Pages

Friday, March 06, 2009

Rumahku Banjir

salam semua,

sihat? dah nak ujung minggu ni. Ada planning ke weekend ni? Kami 4 beranak ni terpaksa duduk di rumah Sabtu ni sebab abahnya ada kelas esok. Ahad baru keluar jalan-jalan sket. Maybe ke kedai perabot jati di Sungai Maong, mok cari almari jati. Nak tambah kesesakan dalam rumah ni. Hahahah.

Dah lama nak update pasal banjir ari tu, tapi sibuk je siapkan blog orang, blog sendiri tak terurus. Ni aku ceritakan kaedah bergambarlah ye, senang nak citer (macam tadika plak). Oh ya, Aidi dah masuk ke TASKI ABIM Isnin 2/3 semalam ni (for the fist time masuk sekolah). Meraung jangan citer, asik dok bergayut kat kaki abah dia je. Ok, ni cerita bergambarnya. Prepare your mind... huhuhu

Keadaan rumah sebelum bencana alam iteww. (ni pun salah satu bencana alam gak! tuannya tu tgh makan jari... nghee)

Jalan utama (satu-satunya ) untuk masuk ke taman kami

Kawasan perumahan aku (paras betis dah kot ni)

Keadaan rumah selepas banjir kali pertama (sbb ada susulan lps tu tapi rumah kami tak masuk banjir)

Bilik Jahitku... huhuuu

Bilik Tidur Utama... tilam plak jenis hotel yg double bed tu (berat jangan citer, mau 4 org angkat setiap penjuru - macam kes liwat Anwar dulu tu... hahaha, opss)

Bilik Komputer, kembang dah kaki meja tu

Ruang tamu... bertenggek2

Bilik air...tunggang langgang isi perut bilik air tu

Dapurku... menangis dah time ni... huhuh... mesin basuh & peti ais je sempat ditinggikan. Kelihatan paras air di almari dapur masak.


Part ni paling sadis. Tikar sarawak baru diangkat selepas semalaman terendam. Kes tak sempat angkat jugak.

Nasib baik ada tenaga segera ni (mangsa banjir gak - budak bujang umah sebelah)

Gambar menunjukkan paras air banjir (mekasih model 'bidan terjun')
Muka 'ceria' mangsa banjir. Nasib kami 4 beranak takde kat Kuching masa tu, kalo tak... (sambunglah sendiri)

4 comments:

Ainazli said...

umah kita kt kg pun selalu banjir, serik n perit jer rasa, tp main air banjir best oooo..tu semua dah jd kenangan..kami kalu dulo2 banjir, turun subuh petang baru naik, makan nasi pun kat atas tangga je, takut kalau naik, mak tak kasi turun balik..meronda satu kg sambil main air,takyah g swiming poll dah..tp lepas banjir yg tak tahan tu, kena gotong royong!!

Suhaiza Sa'at said...

dolu2 mmg best main banjir sbb tak tau air tu dah bercampur ngan air taik semua... hari tu banjir, airnya kaler hitam (sbb tanah gambut kot, umah ni dekat ngan sungai sarawak)... abis banjir, terus rashes 1 badan...

Rya Amani said...

la.. banjir lg ker??

Suhaiza Sa'at said...

yg aritu ler ana... sekali je naik, bah kali ke2 tak masuk umah pun... selamat... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...