Pages

Friday, March 27, 2009

Minta Sedekah

Assalamualaikum semua,

ada sihat hari ni? aku dan keluarga alhamdulillah semakin sihat. Kenapa dengan tajuk kali ni? meh dengar citer aku ni.

Semalam tika aku bersiap-siap nak ambil Aidi di Taski dalam jam 11.50 pagi (Aidi turun Taski jam 12), tengah kalut-kalut ni... mana nak hangkut Sara duduk kat carseat, nak tunggu Najlaa pakai selipar lagi (sekali dia sibuk nak pakai kasut bola abang dia.. errr)... pintu rumah tak kunci lagi ni, pagar dah buka dah...

lepas aku letak Sara kat carseat dalam keter, tiba-tiba ada sorang anak muda datang menghampiri rumah aku. Aku dah nampak dari jauh ada orang lalu tapi tak expect dia nak datang ke rumah aku. Aku yang tengah betulkan Najlaa masuk ke dalam keter ni dipanggilnya. "Mintak sedekah!"... ??!! aku kurang dengar, dia sebut lagi, "Mintak sedekah!!"... alamakkkkk, kecut perut aku sambil menjawab, "jap ye".

Dahlah aku tak bawak sesen pun kalau keluar tengahari ni. Nak ambil duit kat dalam, anak-anak dah kat dalam keter. Aku nampak 20 sen kat bahagian tempat letak kaki dalam keter. 20 sen?? aku tak pernah bagi orang 20 sen. Aku selongkar kat dashboard. Ada singgit. Alhamdulillah. Aku terus bagi kat budak tu. Dia senyum je. Tak dengar pulak dia cakap terima kasih ke apa. Iskk, biar betul budak ni. Tak lama lepas tu, dia meluru ke rumah depan pulak. Kebetulan penghuni rumah tu baru balik. Siap dia tunggu kat tembok rumah tu, duduk pulak tu.

Aku yang berdebo-debo lagi ni teruskan perjalanan ke Taski Aidi. Bila abang balik kije petang, aku terus citer kat abang. Abang kata, "Nak buat apa yerk??, takut esok-esok dia datang lagi pulak"...

Hari ni Jumaat, turn abang ambil Aidi di Taski. Sesambil tu, kena jenguk gak keluar ni. Kot-kot budak muda tu tunggu kat depan ke... alamakkkk.


Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Alhamdulillah

imtulip

Assalamualaikum semua,

aku ialah tulip (imtulip). Sihat hari ni? diharap pembaca semua sihat sentiasa dan dilindungi Illahi. Kesihatan tu penting sebab orang-orang yang dibawah jagaan kita sentiasa memerlukan pemerhatian dari kita. Tapi sesekali sakit, kenalah redha. Sakit tukan penghapus dosa-dosa kita sepertimana sabda Baginda Rasullullah SAW,

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)

Canadian Tulip Festival

Tapi pelik jugak, orang yang banyak buat dosa, sihat je manjang. Tapi Allah Maha Adil, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Tak hari ni, mungkin esok. Bila tu, hanya Dia yang tahu.

Sebenarnya aku baru je sihat dari sakit. Ala, demam je. Tapi dugaan demam ni lain sebabnya ada anak-anak dan suami yang perlukan pemerhatian aku, tambahan lagi kami diperantauan, berjauhan dengan keluarga. Masa sakit nilah, terbayang muka mak abah. Tapi aku tak nak risaukan diorang. Dah nak baik, baru aku call diorang, baru bagitau diorang tentang kesihatan aku.

Tapi pantang ada peluang macam ni, mak abah mesti pujuk aku untuk menyerahkan anak-anakku kepada mereka untuk dijaga sementara aku sakit. Ish, kejap je ni sakitnya, lagipun rasa terseksa jugalah kalau budak-budak ni berjauhan dengan kami. Tambahan pula kan jauh nak hantar. Biarlah abang yang berkorban kejap, menjaga anak-anak. Banyak kali juga mak abah meminta untuk menjaga budak-budak ni, tapi kami tak pernah sedikit pun merelakannya. Susah senang, biarlah kami sendiri yang menjaganya. Ada peluang balik semenanjung nanti, bolehlah kami balik ke kampung selalu.

Keukenhof, Holland - bilalah aku dapat gi sini

--Kerajaan Malaysia dah menyeru warganya yang menganggur untuk mengisi borang SPA. Aku yang tiap-tiap tahun isi ni pun, takde yang sangkut. Asyik pergi exam je. PTD, KPLI, jawatan beruniform... mmm. Kena cuba lagi ni.
Read more...

Friday, March 06, 2009

Rumahku Banjir

salam semua,

sihat? dah nak ujung minggu ni. Ada planning ke weekend ni? Kami 4 beranak ni terpaksa duduk di rumah Sabtu ni sebab abahnya ada kelas esok. Ahad baru keluar jalan-jalan sket. Maybe ke kedai perabot jati di Sungai Maong, mok cari almari jati. Nak tambah kesesakan dalam rumah ni. Hahahah.

Dah lama nak update pasal banjir ari tu, tapi sibuk je siapkan blog orang, blog sendiri tak terurus. Ni aku ceritakan kaedah bergambarlah ye, senang nak citer (macam tadika plak). Oh ya, Aidi dah masuk ke TASKI ABIM Isnin 2/3 semalam ni (for the fist time masuk sekolah). Meraung jangan citer, asik dok bergayut kat kaki abah dia je. Ok, ni cerita bergambarnya. Prepare your mind... huhuhu

Keadaan rumah sebelum bencana alam iteww. (ni pun salah satu bencana alam gak! tuannya tu tgh makan jari... nghee)

Jalan utama (satu-satunya ) untuk masuk ke taman kami

Kawasan perumahan aku (paras betis dah kot ni)

Keadaan rumah selepas banjir kali pertama (sbb ada susulan lps tu tapi rumah kami tak masuk banjir)

Bilik Jahitku... huhuuu

Bilik Tidur Utama... tilam plak jenis hotel yg double bed tu (berat jangan citer, mau 4 org angkat setiap penjuru - macam kes liwat Anwar dulu tu... hahaha, opss)

Bilik Komputer, kembang dah kaki meja tu

Ruang tamu... bertenggek2

Bilik air...tunggang langgang isi perut bilik air tu

Dapurku... menangis dah time ni... huhuh... mesin basuh & peti ais je sempat ditinggikan. Kelihatan paras air di almari dapur masak.


Part ni paling sadis. Tikar sarawak baru diangkat selepas semalaman terendam. Kes tak sempat angkat jugak.

Nasib baik ada tenaga segera ni (mangsa banjir gak - budak bujang umah sebelah)

Gambar menunjukkan paras air banjir (mekasih model 'bidan terjun')
Muka 'ceria' mangsa banjir. Nasib kami 4 beranak takde kat Kuching masa tu, kalo tak... (sambunglah sendiri)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...