Assalamualaikum semua,
semoga sentiasa sihat di samping keluarga dan sentiasa mencari keberkatan Allah SWT. Esok dah tahun baru 2008, kejap je masa berlalu. Banyak suka duka sepanjang tahun 2007. Seperti biasalah, yang manis kita kenang, yang pahit kita jadikan teladan. Jangan diulang pada masa akan datang.
Dah lama aku tak tulis, dek sibuk dengan tugasan seharian. Sapa kata jadi surirumah tak sibuk. Kadang-kadang aku nak tulis something kat sini tapi tak cukup masa. Banyak aku habiskan masa dengan menguruskan rumah, uruskan A&N dan sekarang ni aku dah buka kedai online dan alhamdulillah, sekarang tengah mengambil upah menjahit tudung labuh. Ala, kawan mintak tolong buatkan. Aku pun memang ada pengalaman pakai tudung labuh masa di sekolah, masa di universiti dan sekarang. Walaupun sekarang ni aku dah jarang pakai tudung labuh tapi aku berniat nak pakai balik bila aku bekerja satu hari nanti. Bila tu, entahlah. Dah banyak tempat aku mintak tapi Allah suruh duduk rumah kot, jaga anak-anak dan suami.
Banyak peristiwa sepanjang tahun 2007 ni. Bermula dengan:
1) Januari - aku selamat melahirkan puteri sulong, Najlaa di Hospital Umum Kuching, Sarawak pada 24/1/2007. Aku dikira bertuah kerana tidak sakit (bukanlah tak sakit langsung tapi macam pegi hospital pun sebab doktor kat klinik suruh pegi sebab masa tu dah hari ke-3 aku turun lendir+darah). Aku harap-harap masa tu aku dapat bersalin pada 23hb tapi tak dapat. Kami anak beranak semua lahir pada 23hb. Aku 23/7, abang 23/4, Aidi 23/9 dan Najlaa terlebih sehari je. Takpelah, asalkan semua berjalan lancar. Tapi yang sedihnya, pada hari pertama Najlaa keluar, inilah hari terakhir Aidi menyusu badan aku. Dah 2 tahun 4 bulan menyusu badan, dah kering pun still nak lagi. Kasi can kat adik pulak ye Aidi. Birthday Ecah, bespren ke-26 pada 10/1, semoga dimurahkan rezeki.
2) Februari - pulang berpantang di kampung di Simpang Rengam. Every 2 weeks abang pulang menjenguk kami. Yang paling aku ingat ialah mak mertua aku call masa aku kat kampung. Dahlah kami jarang borak kat telefon, alih-alih dia call sekadar nak tanya khabar kami anak beranak. Bila aku bagitau abang, dia pun terkejut. Tapi hubungan baik aku dengan mak mertua masih berjalan seperti biasa, kalau pulang ke kampung Setiu pun aku okay je dengan cik (panggilan mak untuk belah sana). Birthday NoorKL ke-26 pada 23/2, semoga dimurahkan rezeki, cepat dapat anak.
3) Mac - pulang ke Kuching semula lepas habis pantang. Time kat kampung aku kena brainwash dengan mak sebab tak kerja-kerja sampai sekarang. Aku sensitip betullah bila mak asyiklah push aku suruh kerja. Aku tau tanggungjawab aku tapi bukan aku tak berusaha. Bila mak buka cerita ada budak kat kampung lepas SPM dah bekerja, inikan pulak lulusan ijazah tak bekerja! Sebenarnya setiap kali balik atau telefon mak, memang ini je bahan cerita. Aku dah naik masak bila mak buka cerita ni. Macam biasa, aku diam je. Sebab benda yang sama asyik diulang-ulang... Jobstreet, KPLI, LHDN, swasta, SPA... semua aku mintak tapi takde yang sangkut lagi. Yang manisnya, besfren aku, ecah pregnant dah sebulan lebih.
4) April - Birthday Abang ke-31 dan mak ke-57 pada 23/4. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa. Aku buat kad besday abang, Aidi tolong sekali. Pastu aku buat kek batik, sedap tu. Genap setahun kami di Kuching pada 1/4. Terasa baru je lagi di sini.5) Mei - Happy Anniversary ke-4 pada 31/5. Semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami balik Setiu pulak dan turun KL. Pastu turun balik Johor, buat Majlis Cukur Jambul Najlaa.
6) Jun - Sambut anniversary kat Batang Ai, Lubuk Antu, Sri Aman. Ada trip ke sana, so kami pun ikutlah. Najlaa baru 4 bulan tu, masih terbaring lagi dah kami hayak ke tasik tu. Balik rumah je dia demam. Takut aku. Nasib baik takde kejadian yang tak diingini berlaku.
