Pages

Friday, March 31, 2006

Last day here

wowowowo... esok dah nak berangkat... petang ni mak abah, adik datang dari kampung untuk menghantar kami pergi... uhukuhkuhkk...
Kelmarin, aku pergi berbincang dengan pihak MIS PJ tentang pengajian aku di sana. Mereka memberi pelepasan untuk aku meneruskan pengajian di Kuching nanti tetapi belajar dalam format sendiri dan online. Mereka mencadangkan supaya membeli router Cisco second hand pada harga RM600 sebiji. Dalam CCNP, sekurang-kurangnya memerlukan 2 biji router untuk memudahkan aku mengimplemenkan command yang diajar. Aku sedang berkira-kira dengan duit elaun yang bakal dapat bulan depan. Macam mana ek?? Buku rujukan mereka akan poskan ke Kuching minggu depan kerana beg baju yang banyak dan mungkin terlebih kuota 30 kg seorang.
Read more...

Tuesday, March 28, 2006

Everything is on cargo!

Hari ni (27/3) orang dari AST Logistic datang untuk packing semua barang naik kargo. Ada 3 orang semua sekali, masing-masing cekap dan pantas membungkus barang. Aidi demam, semalam pergi cucuk cacing first time. Since dia demam aku tak boleh nak buat kerja jadinya. Asyik nangis je. Petang ni rasanya macam dah sejuk sikit. Dah sihat kot anak ummi ni... Sekarang ni semua barang dah packing, tv, meja komputer, pinggan mangkuk, bantal, baju sumer dah masuk kotak... Orang tu bajet dalam 30 kotak, nampaknya macam dah guna semua je... hihihi, punyalah banyak barang.
Alhamdulillah, barang-barang yg nak dibawa masuk kargo dah settle. Semalam org tu dtg pukul 1 tghari sampai kul 9 mlm baru settle. Semua sekali ada 52 item termasuk kereta, katil, peti ais, tv dan lain-lain. Punyalah banyak barang tapi tupun ada yg tak bawa. Hari ni aku dan aidi duduk rumah abang long kat kajang sampai hari jumaat... abang duduk rumah sorang2 sebab tak cuti lagi... makan nasi bungkus ler sebab dah tak de apa kat rumah tu...
Read more...

Wednesday, March 22, 2006

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

Urusan di imigresen sudah selesai. Aku, abang dan Aidi masing-masing dah ada DPT (Dokumen Perjalanan Terhad) untuk ke Sabah & Sarawak selama 5 tahun. Asalnya kitorang buat hari isnin dan boleh siap dalam 2-3 jam je tapi disebabkan tak ambil gambar passport Aidi dan masa tu dia tidur, jadi kenalah ambil hari ni. Hari ni masa ambil gambar, betul-betul masa dia baru bangun tidur. Nasib baik boleh senyum sket... :)

Selesai urusan di sana, settlekan pulak pertukaran alamat Celcom, streamyx, TM dan lain-lain. Petang ni ingat nak ke Cash Converter pulak, nak hantar barang2 elektrik yang nak dijual. Dah takde orang nak belikan... condition masih elok, nanti dapatlah duit sikit. heheh.
ni DPT Aidi... :)

Read more...

