Pages

Saturday, May 31, 2008

Happy 5th Anniversary

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5... semoga kekal jodoh selamanya, Amin.

cadangnya nak gi resort, sambil bawa anak-anak bercuti boleh gak sambut di sana... tapi memandangkan annivesary clash dengan cuti Hari Gawai dan cuti sekolah, harga resort agak tinggi, ditambah pulak abang ada exam 9/6/2008 ni, tengah preplah ni. Nampak gayanya, kena postponed lepas exam kata abang. Okaylah, kalau macam tu.

So, after 10 a.m kami keluar ke Boulevard, window shopping dan lunch di Pizza Hut. Ada contest control car kat situ, Aidi pun join dia punya rehearsal je. Tak masuk pun sebab tak mahir sangat.

Masa Aidi tengah kusyuk nak betulkan kereta dia, ada anak cina ni sibuk nak remote kat tangah Aidi. Kami apalagi, joomlah blah. Ramai betul orang kat Boulevard tu. Cuti nak rayalah katakan.

Seterusnya kami singgah ke Popular, nampak macam ada sales. Kalau ke The Spring, ada MPH. Tengok-tengok banyak sales buku cina. Aku pusing masuk kedai dia sebab salesnya kat luar kedai. Suka tengok buku kanak-kanak, Najlaa pun excited tengok buku ni. Suka aku tengok Najlaa yang macam tak keruan je bila tengok banyak buku kat situ. Aku belikan A&N buku colour Mickey Mouse sebab ada free pencil colour. Hehhehe.

Dah jam 11.20 pagi. Rasa kejap je berjalan, perut pun dah lapar. Singgah ke Pizza Hut, lama dah tak makan sini. Menu pun dah lain.


The naugthy brother and the cutie lil sister. Tak reti dok diam budak 2 ni, penat nak kejor... siap lari-lari dalam Pizza Hut tu. Nasib baik tak terlanggar waiter.


Kes tak sabo nak tunggu balik rumah baru colour. Dalam kereta pun jadilah.


Ok, tu je... kat Boulevard ni tak banyak sangat dekorasi Gawai yang cantik-cantik. Kalau tak, nak gak tunjuk kat korang semua. So, sempena Hari Gawai ini, aku nak mengucapkan 'Gawai Guru Gerai Nyamai' kepada yang menyambutnyalah. Maksudnya? ntah, sik tauk kamek, bahasa Iban tok... Kuang kuang kuang (kes banyak sangat banner ni kat sini). Tata...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...