Pages

Sunday, November 23, 2008

Kesian Anak-Anakku

Salam semua...

minggu ni kami kerap ke klinik panel, Klinik Petra... lebih kurang 3 kali! fuuhh... sebabnya:

[1] Najlaa
weekend lepas Najlaakan demam. Entah dapat virus dari mana pun aku kurang pasti. So pergilah klinik untuk ambil ubat. Lepas sehari Najlaa pulih dari demam, Aidi pulak yang sambung demam. Tapi alhamdulillah tak lama, just terima penangan demam tu je.

[2] Aku
biasalah, dah ujung-ujung pregnancy ni, kena gi check up every seminggu. So dalam minggu ni pergi scan. Jantina? supprisee... huhuhu... kepala baby dah masuk tempat sepatutnya, tinggal tunggu masa je nak keluar. Berat? ada naik sikit, 60kg sahaja! harap-harap in the end of pregnancy dapatlah cecah 65 or 65.5kg macam sebelum ni. Anything sihat walafiat.

[3] Aidi
ha, ni nak cerita ni... hari Khamis malam Jumaat semalam ni... sebelum kul 9 mlm, tiba-tiba Aidi [1]MUNTAH depan bilik air... melambak sisa makanan yang dia makan tu. Keras kejung dia terperanjat lepas muntah tu. Yelah, mana pernah muntah sebelum ni. Alih-alih muntah dengan banyaknya. Aku yang masa tu tengah layan Najlaa di ruang tamu, terkejut dek bunyi macam air tumpah. Terus abang uruskan sesi pembersihan muntah dan Aidi.

Seingat aku yang tak nyanyuk lagilah ni, menu tengahari dia ambil iaitu nasi + sup ayam, menu petang iaitu keropok, pastu kitorang keluar kejap gi supermarket sini, on da way balik dia makan roti. Balik umah baru minum air. Time kitorang makan malam, dia tak makan... just makan keropok je. [semua orang makanan yang dia makan ni]

So, lepas dia muntah tu aku bagilah ceramah pendek... "ha, tulah... time orang makan nasi, dia makan benda lain. Kan dan muntah." Dia pun, "nak makan nasilah mi"... huhuhu... abang suap nasi dengan sup kat sofa (dia duduk menyandar). Tiba-tiba lepas dapat 6-7 suap, uweekkkkk... [2] MUNTAH lagi. Habis nasi yang dia makan tadi keluar, bersepah kat sofa. Aduishhhh... kena bersihkan sofa ni. Buka sarung sofa dan rendam. Abang uruskan pembersihan Aidi.

Aku dah cuak je. Macam mana ini budak. Tak pernah-pernah muntah, tiba-tiba banyak kali pulak dia muntah. Melepek dia kejap. Jam dah kul 10. Time to sleep. Biasanya dia minum susu sebelum tidur. Tapi aku tak bagi, takut muntah lagi. Minum air sikit je. Then, kira-kira jam 12 malam, abang terdengar bunyi orang macam nak muntah. Abang terus bangun kejutkan Aidi. Tup-tup, terus je keluar. [3] MUNTAH lagi... tapi kali ni banyak air sebab dia tak makan apakan. Perghhh... bersihlah kesan-kesan muntah tadi. Sebelum tu dia kata nak kentut, tapi keluar air. La, cirit rupanya. Habis kena katil. Aku bersihkan, tak hilang bau dia. So abang dan Aidi tidur kat bawah. Aidi tido pakai pempes. Nasib baik ada pempes dia saiz XL yang tak pakai lagi tu ada.

Sebelum tido, bagi minum air sikit. Biasalah, lepas muntahkan, tekak jadi kering. Sebelum tutup lampu, aku tanya dia, nak muntah tak? tak habis cakap lagi dah [4] MUNTAH lagi... mak aih, sakit apa budak ni. Mangkuk dan towel dah standby je kat sebelah bantal dia. Dia sakit perut dia cakap. So urut-urutlah sikit.

Bangun subuh. Dia pun terbangun jugak. Bangun-bangun je, [5] MUNTAH lagi. Muntah 3 terakhir ni semuanya air yang keluar. Dah lembik dah budak ni. Nak kasi apa-apa takut muntah lagi. Risau-risau. Time aku buat breakfast, aku call mak. Mak cakap suruh mandikan pagi-pagi dan ikatkan tali kasut ke lehernya, sebelum tu bacakan tabat yada dulu. Aku nak buat tapi abang yang tak percaya. Jumaat aku suruh abang amik EL sebab tak larat kalau dia muntah mana-mana. Nak kena dukung, kena bersihkan lagi. Fuuhh.

Lepas makan, duduk-duduk kejap. Aidi [6] MUNTAH lagi. Tak boleh jadi ni. Kena bawa gi klinik. Kul 8.15 pagi kami dah tercongok depan klinik yang dibuka jam 8.30 pagi! takpe, biar kita tunggu doktor, jangan lambat dapat no giliran sudah. Jenuh nak tunggu.

Doktor cek. Kes silap makan ni. mmmm... orang lain pun makan apa yang dia makan tapi... peliklah. Doktor bagi ubat tahan muntah, air garam, ubat sakit perut. Doktor suggest, bila kena muntah ni jangan bagi susu, bagi makanan yang mudah hadam macam bubur dan makan dalam kuantiti yang seidkit. Untuk cirit, kerapkan bagi dia makan pisang. Peberet Aidi ni.

Balik rumah standby je mangkuk. Tadi gi klinik pun bawa mangkuk, orang tengok je... hihihi. Kat umah cirit lagi. Muntah ada lagi kot, tak ingatlah.

Sepanjang hari tu dah tak muntah sebab dah minum air garam dan ubat-ubatan lain. Tapi mangkuk dan towel memang standby jelah. Nasi tak boleh makan. So, makan pisang je. Abang beli 2 sisih, dah habis. Kesian Aidi. Baring je. Najlaa pulak nak ajak dia main.

Malamnya, panas badan pulak. Masuk ubat demam ikut b***** sebab dia tak suka makan ubat. Aku buat plan B karang langsung kena teranjang. Tengahmalam dah sejuk sikit. Esoknya Sabtu panas lagi. Kesian, melepeeekk je. Malam abang beli pisang, kool fever dan panadol for child.

Hari ni Ahad, dia bangun pagi, alhamdulillah dah sejuk dan boleh main dan sakat Najlaa. Kami ke klinik semula sebab rutin harian check up weekly aku. Alhamdulillah kepala baby dah 2/5 masuk. Paling awal lagi 2 weekslah aku bersalin. Tu paling awallah. hehehh... debo-debo gak ni sebab doktor cakap anak ke 3-4 ni cepat sikit.

4 comments:

Idayu said...

laa..kesiannya diorg. Moga selamat bersalin nanti..caiyok..;)

Suhaiza Sa'at said...

insyaAllah.. thanks idayu.

noore said...

ai,aku teringat masa kecik2 dulu pun,mak aku ikatkan tali kasut ke leher aku psl muntah n demam teruk.knape erk,x ty plak..=)
ish,siannye aidi...xthn aku baca..mudhn cepat baik ye aidi,perut anak tu x thn mcm perut kita..

Suhaiza Sa'at said...

aku dulu pun salu mak buatkan macam tu... tapi bila call mil, dia pun soh buat mcm tu...

hb aku je taknak buat... dia nak cari fakta berkaitan dulu baru buat.. hahahha

now dah recover sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...