Pages

Wednesday, November 11, 2009

Tiba-tiba

Bismillah

Tadi masa on da way balik dari amik Aidi kat sekolah, tiba-tiba je aku teringat masa mula-mula jejakkan kaki di bumi Kuching ni.

Aidi kat KLIA 2006 - time comei loteii... hehhe


Gambar pertama di KCH, baru sampai hotel


"Masa tu Aidi baru 1 thn 7 bln. Kami menatang bagai minyak yg penuh, yelah, anak baru sorang. Ke hulur ke hilir mesti bawa dia. Merengek, banyak ragam - semua kami hadapi dengan sabar. Pertama kali juga aku dan Aidi naik kapal terbang (abang dah biasa naik). Mula-mula sampai sini rasa macam pelancong tapi kena set dlm pala yang aku nak duduk gumbira kat sini. Tengok kereta semua plat Q blah blah. Tiada Carrefour, tiada Tesco, tiada Giant, tiada Gardenia - arghhh, rindu. Tiada mak dan abah juga. Dalam hati, nanti Aidi sekolah kat sini ke? Boleh ke adapt dengan persekitaran bahasa yang amat berlainan dgn bahasa ibundanya? Walaupun dalam Malaysia, tapi kerana terpisah dengan laut china selatan tu, jadi jauh kurasakan."




Aidi tidur di rumah KCH, rumah pertama kami di sini.


Alhamdulillah, kini Aidi dah 5 thn lbh. Dah jadi abang kepada Najlaa & Sara. Dah bersekolah di taski. Aku jadi bangga dengan pencapaiannya setakat ini.

Aidi kini - smart dgn baju melayu, ada jamuan hari raya di sekolah.

3 comments:

DeLLa said...

salam ai....lama tak jenguk blog ai..dah lama dok kuching...bila agaknya akan pindah semenanjung semula?

Azila said...

salam ziarah...

first time dtg sini

comel anak akak

Suhaiza Sa'at said...

salam Della... :) aa'h, kita pun lama tak jalan2 blog della n kwn2... bz skt. :) bila blk? mmm, tak taulah bila... syok dok sini.:)

salam Nur Azila,
thx sudi singgah. thx gak. budak2 semua comelkan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...