Pages

Saturday, May 31, 2008

Happy 5th Anniversary

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5... semoga kekal jodoh selamanya, Amin.

cadangnya nak gi resort, sambil bawa anak-anak bercuti boleh gak sambut di sana... tapi memandangkan annivesary clash dengan cuti Hari Gawai dan cuti sekolah, harga resort agak tinggi, ditambah pulak abang ada exam 9/6/2008 ni, tengah preplah ni. Nampak gayanya, kena postponed lepas exam kata abang. Okaylah, kalau macam tu.

So, after 10 a.m kami keluar ke Boulevard, window shopping dan lunch di Pizza Hut. Ada contest control car kat situ, Aidi pun join dia punya rehearsal je. Tak masuk pun sebab tak mahir sangat.

Masa Aidi tengah kusyuk nak betulkan kereta dia, ada anak cina ni sibuk nak remote kat tangah Aidi. Kami apalagi, joomlah blah. Ramai betul orang kat Boulevard tu. Cuti nak rayalah katakan.

Seterusnya kami singgah ke Popular, nampak macam ada sales. Kalau ke The Spring, ada MPH. Tengok-tengok banyak sales buku cina. Aku pusing masuk kedai dia sebab salesnya kat luar kedai. Suka tengok buku kanak-kanak, Najlaa pun excited tengok buku ni. Suka aku tengok Najlaa yang macam tak keruan je bila tengok banyak buku kat situ. Aku belikan A&N buku colour Mickey Mouse sebab ada free pencil colour. Hehhehe.

Dah jam 11.20 pagi. Rasa kejap je berjalan, perut pun dah lapar. Singgah ke Pizza Hut, lama dah tak makan sini. Menu pun dah lain.


The naugthy brother and the cutie lil sister. Tak reti dok diam budak 2 ni, penat nak kejor... siap lari-lari dalam Pizza Hut tu. Nasib baik tak terlanggar waiter.


Kes tak sabo nak tunggu balik rumah baru colour. Dalam kereta pun jadilah.


Ok, tu je... kat Boulevard ni tak banyak sangat dekorasi Gawai yang cantik-cantik. Kalau tak, nak gak tunjuk kat korang semua. So, sempena Hari Gawai ini, aku nak mengucapkan 'Gawai Guru Gerai Nyamai' kepada yang menyambutnyalah. Maksudnya? ntah, sik tauk kamek, bahasa Iban tok... Kuang kuang kuang (kes banyak sangat banner ni kat sini). Tata...

Read more...

Tuesday, May 27, 2008

7 Facts

dusyuummm... lontaran hebat dari Cik Puan Limau Nipis terkena dada... patutlah rasa nak gi jenguk blog dia pagi nih, rupanya dah terkena tag... hua hua huaa...

oklah, this is my 7 facts:

1) Aku ni bukanlah jenis cerewet sangat dalam pemilihan makanan, semuanya aku makan cuma tolak batu dan kayu je kata orang tua.

2) Hari-hari aku dalam dilema samada nak kerja atau duduk rumah, tapi lepas aku buat bisnes online ni, aku rasa nak dok umah je tapi masih lagi memikirkan macam mana nak bayar Peterpan (yang masih puluhan ribu!) dan nak bagi mak abah.

3) Hari-hari aku fikir dan cari peluang nak buat produk yang baru ataupun cari produk baru untuk diniagakan.

4) Aku suka bunga. Semua jenislah sebab ianya mendamaikan jiwa aku yang tengah gusar ataupun sedang gundah gelana.

5) Kalau aku tengah marah, aku sanggup bersihkan rumah ke dapur ke bilik air ke dari aku hadap kemarahan aku tu.

6) Kalau aku gi kedai-kedai online, rasanya semua barang yang berkenan aku nak beli. Tapi kena tapis dulu oleh DH. Kalau buku takpe (boleh tolak cukai!).

7) Aku cepat homesick. Baru 4 bulan tak balik kampung, aku rasa nak terbang sekarang je. Nak suruh mak masak untuk aku je. Waaa... rindunya.

Ok, kuturunkan waris ini kepada:
2) Ecah
3) Noor

selamat menjawab (macam nak pekse pulak... hihihhh)
Read more...

Tuesday, May 20, 2008

Farewell kawan

Assalamualaikum semua,

sekitar gambar farewell kawan yang akan berpindah ke KL... antaranya Susan dan Helmi (adik kak angel nih!)... bila pulak turn kami... mmm...

Si ayu Najlaa

Adik dan abang

Yang dirai... Susan dapat hadiah

Yang dirai... Helmi pun dapat hadiah

Hakim kawan Aidi kat sini

Read more...

Sunday, May 18, 2008

Selamat Bercuti

Assalamualaikum semua,

alamak, lama tak update... asyik mengupdate barang baru masuk je, lupa nak update blog ni. Bisnes? alhamdulillah... tak banyak, sikit-sikit pun ada orang beli... lagipun baru nak cari tapak... nanti dah kukuh, goyang kaki je... yang penting duit masyuk...

hari ni hari ahad... esok hari isnin, cuti wesak... takde rancangan lagi nak ke mana... selasa, abang turun ke KL lagi sebab nak diskas paper exam... ek eleh, macam nak bincang soklan bocor je... punyalah sakan soh orang seberang laut ni datang sana... sehari pulak tu, rabu petang dah balik semula.

minggu lepas 3 hari 3 malam abang takde... kursus kat KL... aku 3 beranak dok kat rumah ni, takde orang teman pun, tak keluar ke mana-mana pun... hatta nak buang sampah pun kejap je, budak-budak ni langsung tak keluar rumah... malas! selalu kalau abang takde, cikju ada temankan... tapi cikju balik kampung dan berpantang... apa khabarlah dia di kampung ye.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...