Pages

Wednesday, November 26, 2008

Again???

salam semua,

Aidi muntah lagi malam tadi masa kitorang semua baru nak makan suapan pertama... siang tu dia kata penat. Pagi tak main sangat pun, baring je. Aku pun macam pelik je, takkan sakit lagi kot. Pastu dia baru nak start main dengan Najlaa, dia kata kentut tapi suruh aku cek... la, cirit ke... terus ke toilet tapi tak keluar apa-apa pulak.

Pelik

then, petang tu dia melepek je. Tengahari tu dia makan nasi + telur rebus. Antara lauk peberet dialah ni. Malam tu dia kata nak makan nasi + sotong celup tepung, pun lauk kegemaran dia ni selain kari. Baru dapat 1 suap, dah muntah. Habis keluar nasi, air dan segala mak nenek yang dia makan petang tadilah.

Lepas bersihkan semua bekas muntah tu, abang keluar pergi beli 100 Plus. Dia memang suka air ni. Minum pun kena sikit-sikit. Takut muntah lagi. Then makan pisang sket.

Pagi ni dia melepek je. Tapi breakfast makan sikit dan keraplah. Tadi makan mi goreng, pastu mintak roti + butter, pastu mintak roti + air milo. Ni tengah tido. TV tengok dia. Nasi tak makan lagi tu.

2 comments:

Tirana said...

Ai...muntah dan cirit birit kerana salah makan memang memakan masa nak pulih.. Sabar aje la..

Suhaiza Sa'at said...

salam kak,

yeke... tak tau pun kita kak... yelah, sebab tak pernah lagi sebelum nikan.

tapi dia ni tak suka makan ubat... kena buat plan B baru boleh, iaitu cakap kat dia kalo tak moo makan ubat, ummi pergi... dan2 terus habis ubatnya. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...