Pages

Saturday, November 17, 2007

Hobi baru

Assalamualaikum semua,

selamat berhujung minggu. Di hujung minggu ni, dapatlah kita bersantai bersama keluarga tercinta. Di samping keluar ke shopping compleks, boleh juga ke taman ke pantai ke (kalau dekat dengan pantailah!) atau menghabiskan masa berehat di rumah sahaja.

Kami? aku rasa macam bukan hujung minggu, sebabnya... rutin hariannya sama seperti semalam. Yelah, abang takde. So, tak ke mana-mana. Dalam fikiran ni nak aje keluar ke kedai buku ke, ke Waterfront ke... tapi... arghhh... takpelah, tunggu abang balik. Lagipun cuaca kat Kuching sekarang ni asal petang je dah hujan lebat. Dah tiba musim tengkujuh ni. Macam tak kasi can aku nak berjalan. Opps, lupa... aku dah cuci kereta, agaknya sebab tulah asyik hujan je, macam tak kasi kotorkan kereta tu pulak. hehhe.

Lagian, A&N ni asal maghrib je udah ketiduran. Azan maghrib sini pukul 6.27 petang, selang 5-10 minit Aidi dah tidur. Nanti selang setengah jam, azan maghrib KL, Najlaa pulak yang tidur. Apalagi, berkubanglah kami anak-beranak dalam bilik. Nasib baik dalam bilik ni macam bilik hotel, ahaks... ada air-con, ada tv, ada bilik air. Nasi je kena ambil kat dapur. Aidi biasanya tidur tengahari tapi sejak abah dia takde ni, leka pulak dia main. Najlaa pun ikut sama, lepas makan dan menyusu, terus tertidur. Aku? inilah masanya untuk aku menghabiskan masa mengadap labtop. Aku ada hobi baru sekarang. Nak tau?

1) bloghoping aka melompat blog. Best rupanya bila dari satu blog ke satu blog. Kita dapat suasana baru, kawan baru, cerita baru dan sebagainya. Aku dapat kawan dari Indonesia, Kuwait dan Malaysia. Thanks to AnakTK, AzfaAzfa, Cat (a'ah, Catriona Ross tuuu!) dan lain-lain.

2) tengok Korean drama online di http://aznv.tv/. Antara favourite aku untuk menonton drama bersiri ni. Semua ada, dari Jang Geum sampailah ke Snow Queen. (thanks to kak mun to indroduce me this site, very useful when you're alone and Nor, wajib pergi site ni!). Kena sign up dulu ye.

3) add something new in my blog. Antaranya, FEEDJIT. Kita dapat trace dari mana blogger boleh jumpa blog kita. From search engine or linking kat blog orang lain or anything. Makin canggih dunia siber sekarang ni.

4) tu je. Aku malas sikit nak buat kerja rumah bila abang takde. Syyyyy... hehhe. Tapi bukan aku duduk sesaje eh, tiap-tiap pagi aku sapu satu rumah, cuci pinggan, urus A&N, masak semua. Dah settle barulah boleh mengadap internet dengan aman.

Baru kejap tadi abang call dari stadium, lagi nonton basketball. Dia bertanyakan anak-anak, lagi ketiduran semua kok, gimana bisa mau ngobrol ama aidi... (wah, speaking Indon pulak, sejak-sejak ada kawan orang Indon ni! huahauahua)

4 comments:

noore said...

wah,syok tu klau bleh tgk korean online..

Suhaiza Sa'at said...

syok nor, nak-nak kalau line streamyx umah ko ok... macam tengok kat tv, smooth je... :)

tapi kalau tengah line tak elok, asyik buffering je, kejap2 benti, kejap2 benti... tension aku nak tengok... ehhe

noore said...

dah tgk dah,baru tgk 'In soon is Pretty'....bestnyer..tp cume gambo nyer je x bape lawo

Suhaiza Sa'at said...

best ke citer tu? aku baru tengok Snow Queen, sampai episod 13 takde sarikata pulak... ko attach kat aku episod 13 nor beserta sarikata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...