Pages

Wednesday, October 31, 2007

Rezeki di bulan Syawal

Assalamualaikum semua,

semoga sentiasa di dalam lindungan Illahi. Macam mana Syawal kali ni? semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya. Dah puasa 6? Aku belum, nak tunggu balik Kuching hujung minggu ni baru puasa. Makan sedap bila balik semenanjung ni... heheh

Alhamdulillah, seperti tajuk di atas... malam tadi kami ke rumah supervisor aku dan ditemani 3 orang rakan sekursus abang. Sebenarnya seorang je kawan abang yang nak invest, yang 2 lagi temankan je. Lepas dengar penerangan yang detail dari supervisor aku, terus lagi 2 orang tu nak invest. Alhamdulillah, 3 pelanggan pertama ni.

Patutlah 2 hari sebelumnya aku mimpi dapat anak lelaki. Orang kata, kalau mimpi dapat anak, kita akan dapat rezeki (Kak mun kata!). Dalam mimpi tu, aku tak tau pun aku pregnant. Masa tengah Q kat klinik, tiba-tiba aku nak bersalin, pastu terus dapat. Semua orang macam releks je termasuk aku. Dan tak sangka betul malam tadi, dari seorang kawan yang nak invest, jadi 3 orang. Alhamdulillah, syukur aku pada Allah SWT.

Lepas ni kena cari customer lagi. Jangan berpuashati dulu. Aku mesti boleh! :)
Read more...

Tuesday, October 23, 2007

Made in Ayer Hitam

tadi baru balik dari Ayer Hitam... beli pasu kawan order dari Kuching, sapa nak? cun meletoppp... tepinya ada gold, tinggi lebih kurang 1 kaki... RM150 je... tak termasuk pos ye.


Read more...

Saturday, October 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua,
semoga sentiasa didalam rahmat Allah SWT. Aku tak balik Kuching lagi. Raya sakan tahun ni, dekat sebulan ronda-ronda semenanjung. Dari Tranung ke Johor, pastu next week nak turun KL pulak... abang kursus plus raya rumah sedara dan kawan-kawan.
Okay, cerita-ceriti di bulan raya. Minggu terakhir puasa, kami di Tranung. Makanan jangan risau, ikan sentiasa ada. Dari ikan siakap (abang ipar bela sendiri!) sampailah ke lokan. Semua ada, fresh lagi. Puaslah kami makan ikan fresh bila balik sini. Seminggu di Tranung, sempatlah kami buat majlis aqiqah Najlaa dan majlis buka puasa di rumah MIL. Menunya gulai kambing + solok lada + ayam goreng bawang + acar nenas + sambal belacan. Sedap tak terkata, sampaikan tengah-tengah syok makan gulai kambing ni, tiba-tiba dada aku macam ditekan-tekan, macam terputus-putus nafasnya. Allahuakbar, terus stop. Makan kuah jelah. Aku macam suspect aku ada darah tinggi sebab mak abah memang ada penyakit ni. Lagi satu, aku kalau pening memang masuk hari ke-2 baru ringan sikit kepala ni. Tak gi cek doktor lagi ni. mmmm...

Kambing aqiqah Najlaa sedang disembelih

1 Syawal 1428H

Bersama ahli keluarga belah Tranung

Lagi... raya di Tranung simple je. Simple-simple pun, pagi raya menu wajib mesti ada sate. Macam tahun ni, selain sate ayam, ada nasi beriyani, lontong dan roti jala. Kenyang betul... hehehe. Jalan-jalan rumah pak sedara, nenek sedara. Malam raya kedua kami dah bertolak balik ke Johor pulak, naik bas kul 9 malam, sampai Air Hitam kul 8 pagi esoknya. Dekat 12 jam gak atas bas. Sampai Air Hitam, long jemput kami dengan estima baru dia. Syok naik keter beso ni, sampai tak sedo dah sampai Simpang Rengam... hihihi.

Sampai kampung, semua orang dah ada. Jarang dapat berkumpul ramai2 ni, long, ngah, ijat, akak, aku, emi... tu je adik beradik aku. Tak ramai. Dah berjabat tangan, peluk cium semua, terus makan sarapan - kami bawa sate khas dari tranung. Sampai dah nak habis, terpaksa mak sorok kat peti ais. hehhe... Kul 10 pagi diorang-diorang ni dah plan nak balik kampung mak abah kat Batu Pahat nuu... 45 minit dari umah tapi sebab banyak rumah nak raya dan kami kepenatan, maka kami tak ikut. Tapi dah janji nak ke Johor Bahru (umah sepupu sepapat dan mak sedara) sebelah petangnya, oraitlah. Dapatlah kami tidur dan rehatkan badan sebelum beraya nanti. Malamnya kami adik-beradik adakan mesyuarat, formal sket sebab nak bincang sistem pengurusan keluarga. Jawatankuasa dah dilantik, long jadi Ketua, ngah jadi Pen. Ketua, akak jadi Bendahari dan aku Setiausaha. Catat minit dan buat report jelah... :) yang lagi 2 jadi pemerhati terhormat.