Thursday, March 16, 2006

Jom pegi kelas

Alhamdulillah, hari ni aku ke kelas CCNA buat pertama kalinya setelah 15 hari keciciran... ala, sebenarnya minggu ni baru start kelas CCNAnya. Minggu sebelumnya just briefing pasal router dan tak masuk langsung bab CCNA ni. That's mean, aku ke kelas pada hari ke 4lah!... hahaha... lecturer tak boleh nak marah-marah ye sebabnya aku ponteng kelas bersebab. Pasal nak pindah rumahlah ni. Aku nak cancel dia tak bagi. So, terpaksalah aku belajar dari kawan aku mana yang tertinggal sebelum ni. Taklah banyak sangat yang tertinggal, macam TCP/IP, subnet mask tu aku dah belajar dulu cuma sekarang ni lebih detail. How to calculate subnetting dan seumpamanya. Hari ni aku belajar Router Configuration. Wah!, macam best je sebab main ngan command... !@#$%^&*()... pala aku dah tin-tong bila keluar rehat pukul 10.45 pagi... yelah, 1, aku blur... masuk-masuk je dah ngadap network kat whiteboard pastu dia taip command yang kuar ntah apa-apa tu... 2, aku share PC ngan member aku... PC aku tak configure lagi... 3, aku tak buleh masuk internet... adusss, maunya memberontak jiwaku ini nak merewang kat BMC bang 7-8 jam sehari... jawabnya dah larut malam begini aku baru nak online... abang ngan Aidi dah sampai Kuching ke Bintulu tu... hahaha...
stoplah dulu citer pasal tu, mata aku dah berpinar-pinar ni... citer Aidi pulak. Pagi tadi aku antar, dia tak bangun lagi. Aku kejut-kejut, dia tak bangun. Aku panggil dari bilik pun dia tak bangun. Aihh, nak kena dokong ke?? pastu aku tutup sume lampu, aku bukak pintu besar dan letak shoes dia... aku cakap, "jom jom jom"... dia pun buka mata dan terus nak pakai shoes. Aku nak bagi susu pun dia tak endah lagi... takpelah, pakai jelah. Pastu kami pergi ke rumah kak saodah, soh jaga Aidi ni ler... sampai dekat rumah akak tu, Aidi dah tarik tangan aku nak patah balik. Tak boleh jadi ni, aku pun dukung dia. Menjerit dia tak nak kena tinggal. Lepas aku tinggalkan wasiat kat kak saodah, aku pun blah. Aidi pun menangis meronta-ronta. "Apa kejadah pulak aku duduk kat umah orang ni", bisik Aidi... (agaknyalah... hikhikhik). Abis episod 2.5...
Petang, time abang amik Aidi, abang kata bila Aidi dengar suara yang biasa kat telinga dia je... apalagi, terus nangis nak baliklah tu. Kak saodah kata, Aidi nangis tapi taklah sampai biru... cumanya dia nak susu fresh ni je, merengek jelah, tapi dia main ngan anak akak tu. Oklah tu, pandai jugak dia bawak diri... hihihi malam ni, dia tidur pukul 8.10 mlm... ngantuk sangat kot. Sian, esok kena tinggal lagi.
ok, stop takat ni... zzzz (pestime aku online malam-malam buta ni!)
Read more...

Friday, March 10, 2006

Maggi Goreng Sedap

Pagi tadi breakfast maggi goreng... sejak aku pandai masak ni (auuwww), makin lama makin sedap pulak... kuikuikui... abang pun cakap sedap... hahah

Resepi: Maggi Goreng Sedap
Bahan-bahannya:
2 bungkus maggi (ambil minya shj dan rendam dgn air panas. guna jenama Maggi yang ada gambar MAWI WORLD!.. huhuu)
3 sudu lada boh
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 jemput ikan bilis (dikisar kasar, boleh diganti dgn ayam/udang/sotong)
2 biji telur (goreng hancur)
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sos tiram

Cara-caranya:
1) tumis lada boh, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau.
2) masukkan garam, gula dan sos tiram.
3) masukkan maggi, kacau sebati.
4) dikuali yg lain, gorengkan telur hancur kemudian campur ke maggi goreng tadi.
5) kacau sebati dan angkat. hiaskan dgn daun sup dan dimakan dgn limau kasturi... walllaaaa... :)

Read more...

Thursday, March 09, 2006

Semalam yang pergi

Sekarang ni aku masih lagi terkejut dengan pemergian arwah. Walaupun tak kenal tapi aku simpati dengan keadaan bekas bakal teman hidupnya, Sarah. Lebih-lebih lagi bila bersendirian, walau ketika memasak di dapur tanpa gangguan Aidi dan ketika membaca coretan arwah di dalam forum ini. Tiba-tiba airmata bergenang memikirkan keadaannya yang kukira perjalanan hidupnya terhenti seketika. Macam manalah keadaan dia sekarang? Boleh ke dia meneruskan kehidupannya setelah apa yang terjadi? Walau berbagai nasihat yang diterima, namun hati tidak juga pasrah membiarkan arwah pergi... Aku yang belum pernah mengalami nasib sepertinya seolah2 tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini... buntu.

