Pages

Wednesday, June 27, 2007

Channel 77 Home & Health

Assalamualaikum,

bagus betul rancangan House of Babies, Bringing Home Baby dan Mum's The Word kat channel 77, Discovery Home & Health setiap hari dari jam 1.30 -3.00 petang. Banyak informasi yang aku dapat dalam mendidik anak-anak ni. Pengalaman-pengalaman mereka membuatkan aku teruja nak mengikuti setiap episod.

House of Babies berkisar pengalaman bersalin di Miami Maternity Centre, US yang menyediakan perkhidmatan 3 kaedah bersalin, iaitu water birth, ceaserian and normal delivery. Tapi yang paling glamour adalah water birth. Water Birth adalah kaedah terapi baru dimana mommy dikehendaki masuk ke dalam bath tub bulat khas untuk bersalin. Daddy duduk belakang mommy sebagai support. Midwife and nurse ready kat depan. Other relatives nak join tengok pun boleh, siap boleh rakam. Macam-macam episod bersalin aku tengok. Ada mommy ni 9 jam duduk dalam bath tub tu, barulah baby keluar. Ada pulak yang baby dah keluar kepala tapi badan refuse nak keluar. Apalagi, midwife and the others cepat-cepat angkat ke katil bersebelahan dengan bath tub tadi dan teruskan proses bersalin dengan secara normal. Ada lagi, yang mommy ni menjerit-jerit nak beranak. Kalau orang Islam, aku percaya tak de yang menjerit-jerit macam ni.

Ini semua dia tunjuk real life punya. Dalam asyik menonton, confius gak aku, baby boleh ke keluar-keluar dari perut mommy, terus masuk ke air? tapi midwife tu cakap, selagi oksigen yang dibekalkan melalui tali pusat tak diputuskan, baby boleh survive (maaf kalau silap!). Lagipun lepas birth tu, keluar-keluar je terus letak kat dada mommy. Maksudnya tak payah mandikan baby tu pun takpe sebab dia dah melalui air. Bilas sikit-sikit je. Tapi memang aku terujalah cara ni sebab memang tak terfikir pun nak bersalin dalam air! Lepas mommy dibersihkan, daddy akan mengapungkan baby dalam bath tub tadi... daddy pegang kepala sahaja dan baby akan terapung di air. Kita nak masukkan anak kita kat kolam pun tunggu besar sikit. Yelah, kat sini kalau nak kolam private, buat sendiri kat rumahlah... heheheh.

Bringing Home Baby pula berkisar tentang pengalaman baby pulang ke rumah buat pertama kalinya. Ada ramai saudara tunggu di rumah. Parents, in law, brother, sister, niece, grandpa, grandma, friends. Seronok time ni, terharu pun ada. First time mom and dad memang touching. Ada daddy yang sanggup bangun malam dan tukar lampin anak. Ada yang bawa balik baby kembar yang kat rumah abang dan kakaknya tunggu. Si abang berumur 6 tahun, si kakak berumur 2 tahun lebih dan kembar adalah perempuan dan lelaki! Amazing bila suami sendiri yang jaga and of course ada mak yang membantu. Yelah, suami dia ada office yang selang beberapa langkah je dari pintu rumah. Sebenarnya si suami ada bisnes online dari rumah. Sekejap-sekejap boleh balik tengokkan anak-anaknya. Si kakak pulak asyiklah nak menempek kat mommy. Kesian aku tengok mommynya sebab takde masa berehat, sekali breastfeed dua-dua babynya.

Ada couple lain, daddy terpaksa tinggalkan mommy and baby di rumah dengan mak sebab ada training bola! sehari boleh balik jenguk rumah sekejap je and then pergi training balik. Aduilah. The latest case, couple ni dah 18 tahun tak dapat anak sampai kena sisih dari famili. Then lepas bersalin dan bawa baby balik pun famili tak sambut. Semua husband and wife ni yang urus. Kesian tengok. Kalau orang melayu kita, lepas-lepas bersalin ni memang takde buat kerja lain, menyusukan je. Ini mommy nilah yang uruskan anak dia sambil berdiri semua. Daddy basuh baju, sediakan makanan.

