Pages

Wednesday, March 08, 2006

Rakanku kembali ke Rahmatullah

Pagi tadi aku dikhabarkan dengan berita sedih... rakan online yang hanya dikenali dengan nama pena, kembara_aqil atau nama sebenarnya Shahrul Aqil bin Muhammad, telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2006 yang lalu kerana terbabit dalam satu kemalangan. Menurut cerita kawan2 (kak tirana), arwah terlibat dalam kemalangan 2 hari sebelum dia meninggal. Patutlah kelmarin aku tak nampak dia online.
Kami dipertemukan di satu alam siber iaitu BicaraMuslim.com... selain berbincang mengenai masalah hidup, kami bagaikan sahabat. Saling bertukar pendapat dan pandangan masing-masing. Berjenaka dan usik mengusik seakan menjadi lumrah kami di alam maya ini. Aku baru mengetahui yang arwah adalah bakal tunang kepada Sarah (ilham_taqwa) yang juga rakan seonline aku diforum ini. Aku sudah menemui Sarah sebelum ini, cuma arwah sahaja tidak berkesempatan. Mereka bercadang untuk mengadakan majlis pertunangan pada Mei ini dan akan mengadakan kenduri dalam tahun ini juga sebelum ditukarkan ke Sabah atau Sarawak pada tahun hadapan. Mereka sama-sama mengikuti pengajian pendidikan di peringkat Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Aku tidak dapat menggambarkan perasaan Sarah ketika ini yang hanya menunggu detik untuk menunggu hari bahagia. Tetapi Allah amat menyayangi arwah, dia pergi dulu sebelum kita. Aku hanya mampu memujuk sabar kepada Sarah yang aku kira sudah tidak bermaya kerana kehilangan orang yang dicintainya.
Kepada Sarah, kuatkan semangat. Jangan putus asa. Kita tak tahu rancangan Allah, mungkin Dia nak bagi kita orang yang lebih baik dari arwah. Mengaji selalu semoga arwah tenang disana.
Kepada keluarga arwah, takziah dan semoga tabah.
Al-fatihah untuk arwah aqil... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang soleh. Amin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...