Assalamualaikum semua,
di harap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini cuma aku rasa macam nak kumpul semua baru tulis kat sini. Sekali borong orang kata... heheh
di harap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini cuma aku rasa macam nak kumpul semua baru tulis kat sini. Sekali borong orang kata... heheh
[i]
alhamdulillah, sabtu 2 minggu lepas i.e 28/07/2007 aku telah menduduki exam CUTE (Computerised Unit Trust Exam) untuk menjadi salah seorang Wealth Advisor CIMB dan aku telah lulus. Study hard aku kali ni sebab ada kaitan dengan akaun dan aku tak pergi belajar, cuma belajar berpandukan past-year question dan abang. Ya, abang banyak membantu. Adakalanya dua-dua anak menangis tika aku kusyuk study. Aku ngadu kat abang, abang kata tak payah amik examlah kalau macam ni. Isk, aku dah beriya nak exam ni. Jangan tarik semangat aku, kang pudar terus. Takpe, aku kuatkan semangat study dalam kesibukan mengurus rumahtangga. Alhamdulillah, pass with a flying colours dan lepas ni kena struggle untuk cari customer dan bolehlah aku melangsaikan hutang PTPTN yang lama tertangguh dan mekar berkembang bunganya. So, sapa-sapa nak invest ngan aku bolehlah ye atau nak jadi agen under aku, dipersilakan. So far baru ada seorang agen under aku.
[ii]
Dari 30/07/07 - 2/08/07 lepas, abang pergi audit aka outstation di Sri Aman, kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuching ni. Kami ditemani cikju, rakan siber yang menjadi saudara rapat di sini. Susah senang kami tempuhi bersama... heheh. Cikju ni dah berumahtangga tapi suami di semenanjung. Kat sini dia tinggal bersama rakan-rakan bujang yang lain. Dia temankan kami tidur malam. Aku sebenarnya bukanlah seorang penakut tapi dengan budak kecik ni, yang kadangkala Aidi perasan benda-benda yang tak diingini, membuatkan aku rasa ada baiknya kami ditemani rakan. Malam terakhir yang sepatutnya Cikju tidur di rumah kami tiba-tiba dia tak dapat datang sebab sakit perut. Maka kami anak beranak terpaksa tidur sendirian. Malam tu dekat nak maghrib, aku suruh Aidi letak mainan dia di tong mainan, tak semena-mena dia cakap, "taknak mi, tu ada owang!" berderau darah aku... bukanlah jauh sangat tong tu cuma terlindung sofa je. huhuuhu... Anyway, thanks cikju sebab temankan kami anak beranak. :)
[iii]
Cerita hujung minggu lepas. Town Kuching begitu sibukkkkk ya amat. Mana taknya, ada Pesta DIGI, Gege Riuh! di Padang Merdeka, Pesta Hotlink di Tun Jugah, Pesta Celcom di Wisma HOPOH dan Pesta Sambutan Hari Bandaraya yang mencatat rekod dalam Book of Record Malaysia dalam persembahan joget apa ntah di Waterfront. Semua tempat tu masing-masing tak jauh kedudukannya. Al-maklumlah, town Kuching ni kecik je, bila semua sekali orang dari luar Kuching pun nak join sekali maka ada jalan yang ditutup. Yang jemnya lain. Dah tersumbat rasanya town Kuching ni. Tapi yang beruntungnya kalau sapa-sapa tourist yang datang waktu ni, mesti jadual padat nak ke sana sini. Kami pun tumpang seronok. Kami hanya sempat berkunjung ke Pesta DIGI (beli minyak wangi Silkygirl, murah gila') dan Pesta Celcom (aidi main lompat-lompat dalam kandang yang disediakan) je. Cadangnya malam tu nak ke Riverside Bowl untuk menyaksikan perlawanan bowling sukan MAKSAK 2007, siangnya abang dah join yang beregu. Malam yang team pulak. Tapi habis masa kat dalam kereta je, hujung-hujung balik jelah bang. Najlaa pun dah tido dan Aidi pun dah mengantuk.
[iv]
Alhamdulillah, dapat jugak bertemu dengan ms_ayue, rakan siber yang sama-sama merantau di bandar Kuching ni. Ayu yang berbadan dua sanggup datang bersama suami ke rumah aku ni. Terima kasih sebab sudi datang. Esok-esok akak datang umah ayu pulak. :)
[v]
Alhamdulillah, adik siber yang kukenali, Sarah selamat melangsungkan upacara pernikahan pada Jumaat lepas bersama suami pilihan hati di Kuala Terengganu. Ni mesti kes tak nak kena transfer ke Sabah/Sarawak ni. Alkisah Sarah ni bakal cikgu, masih dalam praktikal dan tak grad lagi. Aku rasa ni alasan budak-budak ni supaya tak dihantar ke pedalaman. hihii. Anyway, Selamat Bersanding pada hujung minggu ni, Sarah dan Mulyadi. Semoga kekal perkahwinan hingga hujung nyawa. :)
[vi]
Najlaa sekarang dah duduk dalam walker. Sejak dia dok dalam walker ni, pandai dah dia mengayuh ke sana ke mari. Dari dapur ke ruang tamu laju je dia. Kalau letak dia di bawah memang sekejap je dia menjalar, malam tadi baru perasan dia dah mula merangkak sikit-sikit. Favourite dia sekarang ni adalah wayar dan tali, memang laju je nak pergi amik. Aku dah suap bubur nasi + carrot/bayam + ikan bilis sejak dia 6 bulan hari tu. Sekarang ni memang kena pastikan rumah sentiasa bersih dan benda-benda halus sebab dia asyiklah nak masuk mulut je. Dah berapa kali Aidi kena marah sebab suka main syiling depan adik dia. Kang tertelan, susah pulak. isk isk iskkkk...
