Pages

Tuesday, November 27, 2007

Berita sedih

Assalamualaikum semua,

mata sembab lagi ni... uwaa...

26 November 2007

Kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara.

Petang balik opis memang janji nak keluar pegi beli barang... beli pad lock yg baru yg ada master key utk 3 pad lock, dan a gardening tool... disamping beli barang-barang dapur... Bila pulang ke rumah, terkejut ada surat dilekat di depan pintu utama rumah. Bukak2 surat, terduduk rasanya... sedih, nak nangis.. more importantly rasa nak balik Malaya... Surat dari tuan rumah... menghalau cara baik (one month notice to vacate the house)... our house been sold..... arrrghhh... tensionnya... Our mentality bila pindah rumah ni memang nak stay kat sini as long as we dekat kuching... and never expected things like this would happen... Tuan rumah ni ada syarikat developer kecil2an dan sewakan rumah... oleh kerana rumah ini adalah rumah baru... dan beliau memerlukan wang yg lebih utk develop lagi 10 unit rumah baru, that's why kena jual.. bukan rumah kami sahaja... 2 rumah bersebelahan pun turut dijual.. baru setahun dok umah ni...

sayangnya dgn tanaman yg diusahakan..
sayangnya susah payah menyusahkan CFO telekom utk dptkan line streamyx kat sini.... rumah ni tersangat lah best.. lokasinya, ruangnya... pendek kata memang rumah paling best pernah kitorang duduk...

sudah terbayang penatnya kena pindah ni.................
hari ni nak isi borang balik Malaya lah....

[luahan hati abang... ]
Read more...

Saturday, November 17, 2007

Hobi baru

Assalamualaikum semua,

selamat berhujung minggu. Di hujung minggu ni, dapatlah kita bersantai bersama keluarga tercinta. Di samping keluar ke shopping compleks, boleh juga ke taman ke pantai ke (kalau dekat dengan pantailah!) atau menghabiskan masa berehat di rumah sahaja.

Kami? aku rasa macam bukan hujung minggu, sebabnya... rutin hariannya sama seperti semalam. Yelah, abang takde. So, tak ke mana-mana. Dalam fikiran ni nak aje keluar ke kedai buku ke, ke Waterfront ke... tapi... arghhh... takpelah, tunggu abang balik. Lagipun cuaca kat Kuching sekarang ni asal petang je dah hujan lebat. Dah tiba musim tengkujuh ni. Macam tak kasi can aku nak berjalan. Opps, lupa... aku dah cuci kereta, agaknya sebab tulah asyik hujan je, macam tak kasi kotorkan kereta tu pulak. hehhe.

Lagian, A&N ni asal maghrib je udah ketiduran. Azan maghrib sini pukul 6.27 petang, selang 5-10 minit Aidi dah tidur. Nanti selang setengah jam, azan maghrib KL, Najlaa pulak yang tidur. Apalagi, berkubanglah kami anak-beranak dalam bilik. Nasib baik dalam bilik ni macam bilik hotel, ahaks... ada air-con, ada tv, ada bilik air. Nasi je kena ambil kat dapur. Aidi biasanya tidur tengahari tapi sejak abah dia takde ni, leka pulak dia main. Najlaa pun ikut sama, lepas makan dan menyusu, terus tertidur. Aku? inilah masanya untuk aku menghabiskan masa mengadap labtop. Aku ada hobi baru sekarang. Nak tau?

1) bloghoping aka melompat blog. Best rupanya bila dari satu blog ke satu blog. Kita dapat suasana baru, kawan baru, cerita baru dan sebagainya. Aku dapat kawan dari Indonesia, Kuwait dan Malaysia. Thanks to AnakTK, AzfaAzfa, Cat (a'ah, Catriona Ross tuuu!) dan lain-lain.

2) tengok Korean drama online di http://aznv.tv/. Antara favourite aku untuk menonton drama bersiri ni. Semua ada, dari Jang Geum sampailah ke Snow Queen. (thanks to kak mun to indroduce me this site, very useful when you're alone and Nor, wajib pergi site ni!). Kena sign up dulu ye.

3) add something new in my blog. Antaranya, FEEDJIT. Kita dapat trace dari mana blogger boleh jumpa blog kita. From search engine or linking kat blog orang lain or anything. Makin canggih dunia siber sekarang ni.

4) tu je. Aku malas sikit nak buat kerja rumah bila abang takde. Syyyyy... hehhe. Tapi bukan aku duduk sesaje eh, tiap-tiap pagi aku sapu satu rumah, cuci pinggan, urus A&N, masak semua. Dah settle barulah boleh mengadap internet dengan aman.

Baru kejap tadi abang call dari stadium, lagi nonton basketball. Dia bertanyakan anak-anak, lagi ketiduran semua kok, gimana bisa mau ngobrol ama aidi... (wah, speaking Indon pulak, sejak-sejak ada kawan orang Indon ni! huahauahua)
Read more...

Friday, November 16, 2007

Sendiri lagi...

Assalamualaikum semua,

apa khabar di tengahari Jumaat ni? aku alhamdulillah, dah makin sihat. Dek makan tak ingat masa raya hari tu, dapatlah saguhati selesema untuk dibawa pulang ke sini. Dan sekarang dah makin sihat, begitu juga Najlaa.

Sendiri lagi? kenapa? abang pergi Nilai semalam, wakil Kuching dalam sukan LHDN. Abang main ping pong. Sepatutnya dia balik Selasa, tapi aku rasa lama sangat. So, dapatlah dia balik hari Ahad ni. Kami di sini tiada yang teman. Mulanya aku minta Cikju temankan, tapi dia ada hal dan nak balik kampung dah hari ni. Al-maklum, cikgu. Kan dah cuti sekolah hari nikan. Nak tak nak, kenalah kami sendiri. Aku bukan apa, susah nak urus Najlaa bila nak mandi, solat semua. Time siang hari tu bolehlah, tapi bila dah petang ke malam, macam lain je. Yelah, sebab selalunya abang ada tolong uruskan budak-budak tu bila aku menguruskan diri. Nak-nak malam tadi malam Jumaat... mmm, ada pulak citer Anak Pontianak. Selalu aku tengok dengan abang, tapi malam tadi kukeraskan jua hati ni nak tengok... ada pulak part yang seram sikit, kena tutup mata aidi. Dia ni nak tengok jugak walau cerita hantu ni. Pastu mulalah cakap gelap tu hantu... Kena adjust mentaliti Aidi ni.

Cerita lain, alhamdulillah... anak buahku dah dapat result UPSR, 3A2B. Tahniah kakak, nanti PMR kena usaha lebih. Sementara adik aku pulak tengah berjuang habis-habisan di medan SPM minggu ni. Do your best, make family proud of you, bro!
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...