk nasi. Clear!! Bagi-bagi untuk 6 rumah dan makan untuk tetamu dan keluarga di sini (kami lah). Thanks to ina, susah-susah je antar juadah raya ke rumah aku. Ada Kek Coklat Kukus, ketupat pulut daun palas (belasah je namanya! hihi - kelongsong ketupat tapi guna daun palas, diisi dengan beras pulut biasa atau beras pulut merah, direbus setengah masak dengan air mula2 kemudian direbus dengan santan pula) dan kuah kacang... sedaplah jugak sesekali pekena makanan sini. Jiran-jiran pun ada yang menghantar makanan macam nasi minyak, lemang, ketupat, nasi carrot, lauk kurma ayam, kari ayam dan kari daging.

Ketupat pulut daun palas

Jom layan resepi...

RESEPI: NASI AYAM
BAHAN-BAHANNYA:
Stok Ayam
Ayam
Sedikit halia (diblend)
2 ulas bawang putih (diblend)
5 ulas bawang kecil (diblend)
1 kiub stok ayam

1) Rebus ayam bersama bahan yang diblend tadi dan kiub. Rebus sehingga masak.

Ayam perapan
Ayam rebusan
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Jintan manis

1) Perap ngan kicap manis, sos tiram, madu dan jintan manis..agak-agak la..simpan dlm peti n goreng (ayam lebih sedap kalu perap lama).

Sup
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Rempah 4 beradik (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
Kiub stok ayam
Air rebusan ayam
Kaki ayam

1) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 bradik hingga wangi.
2) Masukkan air dan kiub serta lebihan air rebusan tadi
3) Nak lagi sedap masukkan kaki ayam dia rasa lemak sikit

Sambal
Tomato
Sos cili
Lada hidup
Gula
Garam
Cuka sikit
2 ulas bawang putih

1) Blend semua - tomato, sos cili, lada hidup, gula, garam, cuka sikit, bawang putih
2) Masak jap atas dapur
Kicap
Kicap pekat
Kicap manis
Sup
1 ulas bawang putih (diketuk)

1) Kicap pekat, kicap manis campur ngan sup dan bawang putih dan masak hingga pekat
(jgn manis jgn masin dah)

Nasi
Sedikit halia (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang kecil (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu marjerin
Beras - dibasuh dan ditos hingga kering
Air rebusan (kalau beras 6 pot - air 8 pot - lebihkan 2 pot air)
3 lai daun pandan - untuk menaikkan bau
Lemak ayam
Sedikit pewarna kuning

1) Halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan daun pandan, tumis ngan majerin.
2) Masukkan beras campurkan ngan air rebusan (nak lagi lemak boh lemak ayam dalam nasi)
3) Agak-agak dah nak masak, masukkan pewarna kuning dan gaulkan sebentar.

RESEPI: MUFFIN MILO KUKUS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Tambahan...
1/2 s/k serbuk penaik
1/4 cawan bancuhan kopi yg dah ditapis ( utk bg colour sikit - tak boh sbb xde kopi kat umah)

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla
CARA-CARANYA
1) Panaskan kukusan dan sapu acuan apam dgn planta.
2) Ayakkan tepung, masukkan serbuk milo, soda bikarbonate & serbuk penaik.
3) Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4) Masukkan bahan B dan gaulkan rata supaya sebati.
5) Masukkan adunan dalam acuan yg telah disapu planta/dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
6) Angkat dan hidangkan.

DAH SIAP!! SELAMAT MENCUBA
Read more...

Friday, December 05, 2008

Fuuhh, penat

Ini time dobi luar rumah. Tiada kaitan dalam cerita dibawah. gheee...

salam semua,

semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa dan hidup dalam aman dan damai.

Aku? alhamdulillah... masih menghitung hari untuk ke hospital. Di kesempatan yang ada ni, aku kena gunakan sepenuh-penuhnya sebelum balik kampung nanti.

Baru je lepas mendobi rumah... nasib baik rumah bawah dah sekali jalan je. Kalau 2 tingkat, memang dah upah mak jawalah. Hahahah. Masa nak start mop ruang tamu tadi, tiba-tiba batang mop reput dan patah. Hmmppsss... nak wat cemane ni. Jadi Oshin aku kejap. Mula-mula guna tangan je. Pastu rasa penat sket, tukar kaki yang buat. Tapi asyik nak tergelincir je. Karang tak sempat nak raya aku dah dok spital. End up, buat jelah guna tangan. Habis 1 rumah. Najlaa yang dah bangun tengok Playhouse Disney tu, asyiklah nak ummi, ummii... Aidi tengah syok tido tu.

Habis mop 1 rumah, sental bilik air pulak. Penat jangan citer. Aku buat tak reti je ada budak kat bawah ni. Hahahha. Tung tang tung tang... siap.

Kejutkan Aidi. Pastu teringat Najlaa yang dari tadi senyap sepi je. Betul ke dia tengok Playhouse Disney sambil main? Sekali... la, tido rupanya anak dara ni. Patutlah senyap je. Hehheh.

Okaylah... nak sambung buat blog orang dan makan sket... Lapar ler, tadi sarapan dengan abang sikit sebelum dia gi ofis - abang suap (aku suka bila abang suap... heheh). Onkan hp, ada mesej dari kawan suruh buatkan blog. Murah betul rezeki budak dalam perut ni. Tak keluar lagi dah melimpah ruah rezeki dia. Aku tumpang sket je.

tata
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...