Tetapi ingatlah Sarah... penuhkan masamu dengan mengaji Al-Quran dan solat sunat. insya-Allah, kau akan redha dengan pemergiannya. Kita yang hidup ini harus meneruskan hidup yang tidak tahu penghujungnya. Mungkin esok giliran kita, siapa tahu?
Read more...

Wednesday, March 08, 2006

Rakanku kembali ke Rahmatullah

Pagi tadi aku dikhabarkan dengan berita sedih... rakan online yang hanya dikenali dengan nama pena, kembara_aqil atau nama sebenarnya Shahrul Aqil bin Muhammad, telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2006 yang lalu kerana terbabit dalam satu kemalangan. Menurut cerita kawan2 (kak tirana), arwah terlibat dalam kemalangan 2 hari sebelum dia meninggal. Patutlah kelmarin aku tak nampak dia online.
Kami dipertemukan di satu alam siber iaitu BicaraMuslim.com... selain berbincang mengenai masalah hidup, kami bagaikan sahabat. Saling bertukar pendapat dan pandangan masing-masing. Berjenaka dan usik mengusik seakan menjadi lumrah kami di alam maya ini. Aku baru mengetahui yang arwah adalah bakal tunang kepada Sarah (ilham_taqwa) yang juga rakan seonline aku diforum ini. Aku sudah menemui Sarah sebelum ini, cuma arwah sahaja tidak berkesempatan. Mereka bercadang untuk mengadakan majlis pertunangan pada Mei ini dan akan mengadakan kenduri dalam tahun ini juga sebelum ditukarkan ke Sabah atau Sarawak pada tahun hadapan. Mereka sama-sama mengikuti pengajian pendidikan di peringkat Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Aku tidak dapat menggambarkan perasaan Sarah ketika ini yang hanya menunggu detik untuk menunggu hari bahagia. Tetapi Allah amat menyayangi arwah, dia pergi dulu sebelum kita. Aku hanya mampu memujuk sabar kepada Sarah yang aku kira sudah tidak bermaya kerana kehilangan orang yang dicintainya.
Kepada Sarah, kuatkan semangat. Jangan putus asa. Kita tak tahu rancangan Allah, mungkin Dia nak bagi kita orang yang lebih baik dari arwah. Mengaji selalu semoga arwah tenang disana.
Kepada keluarga arwah, takziah dan semoga tabah.
Al-fatihah untuk arwah aqil... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang soleh. Amin.
Read more...

Tuesday, March 07, 2006

Aidi susun buku... :)

Malam tadi Aidi dan abang susun buku dari bilik ke ruang tamu. Susah aku nak mengemas dalam keadaan bilik yang sempit. Tengoklah gelagat Aidi... nak tergelak je ummi tengok dengan jubah Arabnya... :)

Khusyuk menyusun buku
Berehat sebentar sambil tengok tv

Okey, sambung susun buku lagi

Alamak ummi, dah terjatuhlah buku ni

Cukuplah dulu untuk hari ni, Aidi tido dulu... zzz

Read more...