Bersama ahli keluarga belah Johor


Raya ke-4, dah kurang 2 orang. Akak kena balik Penang sebab suami dia kena kerja. Ngah pun balik Segamat, cuti dah habis. Cadangnya akak nak balik raya ke-5, tapi dah terpaksa, kena balik jugak. Baru nak mesra-mesra dengan Nurin dan Danish (anak akak) dan Shukri, Imran, Adibah dan Uzair (anak ngah), dah kena balik ye. Takpelah, nanti boleh chit-chat kat telefon atau internet. Time nilah kami adik beradik dan mak abah berkumpul bergambar bersama. Cuma takde ijat sebab dia awal-awal pagi dah keluar beraya.

Raya ke-5, makin kurang orang. Abang dah kena balik Kuching, kerja. Long pun balik, sebab ada orang nak datang beraya ke rumah dia. Baru A&N nak bermesra dengan paklong, tapi takpe sebab next week kami turun KL gak.

Raya ke-6, ijat balik KL. Tinggallah kami ni je yang entertain mak abah dan melayan tetamu dan sedara-mara yang datang. Sampailah malam tadi pun ada lagi saudara mara yang datang. Tetamu khas dari Kuwait, abang Unos sekeluarga dan pakngah makngah. Setahun sekali dia balik dan jumpa kami. Cerita-ceriti, bila balik sini, dia mesti sewa keter besar RM4k sebulan! perghhh... gaji besar takpe.

A&N, pandai betul budak 2 ni melayan tetamu. Aidi ni peramah, semua budak-budak dia layan main, ajak bergambar, ajak main labtop sampai berebut nak main game! Tapi yang sedihnya bila dia cakap, "nape kawan balik mi?" yelah, sebab rayakan... takkan nak lama-lama, boring pulak... hihihi. Najlaa pulak, dari seorang ke seorang dia layan. Anak daraku ni senyum je manjang. Lagi baru pandai melangkah 5-6 langkah ni, sukalah orang melayan dia. Time orang nak balik, bila hulur duit raya, terus masuk mulut. Pastu pandai babai orang. Bijak budak sorang ni... :)


Antara hasil karya Aidi

Okay semua, belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Next week aku turun KL, kepada sesiapa nak buat Open House, jangan lupa jemput kami.
Read more...

Wednesday, October 10, 2007

Balik kampung

Assalamualaikum semua,

apa khabar hari ni? diharap semua sihat-sihat sentiasa disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah kami sekeluarga sudah selamat sampai di Kampung Kuala Setiu pada sabtu lepas. Hampir setengah hari perjalanan dari Kuching ke Kuala Terengganu ni. Walaupun naik belon, penatnya usah dikata. A&N pun terasa kepenatannya. Seawal jam 10 pagi sabtu kami dah keluar rumah, pusing-pusing town Satok untuk mencari ikan terubuk masin dan sedikit kuih tradisi sini untuk diberi kepada keluarga di semenanjung. Lebih kurang jam 11.30 pagi, kami sampai di KIA, lepas check-in semua, tunggulah kami di terminal berlepas. Belon naik kul 12.45 tengahari. Sesekali naik MAS memang best walaupun duduk di economy class ni, apa taknya dari pintu masuk sudah diberi pilihan suratkhabar, kalau dari Kuching, pilihlah paper Borneo Post ke Sarawak Post ke and etc. Lepas tu bila dah duduk je, diberi bantal (ini sebab ada budak kecik), mainan, makanan (opps, ini untuk Aidi, kami telan air liur je), safety lesson and etc. Syok A&N tengok kakak-kakak cantik, abang-abang handsome… hehheh.