Mum's The Word pula, berkisar masalah anak-anak yang kita rasa dah buntu memikirkan jalan keluarnya. Setelah mengadu permasalahan anak kepada 2 orang kaunselor dan mereka memberi kaedah penyelesaian, mereka memberi 7 hari kepada ibubapa untuk melatih anak-anak. Antara kes-kesnya adalah:

1) Anak susah buang air di tandas
- anak: 2 tahun setengah, perempuan
- penyelesaiannya: bagi 2 jenis mangkuk tandas plastik, iaitu jenis mangkuk dan jenis duduk. Anak ni mengambil masa hampir 3 hari untuk berani duduk! selang sehari dia dah berani membuang di mangkuk yang disediakan. A week later, anak tersebut dah takde masalah dalam menggunakan toilet bowl di toilet. Good job!

2) Melatih anak menyusu badan
- anak: 4 bulan, lelaki
- penyelesaian: hendaklah meletakkan air masak dan telefon di tempat di mana kita hendak menyusukan, setiap 4 jam sekali hendaklah breastfeed. A week later, anak tiada masalah dalam menyusu badan.

3) Melatih anak tertib makan yang betul
- anak: setahun lebih, lelaki
- penyelesaian: meletak meja, kerusi dan peralatan makan yang berwarna warni. Hidangan juga penting dalam melatih anak untuk makan dengan betul. Selain berwarna warni, sedap juga memainkan peranan.

4) Berhenti menyusu badan
- anak: 2 tahun lebih, perempuan
- penyelesaian: First, asingkan tempat tidur. Kemudian, alihkan perhatian anak ketika dia mula minta untuk menyusu. Then, pakai baju panjang (reasonable sebab ada alasan susah nak buka baju... hihii). Dedahkan dia kepada susu yang berperisa coklat dan strawberi.

5) Asingkan tempat tidur
- anak: 3-4 tahun, lelaki
- penyelesaian: sediakan katilnya sendiri di sebuah bilik yang dihias cantik. Jam 10 malam temankan dia untuk tidur di biliknya sendiri. Anak tu kul 11 dah bangun dan cari ibunya. Ibunya teman balik tidur kat bilik dia. Kul 2 dia bangun lagi, kali ni ibunya malas nak hantar ke biliknya, maka tidurlah anak tu dibilik ibunya. Malam ke 2 dan ke 3, perkara yang sama berlaku. Malam seterusnya kurang terjaga. A week later, anak tersebut selamat di biliknya sendiri. Good boy!

6) Anak berebut mainan dan saling pukul memukul
- anak: setahun, kembar lelaki & perempuan
- penyelesaian: beri baby cot untuk salah seorang anak. Kiranya main asing-asinglah. Kurang sikit kena pukul yang perempuannya.

7) Anak tak mahu kongsi mainan
- anak: setahun setengah, lelaki
- penyelesaian: ibu memantau anak bermain sambil memegang timer. Kalau timer tu dah berbunyi, katakan pada anak, sekarang giliran anak lain bermain pula. A week later, memang dia dah boleh sharing the toys!

8) Anak susah dimandikan dan pakai baju
- anak: hampir 2 tahun, perempuan
- penyelesaian: sebelum ini, ibu meletakkan anak di bath tub sambil anak bermain itik plastik dan mainan lain. Bila tiba waktu mandi, ibu akan mandikan menggunakan shower. Masa inilah anak menangis tak mau mandi. Masa pakai diapers dan baju memang tak reti diam. Kaunselor menyarankan supaya ibu menggunakan gayung/cawan plastik untuk mandi dan span untuk mencuci rambut anak. Memang anak tu tak nangislah, malah cuba untuk mandi sendiri. Dan ketika pakaikan diapers dan baju, berikan dia sesuatu bentuk yang dia memang nak pegang, contoh berus gigi, purse dsb. A week later, ibu dah takde masalah.

9) Anak menangis ketika di dalam troli membeli belah (tantrum)
- anak: 2 tahun lebih, lelaki
- penyelesaian: ketika membeli belah, bekalkan makanan dan minuman kesukaannya. Sebelum ni, bapa tersebut mengambil masa hampir 2 jam untuk membeli belah tetapi selepas menggunakan kaedah ni, 20 min sahaja digunakan. Good job!