Monday, March 06, 2006

Duty of the day

Hari ni aku rendam semua langsir, cebek (ala, yg letak kat kepala kerusi tu...), alas meja dan alas tv. Dari pagi aku rendam sampai la ni, kaler dia masya Allah... hitam macam air longkang kat loji kumbahan Indah Water... hihii... petang kang sebelum mandi kena bilas dulu, al maklum bilik air tu kecik sangat... tak selesa nak mandi nanti.
.
Hari sabtu lepas, aku pergi ke MIS PJ ditemani abang dan Aidi. Aku ke sana sebab diminta oleh Mr. Yap untuk berunding tentang status pengajian aku di situ. Dia kata aku boleh teruskan belajar walaupun tak datang kelas, i.e. aku kena belajar sendiri di Kuching nanti. Belajar hanya melalui buku dan internet. Noor pun datang dengan hubby dia sebab dia tak dapat nak teruskan pengajian, dia menjadi guru ganti tapi setelah dipujuk dia pun teruskan tetapi kelas dihujung minggu.
.
Memang tak disangka, mula-mula aku dan Noor nak join kursus ini tapi tiba-tiba Noor yang beriya-iya nak berhenti sebab dah dapat kerja dan ada masalah peribadi dan aku pulak terpaksa mengikut suami bertukar ke Kuching, Sarawak sana. Akhirnya kami masih dapat belajar tapi tak bersama. Dia mungkin akan pergi ke kelas separuh masa iaitu pada hujung minggu, manakala aku belajar secara online sahaja.
.
Tadi Kak Yah (jiran sebelah) datang bagitau nak amik almari buku petang ni. Almari baju mungkin pada hari terakhir nanti setelah semua baju aku punggah keluar, dia datang ambil. Katanya lagi, jika tiada sesiapa yang nak meja makan, dia boleh tolong tanyakan kat akak jiran sebelah sana. Kak tyha tak jadi ambil meja study dan kerusi sebab hubby dia tak bagi. Aku ada tanya kat Kak Mah, mana tau dia nak barang2 yang kat rumah ni, dia kata bagi pada No (anak perempuan dia yg dah kahwin). Sebab no nak pindah ke rumah baru dan baru bercadang-cadang nak beli dapur dan mesin basuh. Aku kata, ok jugak. At least ada jugak orang yang nak diperturunkan nanti.
.
Ok, setakat ini dulu. Esok update lagi.
Read more...

Friday, March 03, 2006

Kena amik jugak!

Semalam, pihak MIS PJ call aku. Katanya, aku kena amik jugak reference book dan attend kelas walau sehari dua. Katanya, rugilah kalau tak ambil course ni sebab since dah ditolak, tak boleh apply for the second time. Kelas untuk CCNA ni hanya bermula pada 13hb Mac ni, selama 5 hari. Then amik exam anytime coz online exam. Bersungguh-sungguh Mr. Yap tu merayu kat aku supaya attend course ni dalam bulan ni walaupun tak penuh.
Tadi aku call Mr.Cha (he's on leave, kesian kena kaco ngan aku)... dia kata surat cancellation aku dah dihantar ke PSMB tapi mungkin pihak MIS PJ tak dapat lagi kot surat tu, that's why pihak sana call aku. Then Mr.Cha cakap takpelah, amik jelah course ni but for CCNA sahaja sebab CCNA hanya 5 hari. Untuk CCNP tu tak payah buat pun takpe sebab tak sempat nak buatkan. Dia pn cakap lagi, kita guna konsep win-win, iaitu aku amik course ni + pass + dapat elaun dan dia tak payah bayar ke PSMB. Mengikut katanya, harga 5 buah buku + cd, mencecah ke RM800. Better amik dan study sendiri. Aku rasa aku boleh buat, since dia cakap exam nanti objective dan online... :)
Aku? aku nak amik course ni, rugi rasanya kalau tak amik sebab kalau nak amik kat luar kena bayar mostly RM12000 include exam. Better amikkan... so keputusannya, esok aku pergi ke MIS PJ untuk berbincang dan ambil buku.
Read more...

Thursday, March 02, 2006

Permohonan aku diluluskan!

Permohonan aku untuk membatalkan pengajian di peringkat profesional dalam SLG telahpun diluluskan. Mr Cha (Manager MIS Tech.) email aku, dia kata orang PSMB cakap lepas ni tak boleh mohon lagi sebab kuota untuk seorang memohon adalah sekali sahaja. Aku baru bercadang-cadang nak amik lain course kat Kuching sana. Bila dia cakap macam tu, aku pun tak dapat nak buat apa-apa lagi.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...