Assalamualaikum semua,
semoga sentiasa didalam rahmat Allah SWT. Aku tak balik Kuching lagi. Raya sakan tahun ni, dekat sebulan ronda-ronda semenanjung. Dari Tranung ke Johor, pastu next week nak turun KL pulak... abang kursus plus raya rumah sedara dan kawan-kawan.
Okay, cerita-ceriti di bulan raya. Minggu terakhir puasa, kami di Tranung. Makanan jangan risau, ikan sentiasa ada. Dari ikan siakap (abang ipar bela sendiri!) sampailah ke lokan. Semua ada, fresh lagi. Puaslah kami makan ikan fresh bila balik sini. Seminggu di Tranung, sempatlah kami buat majlis aqiqah Najlaa dan majlis buka puasa di rumah MIL. Menunya gulai kambing + solok lada + ayam goreng bawang + acar nenas + sambal belacan. Sedap tak terkata, sampaikan tengah-tengah syok makan gulai kambing ni, tiba-tiba dada aku macam ditekan-tekan, macam terputus-putus nafasnya. Allahuakbar, terus stop. Makan kuah jelah. Aku macam suspect aku ada darah tinggi sebab mak abah memang ada penyakit ni. Lagi satu, aku kalau pening memang masuk hari ke-2 baru ringan sikit kepala ni. Tak gi cek doktor lagi ni. mmmm...
Kambing aqiqah Najlaa sedang disembelih
1 Syawal 1428H
Bersama ahli keluarga belah Tranung
Lagi... raya di Tranung simple je. Simple-simple pun, pagi raya menu wajib mesti ada sate. Macam tahun ni, selain sate ayam, ada nasi beriyani, lontong dan roti jala. Kenyang betul... hehehe. Jalan-jalan rumah pak sedara, nenek sedara. Malam raya kedua kami dah bertolak balik ke Johor pulak, naik bas kul 9 malam, sampai Air Hitam kul 8 pagi esoknya. Dekat 12 jam gak atas bas. Sampai Air Hitam, long jemput kami dengan estima baru dia. Syok naik keter beso ni, sampai tak sedo dah sampai Simpang Rengam... hihihi.
Sampai kampung, semua orang dah ada. Jarang dapat berkumpul ramai2 ni, long, ngah, ijat, akak, aku, emi... tu je adik beradik aku. Tak ramai. Dah berjabat tangan, peluk cium semua, terus makan sarapan - kami bawa sate khas dari tranung. Sampai dah nak habis, terpaksa mak sorok kat peti ais. hehhe... Kul 10 pagi diorang-diorang ni dah plan nak balik kampung mak abah kat Batu Pahat nuu... 45 minit dari umah tapi sebab banyak rumah nak raya dan kami kepenatan, maka kami tak ikut. Tapi dah janji nak ke Johor Bahru (umah sepupu sepapat dan mak sedara) sebelah petangnya, oraitlah. Dapatlah kami tidur dan rehatkan badan sebelum beraya nanti. Malamnya kami adik-beradik adakan mesyuarat, formal sket sebab nak bincang sistem pengurusan keluarga. Jawatankuasa dah dilantik, long jadi Ketua, ngah jadi Pen. Ketua, akak jadi Bendahari dan aku Setiausaha. Catat minit dan buat report jelah... :) yang lagi 2 jadi pemerhati terhormat.
Bersama ahli keluarga belah Johor
Raya ke-4, dah kurang 2 orang. Akak kena balik Penang sebab suami dia kena kerja. Ngah pun balik Segamat, cuti dah habis. Cadangnya akak nak balik raya ke-5, tapi dah terpaksa, kena balik jugak. Baru nak mesra-mesra dengan Nurin dan Danish (anak akak) dan Shukri, Imran, Adibah dan Uzair (anak ngah), dah kena balik ye. Takpelah, nanti boleh chit-chat kat telefon atau internet. Time nilah kami adik beradik dan mak abah berkumpul bergambar bersama. Cuma takde ijat sebab dia awal-awal pagi dah keluar beraya.
Raya ke-5, makin kurang orang. Abang dah kena balik Kuching, kerja. Long pun balik, sebab ada orang nak datang beraya ke rumah dia. Baru A&N nak bermesra dengan paklong, tapi takpe sebab next week kami turun KL gak.
Raya ke-6, ijat balik KL. Tinggallah kami ni je yang entertain mak abah dan melayan tetamu dan sedara-mara yang datang. Sampailah malam tadi pun ada lagi saudara mara yang datang. Tetamu khas dari Kuwait, abang Unos sekeluarga dan pakngah makngah. Setahun sekali dia balik dan jumpa kami. Cerita-ceriti, bila balik sini, dia mesti sewa keter besar RM4k sebulan! perghhh... gaji besar takpe.
A&N, pandai betul budak 2 ni melayan tetamu. Aidi ni peramah, semua budak-budak dia layan main, ajak bergambar, ajak main labtop sampai berebut nak main game! Tapi yang sedihnya bila dia cakap, "nape kawan balik mi?" yelah, sebab rayakan... takkan nak lama-lama, boring pulak... hihihi. Najlaa pulak, dari seorang ke seorang dia layan. Anak daraku ni senyum je manjang. Lagi baru pandai melangkah 5-6 langkah ni, sukalah orang melayan dia. Time orang nak balik, bila hulur duit raya, terus masuk mulut. Pastu pandai babai orang. Bijak budak sorang ni... :)
Antara hasil karya Aidi
Okay semua, belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Next week aku turun KL, kepada sesiapa nak buat Open House, jangan lupa jemput kami.
0 comments:
Post a Comment