alhamdulillah, baru berkesempatan menulis coretan di sini. Kalut sikit baru ni sebab rumah kami di Kuching dinaiki air banjir setinggi paras lutut! fuuhhh... kesian abang nak kemas rumah sorang-sorang.
Berbalik kepada tajuk, aku nak story sikit kronologi kelahiran QAISARA yang aku rasa agak unik buat kami. Bermula...
[1] Jumaat 19/12/2008
- aku yang sedikit pun tidak berdebar, hanya kata-kata istigfar dan kata-kata perangsang dari abang sahaja yang membuatkan aku cool down. Singgah kedai dalam hospital kejap, beli air mineral.
- melangkah masuk ke Labour Room di tingkat 2 yang di ruangan depan ada para bapa menunggu, membuatkan aku peluh sejuk kejap. Bayangkan dengan berkain batik, berblouse lengan panjang, bertudung litup, berselipar jepun dan membawa beg pakaian baby, masakan orang tidak pelik! semua orang memandang aku. Tipikal pakaian aku untuk melahirkan. Aku? senyum dalam debaran je.
- lepas register, aku dibawa ke CTG Room untuk membuat ujian pergerakan jantung bayi. Setengah jam terasa lama. Kemudian Dr. Marisa mengecek bukaan. La, baru 2 cm... lama lagi tu. Aku di admit masuk ke wad pada jam 10 pg tapi terpaksa menunggu kerana tiada katil kosong di wad. Nasib baik tak sakit langsung dan tiada sebarang tanda. Sampai waktu makan, kami diberi makan di Labour Room! punyalah sadis, duduk di dalam stor yang barangnya tunggang langgang. Jam 12 tghari barulah aku dipanggil ke Tingkat 3, katanya baru ada katil kosong. perghh... 2 jam menunggu. 1 ruangan kanan ada 6 katil, ruangan kiri pun ada 6 katil. Nampak lagi cantik dan tersusun selepas renovation tahun ni. Bilik air pun best, ada air panas dan sejuk. Ada kerusi di dalam bilik air.
- sebelum tu, dalam perjalanan ke wad, aku sms abang, abang pun dah habis exam, lepas solat Jumaat, baru dia ambil anak2 dan menjenguk aku di hospital. Tapi dalam pada itu, waktu melawat tengahari dah habis, so abang kenalah datang pada waktu petang.
- Jam 3.40 ptg aku di induce... iaitu memasukkan sejenis ubat (macam ubat demam budak2 yang masuk ikut b***** tu) di k******* kerana jalan masih tidak banyak buka. Selama sejam tak boleh bergerak kata Dr Sharifah.
- Jam 5.30 ptg abang datang dengan A&N dengan membawa air panas, roti, susu dan sebagainya. Kejap abang di situ sebab anak2 dah mula meragam dan aku sudah mula sakit2. Jam 6 ptg, aku dah mula meronta dan abang pun beredar. Meronta sikit2 tapi rasa macam dah banyak bukaan. Jam 7 lebih aku minta dicek bukaan. Tak banyak, dalam 3 cm... MasyaAllah, sakit macam dah dekat 10 cm je. Jam 8 mlm aku di sorong ke Labour Room kerana mengalami hiperstimulate. Actually, sebelum disorong, doktor memberitahu aku yang Labour Room PENUH!! tapi ada 2 bilik yang reserve untuk special kes. So, pergilah aku ke Labour Room sambil menaiki kerusi roda. Masa ni aku tak habis2 berSMS dengan abang. (Boleh pulak tekan keypad tu... hahha)
- Sampai di Labour Room, tangan aku terus ditebuk untuk masukkan air. 2 botol gak masuknya. Contraction dah makin kerap. Sampai aku tak sedar yang anak tudung menutupi muka. Punyalah naik sheh sakitnya. Jam 9 lebih doktor ada bagitau nak pecahkan air ketuban. Masa diorang nak sediakan barang2 nak pecahkan air ketuban tu, air ketuban aku dah pecah sendiri. So, apalagi... sakit semakin kerap dan... alhamdulillah, dah selamat dah pun. Tepat jam 9.40 malam aku dah selamat bersalin. Abang dah tunggu kat luar nak masuk tapi tak dibenarkan. Ada 2 orang kawan abang sama2 menunggu. Yelah, dalam masa yang sama Najlaa tertido.
- Uniknya bersalin kali ni, lepas baby dah keluar, misi terus suruh sebut jantina apa dan suruh peluk baby tu tanpa dibersihkan dan tali pusat masih tidak putus. Subhanallah. Lepas dipotong tali pusat, barulah misi ambil baby dan bersihkannya. Masa nak naik ke wad, baby dah wangi dan bersih semuanya. So, esok pagi baby dah tak perlu mandi lagi. (Polisi baru Hospital Umum Sarawak).
[2] Sabtu 20/12/2008
- Abang yang masih ada exam hari ini terpaksa menghantar anak2 ke nurseri. Aku pulak tengaharinya dah boleh keluar. So, tunggu lepas makan tengahari, baru abang ambil aku di hospital dan anak2 di nurseri.
[3] Ahad 21/12/2008
- Hari pertama aku mengurut, hari terakhir abang exam tapi takde sapa yang nak jaga baby sepanjang aku mengurut. So aku mintak tolong kawan di sini untuk menjaga baby dan anak2 yang lain. Alhamdulillah, macam nilah hidup di perantauan, rakan2lah yang banyak menolong. Dah macam sedara dah.
-- Hari ke5 baru kami pulang ke kampung aku di Johor untuk menjalani tempoh berpantang di sana.
Sememangnya, pengalaman bersalin setiap anak adalah berbeza dan perkara-perkara yang ditempuhi bersama tulah yang banyak merapatkan kasih sayang antara kami suami isteri dan anak-anak tercinta. I love u abang.
*Result exam abang dah keluar dan keputusannya tidak mengecewakan (3.78 tuuu... aku pun tak pernah dapat, paling tinggi 3.52 je). TAHNIAH ABANG. Yelah dalam keadaan kelam kelibut hari tu, macam2 boleh berlaku. Dan sekarang dah mula semester 2.
2 comments:
Salam Ai, tahniah zie ucapkan, tgk Qaisara comelnya teringin zie nak tambah anak lg....
salam zie,
apalagi zie... kang lama2, terlebih manja plak si tiqa tu nanti. :)
Post a Comment