Pages

Monday, October 12, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah, masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dan masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua adik beradik, mak abah, mak mertua, mak pak sedara, ipat duai, sepupu pepapat, anak sedara, rakan taulan, jiran-jiran dan pembaca setia blog ni. Ramai jugak yang mendedahkan dirinya adalah 'Silent Reader' blog ni. Tapi takpelah, ada gak orang yang membaca blog ni. Taklah aku syok sendiri. hihihi

Cuaca kat Kuching sekarang tak menentu - kejap hujan petang, kejap hujan pagi. Pagi tadi hujan lebaattt sangat masa gi antar Aidi. Ni mendung lagi. Dah nak tengkujuh agaknya ni, takpun sebab ribut kat Filipina tu yang merebak ke sini angin hujannya, agaknyalah.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan takziah gak bagi mangsa-mangsa di Padang. Mana yang kehilangan ahli keluarga tu, bersabarlah ye. Ujian Allah semuanya tu. Aritu baca paper, ada ahli perniagaan dari Malaysia ni, baru sengah jam check-in hotel dah kena gempa. Tengah bersiap-siap nak mandi pulak tu dgn towelnya, sekali bangunan jatuh ke kolam renang, dengan tuala-tuala sekali lesap. Nasib baik ada staf hotel yang ternampak dia. Kalau tak, terlanjang bulatlah orang tu keluar selamatkan diri. Dugaan-dugaan. Akak aku cerita, kat sana banyak ajaran sesat. Mereka Islam tapi dah lama tak praktikkan ajaran Islam. Nama je Islam tapi gaya dan cara hidup semua sesat. Tak taulah aku. Mungkin ini balasan Allah bagi di dunia ni. Kat akhirat esok, macam manalah agaknya.

Fuhhh... letih lagi ni. Semalam buat open house dari jam 12 tghari - 5 petang. Ramai gak yang datang, sendat rumah jadinya, adalah dalam 50++ orang tetamu. Aku yang masak semua, air abang yang sediakan. Dia Unit Air dari dulu, aku tak campur. Hehehe. Untuk open house kali ni, ada lain sikit sebabnya ada menu Mee Tomyam. Tomyam aku masak cempak-cempak je. Clear gak tu. Menu lain - soto, mi sup, satay + kuah kacang (ni je order), puding jagung, dadih, pisang dan air sirap bandung eskrem soda air ges stoberi.... waahhh... memang sedaaappp... :)

Sekali sekala jamu orang makan, bestkan... nak-nak clear semuanya. Hehehe. Semalam ada baki sikit je, sambung makan utk aku hari ni, clearlah. Hari ni terpaksa cuti puasa sebab letih. Esok sambung puasa lagi, ada 2 hari saja lagi. Bulan puasa aritu alhamdulillah, aku dapat puasa penuh. Sejak-sejak preknen dan breastfeed dari anak no2 lagi aku dah dapat puasa penuh. Masa bersalin Aidi, aku tak dapat puasa penuh, sebab dah bersalin lagi seminggu nak puasa. Jenuh gak nak ganti sebulan puasa. Lepas-lepas tu alhamdulillah, dah jarang tak puasa Ramadhan.

Ok, sambung karang-karang. Nak bersiap amik Aidi. Sekarang kerja aku dah tambah 1 iaitu antar Aidi sekolah. Sebelum ni abang yang antar tapi sebab taknak dia balik lewat petang, maka kena gi kerja awallahkan. So aku yang kena antar. Eh, Aidi final exam arini. Good Luck ye anak ummi. :) (tak study apa pun... aku soh baca doa dgn al-fatihah je tadi)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...