Pages

Wednesday, October 21, 2009

Najlaa kena HFMD!

Assalamualaikum,

terkejut aku dengar Dr. Sapiah bagitau yg Najlaa kena Hand-Foot-Mouth Disease sabtu lepas tapi mild jelah. Dek bintik-bintik di tangan dan kaki serta ulser di mulut. Tiada ubat khusus untuk sakit ni cuma penjagaan rapi atau kuarantin sahaja mampu mengurangkan penularannya. Dah masuk hari ke4 ni.

Najlaa asal terjaga malam je, mesti menangis kesakitan. Ulser di mulut bukan 1, tapi 2 ke 3 biji di lidah! Allahuakbar. Nasi pun dah 3 hari ni tak jamah. Makin kurus keringlah Najlaa ni. Adakala dia minta susu sampai 2 botol sekaligus, adakala nak buka mulut pun payah. Terpaksa guna syringe/picagari dan tutup hidung dia. Kesian memang kesian. "Sian anak abah, meh transfer sakit tu ke abah", abang cakap dengan Najlaa tika dia mengerang kesakitan. Najlaa ni perangai dia pelik sikit. Kalau tengah-tengah menangis tu, kita ajak borak, dia akan berenti nangis dan borak sekali. Sebab tu kami pun dah masak perangai dia, asal nangis kuat tu, mulalah bukak cerita dia mandi kolam dalam bilik air sampai berbuih bilik mandi. Secara tak langsung, dia pun stop menangis tu dan sambung bercerita! Bingit telinga ni kalau terus-terusan nangis.

Dan tadi kami ke klinik - Aidi demam tiba-tiba dan batuk kering (lelah agaknya), cek ulser Najlaa (she is already recovered cuma tinggal ulser je) dan cek Sara sebab ada nampak tanda2 HFMD di kaki, dua2 lutut, dua2 siku. Dr. Sapiah bagitau kami, kes Sara is unseen! Hoh! Allahuakbar, selamatkanlah anak-anakku. Harap takde apa yang serius.

Ok, ni info dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ambillah sebagai rujukan bersama.

---------------------------------------------------------------------------

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Penyebab
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
  • Demam panas (sehari je dia demam, dah demam, panaslah tapi bawah 40)
  • Sakit tekak (tak try test plak kat dia)
  • Kurang selera makan (notice sbb dia sakit mulut)
  • Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah) (betul ada, ada 2-3 biji kat lidah... ada tu siap kembar lagi)
  • Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin) (yang ni nampak dulu, ingatkan chicken pox tapi macam ruam)
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
  • Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
  • Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
  • Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal (diakui oleh Najlaa yang tak nampak pun dia menggaru... rupa macam chicken pox, ada air) dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
  • Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
  • Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
  • Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah-Langkah Pencegahan
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
  • Jangan berkongsi barang-barang persendirian (dasattt!!)
  • Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
  • Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti (dasat gak!! macam serius je kan); pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
  • Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
PERINGATAN !
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
  • Demam panas yang tidak menurun
  • Mengantuk dan kelihatan letih lesu
  • Gelisah
  • Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung laju
  • Kembung perut
  • Tidak membuang air kecil
  • Lemah anggota kaki
  • Otot tersentak
  • Pergerakan mata yang luar biasa

Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2006

5 comments:

ecah said...

Tak sangka anak ko pon kena jugaa..aduhaiiii...

Aku anto je anak pergi pengasuh dan minta akak tu bg air masak byk dan 1st time die minum susu tepung..alahaii..sedeynyaaa..

Suhaiza Sa'at said...

anak2 aku dah fully recovered... alhamdulillah.

Nadia nak ke susu tepung tu? nk buat mcm mana cah... kita dah buat yg terbaikkan. Redha jelah.

I only sell.... said...

salam,

thank for sharing the information. Now my son(6yrs)pun kena HFMD ni..
today masuk 2hari..
mula2 demam... pas tu ada user kat tekak...bukan di lidah.
Kat badan cuma kat private area tapi ada kering..and badan bintik2 sikit2.

dia hyper active... I pulak stress pikir penyakitnya...

I tak tahu how serious this penyakit..

soalan saya.. benda2 yg tumbuh tu akan tumbuh semua dibadan ker?? atau juz like that.

thanks...

wasalam

Suhaiza Sa'at said...

dear Nana,
rasanya kat certain part je sbb nama pun hand-foot-mouth diseasekan. kat tpt2 tu jelah yg ada ulser. itu jelah yg sy tau. u blh search atau tanya ur paed. tq.

ibudhira said...

salam suhaiza..

anak sy pon baru je kena HFMD ni...kesian budak2 ni..takleh mkn n minum sgt..

nway mintak izin copy info hfmd ni ke blog yer..

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...