Pages

Tuesday, August 21, 2007

Dearest Najlaa

Assalamualaikum semua,

diharap sentiasa didalam jagaan Allah SWT. Entry kali ni adalah janjiku pada entry yang lepas, di mana aku nak masukkan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) berserta gambar passport Najlaa. Lama benar nak masukkan ye... heheh... Actually, esok aku ada exam SPA bagi 14 jawatan di MRSM Kuching. Last weekend dah ronda-ronda cari MRSM ni. Ala, tak jauh rupanya... lebih kurang 20 minit dari rumah, jalan menghala ke Santubong. Abang nampaknya kena jaga Aidi dan Najlaa seperti waktu-waktu sudah, setiap kali aku nak exam atau interview.

Dan weekend lepas juga aku sakit. Hoh! sakit?!! a'ah, sakit bengkak susu. Sabtu Ahad tak kemana, sakit punya pasal. Nak ke MRSM tu pun dok dalam keter je. Lemah badan ni macam kena demam denggi kali kedua pulak aku rasa. Badan tak panas cuma lenguh segala urat saraf ni. Nak masak pun kena kuatkan tapi abang kesian tengok aku bersusah payah kat dapur, makanya abang offer diri nak masak. Masak sup ayam dengan ayam chilipepper cicah mayonis. Sedap jugak masakan abang bila sesekali turun ke dapur. Actually, ayam chilipepper tu menu yang direka sendiri oleh abang. Katanya nak makan ayam potong kecik-kecik macam orang Bosnia kat UIA masak. Sekali je makan, time study dulu katanya. Manalah nak ingat. hehhehe... Bagi aku yang tak pernah makan ayam yang dimaksudkan tu, sedaplah jugak ayam abang tu walaupun pertama kali buat. Ditambah pula aku yang tak sedap badan tu. Okay je aku rasa. Malamnya aku tuam, kasi cair itu bengkak. Alhamdulillah, pagi Isnin bangun dalam keadaan yang ringan.

Okay, Good Luck to me. :)
Read more...

Solat berjamaah imbangi cas dalam badan

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dancas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail). Bagi saya, disuruh melakukan solat Isyak kerana untuk meregangkan urat selepas makan, ada kajian yang mengatakan solat boleh menstabilkan peraturan penghadaman makanan yang kita makan tadi.

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.


sumber: Berita Harian, 16 August 2007
Read more...

Monday, August 13, 2007

CIMB Wealth Advisor

Assalamualaikum semua,

hari ni aku nak bercerita pasal unit trust atau saham amanah. Aku baru je berjinak-jinak dengan unit trust ni. Kalau ada apa-apa kemusykilan, silalah bertanya.

Ok, let's start. Kami di CIMB ini ada menyediakan 2 jenis fund iaitu Islamic Fund and Conventional Fund. Our funds do really fantastic & we give really a big room of choices to our investor. Antara benefit dia termasuklah:

1) professional investment services - selalu dimonitor
2) spreading the investment - pelaburan tu akan dipecah-pecahkan ke potential stok market atau eligible market, with lesser risk.
3) affordable - rendah initial investmentnya
4) convenience - senang nak jual balik unit tu, kita akan send annual report untuk mengetahui perkembangan unit tu.
5) liquidity - boleh jual balik on any business day.

so, siapa-siapa yang berminat, ada 2 cara untuk anda melabur, iaitu

1) Jika anda mempunyai akaun KWSP, anda boleh menggunakan wang di Akaun 1 untuk melabur. Perkiraannya begini, jika anda mempunyai lebih RM55,000, anda sudah boleh melabur. Contoh, 55,000 - 50,000* = 5,000, 5,000 x 20%* = 1,000... RM1,000 ni sudah boleh dilaburkan dan setiap 3 bulan anda boleh melabur. Buka buku akaun RM500.

*50,000 tu syarat wajib minimum.
*20% adalah peratus yang diambil

2) Jika anda ingin melabur menggunakan tunai, anda mestilah membayar sebanyak RM500 untuk membuka akaun dan setiap bulan anda melabur serendah RM50!

Ok, takat tu je. Kalau ada apa-apa kemusykilan, anda bolehlah melayari laman web amanah saham ini di http://www.cimb-wealthadvisors.com/. Terima kasih.
Read more...

Tuesday, August 07, 2007

Many things happen

Assalamualaikum semua,

di harap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini cuma aku rasa macam nak kumpul semua baru tulis kat sini. Sekali borong orang kata... heheh

[i]
alhamdulillah, sabtu 2 minggu lepas i.e 28/07/2007 aku telah menduduki exam CUTE (Computerised Unit Trust Exam) untuk menjadi salah seorang Wealth Advisor CIMB dan aku telah lulus. Study hard aku kali ni sebab ada kaitan dengan akaun dan aku tak pergi belajar, cuma belajar berpandukan past-year question dan abang. Ya, abang banyak membantu. Adakalanya dua-dua anak menangis tika aku kusyuk study. Aku ngadu kat abang, abang kata tak payah amik examlah kalau macam ni. Isk, aku dah beriya nak exam ni. Jangan tarik semangat aku, kang pudar terus. Takpe, aku kuatkan semangat study dalam kesibukan mengurus rumahtangga. Alhamdulillah, pass with a flying colours dan lepas ni kena struggle untuk cari customer dan bolehlah aku melangsaikan hutang PTPTN yang lama tertangguh dan mekar berkembang bunganya. So, sapa-sapa nak invest ngan aku bolehlah ye atau nak jadi agen under aku, dipersilakan. So far baru ada seorang agen under aku.

