Pages

Tuesday, October 27, 2009

Jus Kurma Susu Strawberi

Assalamualaikum,

alhamdulillah, masih bernafas di bumi Illahi ini. Ada perkhabaran kurang enak didengar - esok Kang Hubby akan berangkat ke bumi metropolitan KL, ada kursus sukan di sana. Aku dan anak-anak enggak ikut. Aidi lagi sekolah.

Yang benernya, aku akan kangen banget ama Kang Hubby. My Other Half. My Soul. My Precious.

Oh ya, maok beloya tentang Jus Kurma Susu Strawberi yang menjadi kegilaan kamek nek tok. Bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan. Selain mengenyangkan, memperbanyakkan ASI, ianya juga dapat menjaga struktur badan supaya menten menawan. ecehh... :)




Bahan-bahannya:

10-12 biji kurma
1 cawan air masak
500 ml susu strawberi
ais

Cara-caranya:
1) Rendam kurma dengan air masak selama 15 minit
2) Usai 15 min, buang biji kurma dan blend isi kurma dengan air masak rendaman tadi hingga halus (mok kasar boleh juak, nya boleh kunyah-kunyah kelak)
3) Masukkan susu strawberi + ais dan blend sekali lagi hingga betul-betul sebati.
4) Sedia dihidang. Mok ngkah ais boleh juak, nyaman bah.





--------------------------------------------

Bahasa Jakarta:
i) Kang - Abang
ii) ASI - Air Susu Ibu

Bahasa Sarawak:
i) maok/mok - mahu
ii) beloya - bercakap
iii) kamek - saya
iv) Nek tok (Kinek tok) - sekarang
v) Juak - juga
vi) Ngkah - letak
vii) Nyaman - sedap

3 comments:

ecah said...

dah cuba tapi kurmanya kurang kot...tak berapa byk susu...

Suhaiza Sa'at said...

takpe,boleh cuba dan cuba lagi. :)

MOnSter KEkhai said...

thanks...waa...sedap amat...huhu...hari2 makan ni leh jd pintar...huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...