7) Julai - Birthday Aku ke-26 pada 23/7 dan adik aku, Emi ke-17 pada 18/7 (SPM tahun ni). Semoga dimurahkan rejeki. Sehari sebelum besday, dah check-in hotel. Hadiah besday dari abang, 1D1N je. Najlaa dah 6 bulan, aku dah start bagi makan nasi blend. Yang manisnya, aku dapat offer buat master in IT di UTM Skudai. Tapi tak dapat buat sebab nanti kena turun naik kapal terobang. Aku ni dahlah tak boleh pisah dengan abang mahupun anak-anak. Terumbang ambing pulak kehidupan nanti.
8) Ogos - Merdeka Day ke-50. Ada dekat 3 kali aku bengkak susu gara-gara minum horlick dan minum air rebusan longan. Petua yang bagus untuk memperbanyakkan air susu badan. Aku sit exam SPA bagi 14 jawatan, harapan menggunung nak bekerja ni. Abang pulak kena jadi Ketua Audit Meja, LHDN Kuching. Dapat bilik sendiri tu. Najlaa dah 7 bulan, dah pandai berdiri.
9) September - Birthday Aidi ke-3 pada 23/9. Semoga menjadi anak yang mendengar kata ummi abah dan anak yang soleh. Beli kek sambut anak beranak je, bulan puasa, takleh buat birthday party (alasan... hihi). Abang ada course kat KL 5 hari, kami anak beranak tinggal di rumah Kuching. Tiba-tiba dapat call, abang jatuh lubang! siap gi x-ray ankle takut retak sebab dah tak boleh berjalan tapi alhamdulillah, tak retak. Just pegi urut je, lepas tu baru boleh pijak tanah. Aku memulakan bisnes kek lapis sarawak. Tak sangka, banyak tempahan sebab dah nak rayakan. Untung bersih atas angin dekat RM700! langsir baru raya ni... hihihi
10) Oktober - Birthday abah ke-69 pada 8/10, semoga abah sihat selalu. Kami anak beranak nyanyi lagu besday je kat abah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, seminggu sebelum raya dah balik Setiu, raya ke-2 baru balik Johor. Kami adik beradik adakan meeting untuk mengadakan dana/tabung untuk pencen abah serta wang kecemasan. Abang ada course di KL, turun KLlah kami. Oh ya, aku berjaya mendapat 3 orang customer sekaligus untuk unit trust CIMB. Alhamdulillah dan result exam SPA last month, aku FAIL! hampehs... Najlaa dan berjalan, paling cepat dia ni, 9 bulan dah berjalan. Dulu Aidi 11 bulan baru berjalan.
11) November - Birthday NoorJohor (rakan baik) ke-30 pada 21/11, semoga menjadi mama yang penyabar dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aku cukup puasa penuh pada bulan Ramadhan dan puasa 6. Bestnya. Join Family Day LHDN di Stadium Tertutup Kuching. Apalah, family day buat kat stadium pulak. Tak best langsung. Rancangnya buat kat Damai Puri Resort di Santubong tapi last minute cancel. Abang wakil ping pong Kuching bagi Sukan Hasil di Nilai, kami dok rumah sini je. Petang 26/11 kami dapat notis soh keluar dari rumah kami menyewa tu sebab ada orang nak beli rumah tu. Apalah, kontrak 2 tahun, belum setahun dah suruh keluar. Maunya kami bawak gi court tapi takut lain cerita pulak kat sini. Pada 19/11 kawan baik aku, ecah bersalin, Arissa Insyirah, Allah sedapnya nama anak dia.
12) Disember - Awal bulan ni aku memulakan langkah menceburkan diri dalam bisnes online. Berkat sokongan semua, macam-macam aku jual. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Aidiladha, kami raya kat sini je. Aku buat lontong tapi nasi himpit terlembik. Abang dah surrender dah, pasni guna ketupat segera Adabi. Yahooo!. Ujung bulan pindah rumah di Taman Hussien, about 5 km ke town Kuching. Time pindah kami angkut semua pokok-pokok termasuk pokok daun sup, daun kesum, ulam raja, limau purut, limau kasturi, lada dan halia. Serai kami amik serumpun dan tinggalkan lagi 5 rumpun! niat dihati nak bagi-bagi jiran tetangga tapi abang lagi rela nak bagi kat bakal tuan rumah yang entah bila nak masuk tu. Oh ya, naik sekolah nanti aku jadi baby sitter, ala... kawan mintak tolong jagakan anak dia sebab dia tak moo anak dia dijaga oleh orang Sarawak. Aku dapat berita, bespren aku NoorKL dah pregnant 2 bulan. Alhamdulillah, lama dia tunggu nak pregnant balik sejak gugur 4 tahun lepas. Nak menangis aku... uhuk uhuk. Oh ya, aku dapat offer position Programmer di KL, dia soh interview tapi aku di sini. Kalau aku masih di KL, mesti aku gi. Takde rezekilah mak.
Sekian saja catatan 2007, tutup buku. Yang elok kita ambil, yang tak elok jangan ambil. Biar jadi sempadan. Dan sempena tahun baru 2008, aku nak memperluaskan empayar bisnes online aku, nak jadi bisneswomen di rumah. Rumah terurus, bisnes pun masyuk. InsyaAllah.