[ii]
Dari 30/07/07 - 2/08/07 lepas, abang pergi audit aka outstation di Sri Aman, kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuching ni. Kami ditemani cikju, rakan siber yang menjadi saudara rapat di sini. Susah senang kami tempuhi bersama... heheh. Cikju ni dah berumahtangga tapi suami di semenanjung. Kat sini dia tinggal bersama rakan-rakan bujang yang lain. Dia temankan kami tidur malam. Aku sebenarnya bukanlah seorang penakut tapi dengan budak kecik ni, yang kadangkala Aidi perasan benda-benda yang tak diingini, membuatkan aku rasa ada baiknya kami ditemani rakan. Malam terakhir yang sepatutnya Cikju tidur di rumah kami tiba-tiba dia tak dapat datang sebab sakit perut. Maka kami anak beranak terpaksa tidur sendirian. Malam tu dekat nak maghrib, aku suruh Aidi letak mainan dia di tong mainan, tak semena-mena dia cakap, "taknak mi, tu ada owang!" berderau darah aku... bukanlah jauh sangat tong tu cuma terlindung sofa je. huhuuhu... Anyway, thanks cikju sebab temankan kami anak beranak. :)

[iii]
Cerita hujung minggu lepas. Town Kuching begitu sibukkkkk ya amat. Mana taknya, ada Pesta DIGI, Gege Riuh! di Padang Merdeka, Pesta Hotlink di Tun Jugah, Pesta Celcom di Wisma HOPOH dan Pesta Sambutan Hari Bandaraya yang mencatat rekod dalam Book of Record Malaysia dalam persembahan joget apa ntah di Waterfront. Semua tempat tu masing-masing tak jauh kedudukannya. Al-maklumlah, town Kuching ni kecik je, bila semua sekali orang dari luar Kuching pun nak join sekali maka ada jalan yang ditutup. Yang jemnya lain. Dah tersumbat rasanya town Kuching ni. Tapi yang beruntungnya kalau sapa-sapa tourist yang datang waktu ni, mesti jadual padat nak ke sana sini. Kami pun tumpang seronok. Kami hanya sempat berkunjung ke Pesta DIGI (beli minyak wangi Silkygirl, murah gila') dan Pesta Celcom (aidi main lompat-lompat dalam kandang yang disediakan) je. Cadangnya malam tu nak ke Riverside Bowl untuk menyaksikan perlawanan bowling sukan MAKSAK 2007, siangnya abang dah join yang beregu. Malam yang team pulak. Tapi habis masa kat dalam kereta je, hujung-hujung balik jelah bang. Najlaa pun dah tido dan Aidi pun dah mengantuk.

[iv]
Alhamdulillah, dapat jugak bertemu dengan ms_ayue, rakan siber yang sama-sama merantau di bandar Kuching ni. Ayu yang berbadan dua sanggup datang bersama suami ke rumah aku ni. Terima kasih sebab sudi datang. Esok-esok akak datang umah ayu pulak. :)

[v]
Alhamdulillah, adik siber yang kukenali, Sarah selamat melangsungkan upacara pernikahan pada Jumaat lepas bersama suami pilihan hati di Kuala Terengganu. Ni mesti kes tak nak kena transfer ke Sabah/Sarawak ni. Alkisah Sarah ni bakal cikgu, masih dalam praktikal dan tak grad lagi. Aku rasa ni alasan budak-budak ni supaya tak dihantar ke pedalaman. hihii. Anyway, Selamat Bersanding pada hujung minggu ni, Sarah dan Mulyadi. Semoga kekal perkahwinan hingga hujung nyawa. :)

[vi]

Najlaa sekarang dah duduk dalam walker. Sejak dia dok dalam walker ni, pandai dah dia mengayuh ke sana ke mari. Dari dapur ke ruang tamu laju je dia. Kalau letak dia di bawah memang sekejap je dia menjalar, malam tadi baru perasan dia dah mula merangkak sikit-sikit. Favourite dia sekarang ni adalah wayar dan tali, memang laju je nak pergi amik. Aku dah suap bubur nasi + carrot/bayam + ikan bilis sejak dia 6 bulan hari tu. Sekarang ni memang kena pastikan rumah sentiasa bersih dan benda-benda halus sebab dia asyiklah nak masuk mulut je. Dah berapa kali Aidi kena marah sebab suka main syiling depan adik dia. Kang tertelan, susah pulak. isk isk iskkkk...

Dari Tadika Islam Kuching melaporkan

Sukanya dia naik walker.

[vii]
mmmm... apalagi yang tertinggal? ya, masih banyak novel dan buku ilmiah yang sedang menunggu giliran untuk dibaca. Antaranya, Buatmu Kekasih, Ayat-ayat Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra dan Panduan Anak Cergas & Cerdas 0-6 tahun. Inilah hobiku selain mengadap internet. :) oh ya, petang kul 6 di Astro Prima jangan lupa menyaksikan Stairway to Heaven lakonan Choi Ji Woo & Kwon Sang Woo... best sangat ceritanya. Actually cerita ni dah main tahun lepas cuma aku tak berkesempatan menontonnya dahulu. So, tengoklah ye. Lepas tu sambung Manjalara pulak. Semalam Lara dah kantoi ngan Kak Farah. Aku join sama menitiskan airmata tika mereka berpelukan bertemu kali pertama selepas 3 tahun berpisah dan Manja dah kurus!


okay, nak sambung kerja yang tergendala sementara anak-anak sedang lena dibuai mimpi indah di siang hari ini.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...