10) Anak susah nak pakai baju
- anak: 2 tahun lebih, lelaki
- penyelesaian: hadapkan anak ke arah cermin supaya dia nampak keadaan dirinya yang belum sempurna pakaiannya.


Banyak benda yang aku perhati kat rumah mat saleh ni. Antara yang best adalah baby diwajibkan duduk di car seat walaupun berusia sehari; setiap kali nak breasfeeding, ibu duduk di kerusi goyang dan disokong dengan bantal khas; kitchen cabinetnya nampak kemas je; taman bunga sekitar rumah cantik sangat-sangat dan suasana yang takde kat sini.

Ada pulak perkara yang aku rasa tak elok dibuat mat saleh ni, antaranya anjing main sekali ngan baby sambil dibiarkan anjing tu jilat-jilat tangan anaknya; bila nak sendawakan baby, diorang ni main tepuk kuat-kuat, seeloknya sapu belakang baby dari bawah ke atas (it works! petua ni kawan cina masa menunggu kat klinik bagitau); diorang kalau marah anak memang direct punya walaupun baby.


Itu sahaja buat kali ni, next time aku tambah lagi... it takes time to draft this info, gangguan masa & gangguan anak memang membataskan. Semoga bermanfaat buat semua.
Read more...

Tuesday, June 19, 2007

Jangan melintasi dihadapan orang yang sedang solat

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. Orang yang solat diatas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: "Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya ." Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.
Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB - KEPUTUSAN HUKUM & FATWA FATWANYA ). Daripada saya pulak, kalau boleh sebarkanlah perkara di atas kepada saudara - saudara kita yang lain sebab saya sendiri tengok ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Insyaallah...

source: email
Read more...

Friday, June 08, 2007

Trip ke Batang Ai, Lubuk Antu, Sri Aman

Ahad lepas baru balik dari Batang Ai... rupanya Batang Ai ni adalah sebuah empangan besar yang dibina manusia dahulu kala... ala, macam Tasik Banding kat Grik gak tapi tasik banding takde empangan, just tasik je... tak silap buku sejarah tingkatan 1-3 ada cerita bab Batang Ai ni... yelah, sebab dulupun aku curious ada gak tempat serupa nama aku... hihihi
Kat sana aku especially takde buat activity sangat sebab ada budak 2 ni... DH je yang ikut jungle tracking... kalau nak ikutkan, setiap aktiviti kat situ kena bayar... ikut jungle tracking kena bayar RM10, nak mancing RM4 kot... even makan kat sana pun memang mahal... buffet sekepala RM58++... kalau nak makan nasi goreng special Batang Ai, kenalah bayar RM24 sepinggan! so kitorang amik jalan mudah makan maggi je... aku makan sekali jelah sebab tengok Najlaa macam sememeh je muka bila minum air susu aku... tak sedap, rasa maggi kot... hehehe

Bertolak dari ofis DH kul 8.30 pagi dengan rombongan 7 kereta... singgah minum pagi di Serian kul 9.30... berhenti je dah setengah jam... kul 10 jalan lagi... kul 11.40 berhenti di Lachau... buang air... then, kul 12.30 tiba di Sri Aman... berhenti di Sungai Batang Lupar, ambil angin sementara para lelaki sembahyang Jumaat... sungai ni glamour sebab ada benak... benak adalah ombak yang terhasil dari air pasang besar dan air surut kecil... memang menakjubkan sampaikan ada pesta kalau benak ni tiba... actually, orang2 kat sini tau bila waktu benak ni.

Kul 1.30 bertolak ke Batang Ai dan tiba di jeti kul 3.15 lebih kurang... tunggu 10 minit je terus naik bot... aku macam biasa, kenalah pakai life jacket sebab tak tau berenangkan... aku tengok Aidi & Najlaa ok je disepanjang jalan dan di dalam bot.

