Pages

Sunday, September 23, 2007

Happy Birthday to Aidi

Assalamualaikum semua,

semoga sihat disamping keluarga dan tugasan seharian. Dah lama rasanya tak menulis, busy sikit dengan kek lapis. Alhamdulillah, walaupun tempoh tempahan yang singkat, sambutannya sungguh diluar jangkaan aku. Insya-Allah, tahun depan aku start awal sikit. Mengamuk pulak customer, tak dapat order lebih tahun ni... :)

Banner baru hari ni... muka ceria dua beradik. Jarang dapat fokus dalam jarak dekat budak 2 ni. Aku rasa gambar nilah yang paling best disamping ucapan Selamat Hari Raya untuk pembaca setia blog ni.

Hari ni genaplah usia Aidi 3 tahun, semoga menjadi anak yang soleh, mendengar kata ummi dan abah ye, jangan buli Najlaa lagi tau. Sejak malam tadi dia dah nyanyi lagu birthday. Kami rancang nak buat sambutan birthday party untuk Aidi minggu depan sebab lambat merancang sebenarnya... :) Jadi hari ni cuma sambutan anak beranak je. Abahnya keluar ni, beli kek. Sementara Aidi dan Najlaa tidur. Jap lagi nak buat nasi ayam buat buka puasa dan bagi meraikan Aidi... :)
Read more...

Saturday, September 08, 2007

MARI-MARI BELI KEK LAPIS SARAWAK

Assalamualaikum semua,

semoga sihat sentiasa disamping keluarga tercinta. Sempena Syawal yang bakal tiba tak lama lagi ni, saya nak ambil kesempatan di sini untuk menjual kek lapis Sarawak. Sapa yang tak kenal dengan kesedapan kek lapis ni. Jadi, marilah kita beramai-ramai membeli kek lapis ni untuk menjamu tetamu dan sanak saudara dengan kek lapis special dari Sarawak ini. Setiap sebiji kek berharga RM20 termasuk pos, dijamin selamat sampai hingga ke pintu rumah anda.

Kepada sesiapa yang berminat, sila email kepada saya di suhaiza81@gmail.com untuk keterangan lanjut. BERITA BAIK UNTUK SEMUA - PESANAN DIBUKA SEHINGGA JUMAAT 14/9/2007. Sila lengkapkan pesanan anda.

Antara kek lapisnya adalah;

1) Masam Manis
2) Evergreen (perasa pandan) -- glamer ni
3) Madu Belang (perasa coklat + nestum)
4) Mami Jarum (perasa coklat + pandan + strawberry)
5) Coklat Cheese
6) Alunan Ombak (perasa coklat + strawberry)
7) Blueberry
8) Coklat Walnut
9) Prune (perasa starwberry)
10) Betik (perasa oren)
11) Pudina (perasa mint)
12) Horlick
13) Tembikai (perasa tembikai)
14) Rempah

Ini gambar sebahagian dari kek lapis di atas.

Kek Lapis Blueberry

Kek Lapis Coklat Walnut

Kek Lapis Madu Belang


Kek Lapis Nescafe (Kek Lapis Masam Manis serupa macam ni, tapi berbeza rasa)


Macam-macam ada... Kek Lapis Prune, Kek Lapis Rempah dan lain-lain.

Read more...

Sunday, September 02, 2007

Tinggal bertiga

Assalamualaikum semua,

semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Aku? ya, kami terpaksa tinggal bertiga lagi sebab abang ada kursus di Bangi dari 3/9 - 7/9/2007 ni. Disebabkan tempoh kursus yang singkat dan rasanya tak berbaloi kami ikut serta, maka tinggallah kami di sini. Lagipun raya nanti kan balik.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka ke-50 pada 31 Ogos 2007 lepas... kami sambut kat rumah je. Kat town Kuching macam meriah je sebab petang 30 Ogos tu kami keluar mencari ayam, banyak gerai dibuka untuk sambutan Malam Merdeka di Waterfront. Ayam? ya, untuk BBQ Merdeka malam esoknya. Kami offer diri untuk memerap ayam. Tapi tak jumpa ayam pulak, dah 3 tempat pergi. Last-last Helmi dan Kak Syikin datang rumah bawak ayam, katanya ada staff yang meniaga dan ada reban ayam ni, siap sembelih sendiri. Alhamdulillah, dapat jugak ayam. Kalau tak, makan ikan ngan udang jelah untuk barbeque nanti.

Malam esoknya bermulalah majlis BBQ Merdeka di rumah kawan. Kami tak bakar, ada orang lain yang sudi tolong bakarkan. So, tukang makan jelah. Najlaa okay je dengan orang kali ni. Tak macam sebelum ni, jumpa orang je dah mencemek nak nangis. Seronok rasanya. Ada bihun goreng, kastard jagung, lengkong milo, ayam/udang/ikan bakar, dan macam-macam lagi.

Semalam, kami bersama famili Sandri + Jah, dan Duan pergi ke Serikin. Borong barang nak bawak balik kampung untuk raya ni. Beli tikar untuk mak, baju raya untuk Emi, kain batik untuk Kak Na dan lain-lain. Letih badan, kaki dan mata sebab tak sangka boleh jem masa nak keluar dari area Serikin tu. Setengah jam ada, tak bergerak pun. Rasanya sebab dah ditar, tu yang ramai orang datang. Sebelum ni jalan ke sana tu jalan batu kerikil! bayangkanlah, lari pulak allignment keter... heheh. Dengar cerita orang sini, memang tok batin Serikin tu tak bagi ditarkan jalannya sebab takut kawasan dia tu akan dilanda arus kemajuan atau dikomersilkan. Banyak rumah kampung Bidayuh kat area ni, yang bela anjing semua. Tapi atas sogokan apa, kalah juga tok batin tu. Maka, ramailah yang berduyun-duyun ke sana. Ni macam Rantau Panjang gak, banyak dijual barangan dari negara jiran tu.

Semalam petang cari-cari kek lapis kat Kg. Gersik. Lupa pulak start 31/8 hingga 2/9/2007 ni ada Sarawak Regatta 2007 di Sungai Sarawak. Memang best tengok orang lawan kayuh sampan sapa laju. Tapi semalam petang dah habis. Hari ni final dia tapi tak boleh tengok sebab abang takde nak gi sana.

Hari ni, kul 9 pagi lagi abang dah keluar ke airport sambil ditemani rakannya. Kami tak boleh hantar, kang ada orang melalak nak abah! Selamat jalan dan balik abang, I love you and we love you. Malam kang cikju datang, teman tidur. :)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...