Dari Tadika Islam Kuching melaporkan
Sukanya dia naik walker.[vii]
mmmm... apalagi yang tertinggal? ya, masih banyak novel dan buku ilmiah yang sedang menunggu giliran untuk dibaca. Antaranya, Buatmu Kekasih, Ayat-ayat Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra dan Panduan Anak Cergas & Cerdas 0-6 tahun. Inilah hobiku selain mengadap internet. :) oh ya, petang kul 6 di Astro Prima jangan lupa menyaksikan Stairway to Heaven lakonan Choi Ji Woo & Kwon Sang Woo... best sangat ceritanya. Actually cerita ni dah main tahun lepas cuma aku tak berkesempatan menontonnya dahulu. So, tengoklah ye. Lepas tu sambung Manjalara pulak. Semalam Lara dah kantoi ngan Kak Farah. Aku join sama menitiskan airmata tika mereka berpelukan bertemu kali pertama selepas 3 tahun berpisah dan Manja dah kurus!
okay, nak sambung kerja yang tergendala sementara anak-anak sedang lena dibuai mimpi indah di siang hari ini.
7 comments:
A'kum kak ai.. sempat juga update panjang2. Hehe..
Rajin betul akak study ambil exam utk jadi wealth advisor tu ek.. tahniah sbb dah lulus. At least, tak lah bosan sgt, boleh bekerja dari rumah sambil tgk anak2. Seronoknya... rasa nak jadi mcm akak je, boleh tgk anak2 besar dpn mata.
Aidi & Najlaa tu cute sgt lah. Geram je tgk Najlaa, tp takut plak nak dukung dia. Kang nangis sbb tak kenal. Hehe.
Nanti akak free, dtglah jln rmh ayu ye. Nanti ayu kasi peta skali. Ayu duk sini pun tak ramai kawan. Ada kawan2 opis je, tu pun mostly chineese. Tak sangka plak leh kenal akak, org sama smjg kat sini. Untung jugak dpt kenal thru alam cyber ni..
Rupanya cikju tu kwn cyber akak jugalah ye. Untung betul ye ada kwn yg leh temankan akak...
w'salam ayu,
heheh... penat nak tulis pendek2, tulis panjang2 sekali... heheh
jom, jom jadi macam akak. hehhe... jadi agen pun boleh.
najlaa memang macam tu, tak kenal orang. aidi dulu baya2 najlaa ok pulak, semua org amik dia ok je. lain pesen pulak najlaa ni.
a'ah, ada masa nanti sampailah akak ke rumah ayu. eh, kenal ke cikju? dia duduk line 5B, akak 5C... dekat sangat.
beshnyer...ko dah dapat ramai kawan dok sana...baguslah..meriah skit hidup..=)ko kenal tak kak tuti?skrg jadi pengacara tv astro prima rancgn baru tuh...expose..
eh nor, kak tuti budak unitar ke? aku macam perasan tapi tak ingat pulak. dia pakai tudung ke dulu? Tuti Normarlina Harunkan nama dia?
btul tp binti lain rasanye,yup unitar..dulu btudung..skrg dh jd host..enggak lg
Lepas ni AI jd agen yg berjaya..huhuhu..aku lepas koje ni abis..nak lepak..mmg penat tahap gaban,tak cukup rehat beb..
Noore,
Pasal kak Tuti..aku dah nampak muka die kat surat kabo..aku malas nak tengok pon kalo aku ade astro..sedey jauh di sudut hati..kite kan good frenz dgn die dulu kan noor..
Ko dah dpt geng..mas ayu..cikju..aku jugak yg sorang2 ni haa..cuma ade nooor tapi di epon bz jadi cikguu..
aku tak berkesempatan lagi nak tengok Expose tu... tapi selalu iklan dia kuar kalau tengok Astro Prima tu.
insyaAllah, pasni korang pun boleh join under aku. Ala, bukannya sentiasa kena cari customer. Dan approachnya pun ada caranya. Aku je tak pegi lagi trainingnya sebab ada kat KL je.
ala cah, pelan2 cari kawan kat area umah ko tu. jiran2 pun penting. susah sakit kita diorang dapat tau dulu.
Post a Comment