Pages

Wednesday, June 04, 2008

Cuti yang sukar!

Selamat kembali bekerja pada hari ini kepada abang dan semua orang yang bekerja di Sarawak ni. Al-maklum, cuti hujung minggu + Gawai, dapatlah 4 hari. Tapi kami cuma sempat cuti 2 hari je kerana lagi 2 hari, kami duduk dirumah aje menyelesaikan masalah orang. Al kisahnya begini...

Malam Sabtu, kami menerima panggilan dari kampung Setiu. Abang ipar meminta tolong untuk menolong adik iparnya yang kini berada di perkampungan Iban (rumah panjang) di Sri Aman (kira-kira 4 jam perjalanan dari Kuching!) yang tidak tahan dengan suasana di sana. Yelah, nak Gawai, panggang ba** dan mabuk-mabuk di rumah panjang adalah WAJIB. Hari-hari dia berhadapan dengan situasi iteww. Menangis-nangis mintak balik tapi keluarga lelaki melarang keras sebab nak rayakan. Suaminya sahaja yang masuk Islam ketika nak kahwin dulu, tiada seorang pun di rumah panjang tu yang beragama Islam. Siap suruh bercerai dan kahwin dengan perempuan Iban di rumah panjang tu dan ambil anaknya! Kesian kat adik ipar abang ipar tu, muda lagi... baru 22 tahun! Ku namakan saja Sal.

Mereka balik pun sebab si ibu kata sakit strok. Balik-balik, sihat walafiat! Taktik suruh anak dia balik setelah 3 tahun tak balik sambil nak tengok cucu yang baru 1 thn 8 bln.

Hari Ahad tu Sal, suami dan anak datang ke rumah kami. Hajat nak tidur di sini dibatalkan kerana suaminya segan, tak kenal kami katanya. Ek elehhh, orang nak tolong, tak nak pulak. Lagipun diorang dah beli tiket pulang ke Kelantan pada hari Rabu (semalam). Dibawanya Sal ke rumah sepupunya yang bukan beragama Islam yang jauhnya 30 min dari sini. Dah tu, kena sewa bilik pulak kat rumah tu, RM20 semalam!

Isnin petang, sekitar jam 2.30 ptg mereka datang semula ke rumah kami, tak tahan katanya sebab tak boleh makan (orang Iban gak) dan solat. Kami pun tadah tanganlah nak tolong, kesian orang di dalam kesusahan. Selang beberapa minit, tak duduk pun lagi suaminya, katanya nak minta tolong abang temankan dia, nak hantar kereta. Mereka datang naik kereta maknya. Katanya nak bawa balik ke Kelantan tapi abangnya tak benarkan. Maka suaminya ajak suami aku suruh pulangkan kereta tu kepada abang dia kat satu tempat, dah janji dah tempatnya. So, abang pun temankan. Dia follow abang dari belakang, sampai di 1 simpang, dia ke arah lain. Bila call, tak dijawab. Sal cakap, takpelah, balik jelah. Kami pun pelik. Pakatan apakah ini?

Malam menjelang. Suami Sal tak pulang lagi, tiada khabar berita langsung! Hilang begitu sahaja. Sal membuat andaian, agaknya dia tido rumah sepupu dia kot.

Pagi pun menyuluh, tak pulang juga suaminya. Puas telefon, tak diangkat juga. Petang ni (semalam) dah nak balik Kelantan. Kira-kira jam 11, tika aku nak masuk dapur, kami dapat panggilan dari suaminya. Menurut Sal, suaminya semalam memang telah berjumpa dengan abangnya, abang dan ibunya marah kerana katanya nak balik Kelantan terus pada hari Ahad tu, tapi sampai Selasa tak balik-balik (yelah, nak keluar dari rumah panjang tu bukan senang). Lagipun pada malam raya diorang, mereka cabut dari rumah panjang tu. Abang dan ibunya siap buat report polis mengatakan suami Sal membawa lari kereta ibunya, padahal si ibu sudah beri izin dari awal lagi. Tak paham aku dengan keluarga suami dia. Masa suaminya telefon tu, dia minta maaf sebab buat Sal risau sebab abangnya merampas wallet dan telefon dia. Sebab tu dia tak dapat dihubungi. Dia dapat buat call pun, curi-curi! Menangis-nangis suaminya berjauhan dengan Sal, katanya biarlah ibunya tak mengaku anak, dari berjauhan dengan isteri dan anak tersayang!

Suaminya kena settlekan dulu kes polis, barulah dapat pulang ke Kelantan. Tapi semalam pegawai bertugas tiada. Nak tangguhkan penerbangan, sama seperti membeli tiket yang baru. Dahlah orang tak berada. Duit pun cukup-cukup je. Maka kami cadangkan Sal balik dulu dengan anaknya. Berat juga suaminya nak beri izin tapi lama-lama dia beri.

Malam tadi ayah Sal telefon abang cakap minta maaf bagi pihak anaknya. Sal memang begitu, nekad nak datang sini. Sudah dilarang, tapi dia berkeras nak lawat ibu mertuanya yang 'sakit'. Ayahnya berpesan jikalau puak suaminya datang mengganggu kami di sini, diamkan aje. Kalau boleh buat report, buatlah. Kami pun terkejut si ayah bercerita begitu.

Kami di sini dalam keadaan berjaga-jaga tapi nasib baik kawasan rumah aku ni ada rukuntetangga. Depan rumah pun ada polis. Pagar sentiasa dimangga. Seram jugak kalau pihak lelaki buat apa-apa kat kami. Doakan kami selamat di sini.

5 comments:

Ummu Auni said...

isk kesiannya...
tak sangka ada cerita macam ni still jadi masa moden ni..

Suhaiza Sa'at said...

a'ah kak... mungkin diorang dok kat rumah panjang yang tak didedahkan dengan arus kemodenan ni... tu pasal sanggup buat macam tu.

Anonymous said...

Kak Ai, jaga diri dan anak2 elok2 time Abg Nev takder kat umah...takut juga kan...

Suhaiza Sa'at said...

rasanya dah selamat sekarang ni sebab tiada sebarang ancaman diterima... lagipun malam-malam RELA ronda kawasan ni... siang hari polis ada dok depan umah ni... :) memang umah dialah.

IKRAB family said...

inilah ujian dan cabaran bila berkahwin berlainan agama asalnya lagi2 klu keluarga menentang.tu belum lagi bab ugut2.ai, take care ok.golongan ni lain sikit caranya lagi2 bila bab marah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...