Hampir sejam 25 minit di udara, kami transit di KLIA. Sejak keluar dari rumah lagi aku dah pening sebenarnya. Tapi semangat nak balik kampung, aku gagahi jua. Bila dah nak tiba di KLIA, aku dah tak boleh tahan… tekak ni terasa kembang, terasa macam nak muntah. Turun-turun je, terus ke toilet – muntah. Muntah hijau!!! Mak aih, tak pernah aku muntah hijau. Ada sapa-sapa nak mendefinasikan muntah hijau?? Sahur aku macam biasa, nasi + air + oat. Takde yang kaler hijau aku rasa. Yang pasti, aku tak jolok tekak ni supaya muntah, aku tekan perut je. Lepas muntah, kepala dah okay. Ringan sikit kepala ni. Tapi Aidi pulak buat aku pening semula, kenapa? Sebab dia kencing sampai tembus diapersnya!! Aduilah, dahlah aku terlupa nak masukkan seluar spare. Ada diapers je. So, terpaksalah pakai seluar panjang adik. Memang fiiittt… macam pakai seluar ketat! Heheh…

Jam 3.30 petang kami dibenarkan naik belon setelah tergendala 15 minit, gara-gara diorang mencuci toilet belon! Hmph… perjalanan yang memakan masa 45 minit rasa lama sebab aku sempat melelapkan mata. Penat! Pening! A&N tidur (tiada makanan disediakan untuk penerbangan jarak dekat ye). Kung kang kung kang… jam 5.30 petang kami beredar dari airport tranung, abang asri yang jemput.

Sampai kampung jam 6.45 petang, cik dah ready nak break the fast. Kami pun duduk semeja, sementara menunggu azan maghrib berkumandang. Menu? Lupa pulak nak tulis menu. Siakap bakar (stail berair), siakap masak sambal, singgang kembung… perghhh, mencongkam qolbu! Hehhe
Read more...

Monday, October 01, 2007

Sunkei

Assalamualaikum semua,

semoga sentiasa sihat dan cergas di sepanjang hari ini walaupun di bulan puasa. Malam tadi kami buat sunkei aka majlis berbuka puasa di rumah. Sunkei tu bahasa sarawak ni. Nice je bunyinya. Ramai juga yang datang, dekat 40 orang. Semuanya staf abang, jemput kawan-kawan sekitar rumah ni, tapi 1 famili je yang datang.

Seronok rasanya bila semua orang berpuashati dengan masakan aku. A'ah, aku masak dengan pertolongan abang. Menunya, nasi ayam, bihun sup, kastard jagung, dadih dan air sirap bandung. Aku yang tak biasa masak secara banyak ni, terpaksalah minta tolong ajar kak ipar. Akak ipar ni memang memasak je kerjanya. Katering kecil-kecilan di rumahnya di Damansara. Malam sebelumnya dah call dia minta nasihat. Aku kalau bab-bab masak secara banyak ni memang kena rujuk dia. Kalau bab-bab agama, selain abang, pakat rujuk aku adalah akak ipar sulong aku. Ustazah, semua dia tau.

Ok, menyentuh bab sunkei ni, memang tak disangka-sangka, hampir separuh tetamu membawa juadah mereka sendiri. Wah wah wah... ada muffin, karipap, cheese cake, roti jala, tembikai, cekodok, kiuh cara, air tebu, kue teaw goreng, epal, ais-krim, coklat... tak menang tangan nak ambil makanan sebab dah tak cukup meja nak letak makanannya.

Lepas maghrib, tetamu lelaki balik semula ke rumah ni. Moreh sambil borak-borak. Tu pun tak habis jugak makanannya. Bila diorang semua nak balik, apalagi... aku ajak geng2 pompuan ni sediakan berkat. Bungkus semua makanan kecuali tinggalkan sikit untuk kami makan sahur. Alhamdulillah, geng-geng bujang semua pakat ambil berkat, tak payah masak untuk sahurlah diorang sebab dah ada berkat. :)

Terima kasih buat geng2 pompuan yang bertungkus lumus menyental periuk dan membersihkan dapur terutama Jah (kawan baik kat sini), Zai (dekat setengah jam berdiri, basuh pinggan/tong flusk) dan lain-lain. Habis bersih semua yang kotor-kotor diorang sental, aku releks sket. Dah kepenatankan. Dan geng2 lelaki yang aku rasa tukang habiskan makanan.

Lupa pulak A&N. Dalam kesibukan malam tadi, budak 2 ni buat hal sendiri. Aidi sibuk ambil gambar, "banyaknya auntie, banyak uncle mi"... hehee. Manakala Najlaa, dari seorang ke seorang di passingnya budak kecik tu. Nasib baik dia ok je dengan orang. Tapi bila time menyusu dan kepenatan, umminya yang dicari.

Jam 9.30 malam baru semua tetamu balik. Terus sambung isyak & terawikh gilir-gilir dengan abang. Pagi ni tinggal sapu dan mop lantai je sebab pinggan mangkuk dan periuk belanga dah siap dicuci malam tadi. Apa-apapun, memang seronok bila buat sunkei ni dan puashati dengan masakan sendiri (masuk bakul pulak... hihihi). Tak bangun lagi A&N, kepenatan tu.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...