Pages

Tuesday, August 21, 2007

Dearest Najlaa

Assalamualaikum semua,

diharap sentiasa didalam jagaan Allah SWT. Entry kali ni adalah janjiku pada entry yang lepas, di mana aku nak masukkan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) berserta gambar passport Najlaa. Lama benar nak masukkan ye... heheh... Actually, esok aku ada exam SPA bagi 14 jawatan di MRSM Kuching. Last weekend dah ronda-ronda cari MRSM ni. Ala, tak jauh rupanya... lebih kurang 20 minit dari rumah, jalan menghala ke Santubong. Abang nampaknya kena jaga Aidi dan Najlaa seperti waktu-waktu sudah, setiap kali aku nak exam atau interview.

Dan weekend lepas juga aku sakit. Hoh! sakit?!! a'ah, sakit bengkak susu. Sabtu Ahad tak kemana, sakit punya pasal. Nak ke MRSM tu pun dok dalam keter je. Lemah badan ni macam kena demam denggi kali kedua pulak aku rasa. Badan tak panas cuma lenguh segala urat saraf ni. Nak masak pun kena kuatkan tapi abang kesian tengok aku bersusah payah kat dapur, makanya abang offer diri nak masak. Masak sup ayam dengan ayam chilipepper cicah mayonis. Sedap jugak masakan abang bila sesekali turun ke dapur. Actually, ayam chilipepper tu menu yang direka sendiri oleh abang. Katanya nak makan ayam potong kecik-kecik macam orang Bosnia kat UIA masak. Sekali je makan, time study dulu katanya. Manalah nak ingat. hehhehe... Bagi aku yang tak pernah makan ayam yang dimaksudkan tu, sedaplah jugak ayam abang tu walaupun pertama kali buat. Ditambah pula aku yang tak sedap badan tu. Okay je aku rasa. Malamnya aku tuam, kasi cair itu bengkak. Alhamdulillah, pagi Isnin bangun dalam keadaan yang ringan.

Okay, Good Luck to me. :)

4 comments:

Anonymous said...

comel sungguh najlaa ni, sesuai dgn maksud nama dia, si mata cantik, kan? mmg bulat je mata dia. geram tgk. comel sgt. hehe.

jwtn apa yg akak pohon kat MRSM? Goodluck and all the best ok. Kalau dpt keja nanti, anak2 akak nak hantar ke nursery ke?

ayu pun tgh survey tempat dekat2 nak hantar baby nanti. skrg ni tgh tunggu hari. dlm 20+ hari lg b4 due.

bengkak susu dah ok ke? harap akak semakin sembuh. rajin betul suami akak masak. ayu ni smpi skrg pun tgh2 sarat, tiap2 hari kena masuk dapur masak jugak sbb mmg xde selera nak makan kat luar. bila lah suami ayu nak offer masak sedap2 nih. kalo telur dadar goreng ke, penkek (dlm pek tuh), maggi ke..terrer la dia masak... hehehe..

Suhaiza Sa'at said...

a'ah, maksudnya, yang bermata elok, yang baik keturunannya.

bukan jawatan kat MRSMlah, exam SPA kat MRSM, tumpang exam je. ala, jawatan biasa je. pegawai penjara, imigresen dgn apa lagi ek, tak ingat. a'ah, nampak gaya memang kena hantar ke nurserylah. :)

tak taulah dapat ke tak. hari tu pohon kat YADIM tapi sampai la ni takde jawapan. diorang nak orang sini je kot.

tak lamalah ayu nak bersalin tu. akak macam nak offer jaga baby ayu je tapi takut susahkan ayu pulak, kot2 kena cari pengasuh lain pulak.

dah ok dah bengkaknya. memang flat, nak jalan pun tak larat, melepek je. ala, time sakit ni je dapat dia tolong masakkan. time kita sihat, memang dah tanggungjawab kita memasakkan. :)

Anonymous said...

oh.. jwtn under SPA. hehe, apepun goodluck ok.

ayu pun apply pegawai teknologi maklumat under SPA, interview bln lps. result hujung bln ni. saje apply govt. kalau ada rezeki, esok2 bleh la blk smjg.. hehehe.

insya Allah kalau akak apply under SPA, peluang dia sama rata, sbb under federal kan, bukan state. Yg under state tu mmg utamakan sarawakian.

masa ayu apply permit keja pun, bos ayu kena isi borang bgtau kenapa pilih non-swkian utk jwtn ayu skrg (wpun ni company private).

ayu mmg fikir jugak offer akak utk jaga baby. tp skrg ni tpt keja ayu bukan on the way ke rmh akak, kena drive ke arah petra jaya, jem skit pagi, pastu U-turn plak, tu je prob skit sbb kena kejar masa pagi. lgpun akak tgh nak cari keja skrg, so xnak susahkan akak gak. apepun ayu doakan akak dapat kerja nanti :) amiinnn...

Suhaiza Sa'at said...

insyaAllah, dah lepas exam tadi. nampak senang tapi tak tau resultnya nanti macam mana.

peg. tek. maklumat? akak tak dapat pun.

tulah, baik cari yang dekat2 ngan rumah jekan. nak balik umah terus amik budak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...