Dalam bot 15 minit, tibalah kami di Hilton Batang Ai Longhouse Resort... memang rumah panjang sebijiklah... Hilton Batang Ai Longhouse Resort memang lain dari resort atau hotel yang pernah aku pergi... mana taknya, keadaannya sebijik macam rumah panjang yang hanya ada kat Sarawak ni je tapi ni dibuat dari kayu bermutu tinggilah. Jauh setiap satu rumah panjang tu memang jauh, sayup mata memandang untuk sampai ke pintunya... agak2 dalam 15 pintu umah teres... jauh gak tu. Dahlah nak ke restoran/kolam renang kena lalu 2 rumah panjang... jauhnya!
Malam pertama... kitorang makan nasi yang aku bawak, lawan dengan sambal kering ikan bilis yang aku buat sendiri, ayam KFC Sri Aman dan timun. Jangan tak caya, Aidi sekarang makan nasi berulam timun dan ikan bilis. hehhe... lapar sangat2, macam dah lama tak jumpa nasi rasanya... kul 9 mlm semua dah terlennaaa...

Esoknya sarapan macam biasalah... kul 10 pagi DH ikut jungle tracking... aku, Aidi, Najlaa dok bilik je... takde buat apa... nak carry dua2 ni sekali susah... kejap je, dalam sejam lebih dah balik... tengahari tu kitorang makan maggi dan nasi semalam... nasi semalam?!! yelah, pas makan malam tadi, terus masuk peti ais... bila nak makan, rendam dalam air panas... macam rendam EBM tuu... heheh... memang tak panas tapi kondisinya masih elok dan masih boleh dimakan... tapi aku putus untuk makan maggi je... taknak tanggung apa2 risiko sebab menyusu badankan... tapi maggi pun bukan elok sangat... heheh... di saat2 inilah kami begitu menghargai nasi!

Petang takde aktiviti... akulah! nak gi mana, nak kayak? main tenis? mancing? mmmm... takpelah, aku rela dok dalam bilik yang nyaman dengan Najlaa... huhuh... tapi DH putuskan nak turun jeti sambil tengok orang berenang, memancing dan berkayak, boleh amik gambar sunset... memang teruja aku dibuatnya (tengok gambar je!)...

Malam kedua... DH putuskan kitorang gi makan kat restoran Nanga Muai, kat resort ni ler... tapi bukan buffet, sekadar ala carte je... orderlah kami Nasi Goreng Special Batang Ai yang harganya RM24 sepinggan... air? air tasik banyak... hehehe... mintak air kosong je... hhahahha... tapi nasi ni memang speciallah sebab ada satay ayam, satay lembu, telur mata kerbau, paceri carrot, keropok Batang Ai... hehhe... ala, kopok yang bulat kecik yang putih tu... dan nasi gorengnya kitorang perati sebijik macam nasi goreng pagi tadi... hahhahah... ni yang tak abis ke? wakakka... tapi kita hendaklah bersangka baik, baru masak kot... hahha... dan lagi sekali, di saat2 inilah kami begitu menghargai nasi!

Esok pagi pas sarapan terus berkemas sebab kul 12.15 tengahari dah kena naik bot... banyak jugak nak kena kemas, yelah mana nak masukkan tisu, shower foam, kopi gula sumer... heheh

Di sepanjang trip ni, Najlaa dan Aidi begitu bekerjasama sekali... Alhamdulillah, takde apa yang pelik berlaku... risau gak aku, bawak budak kecik ke tasik ni... tidur je time balik... kitorang ni dok membaca nama2 tempat yang kami rasa takde kat tempat lain... Engkabang Ili, Klauh, Panggil, Aping, Lachau, Sungai Tenggang dan macam-macam lagi... tak ingat aku...

Kami je terus balik, 6 kereta lagi ke Lubuk Antu... jalan2 kat sana... kami sampai rumah kul 5 ptg, diorang kul 8 mlm baru sampai.

Selang sehari, Najlaa demam... tapi doktor kata tak demam sebab temperature dia 36.5 je... tapi kepala je panas, kaki tangan sejuk... aku phone mak, mak kata demam terkejut kot... ntahlah... lepas 3 hari, alhamdulillah, sekarang dah sihat cuma ada selesema dan batuk sikit je... harap2 keadaan Najlaa pulih seperti biasa.
Ok, sekian saja trip kali ni. Pasni tunggu Najlaa besar sket baru gi jelajah KK atau Tawau pulak... oh ya, lupa pulak... weekend depan ada Pesta Benak di Sri Aman, ingat nak pergi tapi LHDN ada pesta pidato pulak, DH wajib attend... teringin gak nak tengok benak ni sebab takde kat tempat lain.

untuk gambar sekitar trip, klik gambar dibawah.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...