Pages

Sunday, September 02, 2007

Tinggal bertiga

Assalamualaikum semua,

semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Aku? ya, kami terpaksa tinggal bertiga lagi sebab abang ada kursus di Bangi dari 3/9 - 7/9/2007 ni. Disebabkan tempoh kursus yang singkat dan rasanya tak berbaloi kami ikut serta, maka tinggallah kami di sini. Lagipun raya nanti kan balik.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka ke-50 pada 31 Ogos 2007 lepas... kami sambut kat rumah je. Kat town Kuching macam meriah je sebab petang 30 Ogos tu kami keluar mencari ayam, banyak gerai dibuka untuk sambutan Malam Merdeka di Waterfront. Ayam? ya, untuk BBQ Merdeka malam esoknya. Kami offer diri untuk memerap ayam. Tapi tak jumpa ayam pulak, dah 3 tempat pergi. Last-last Helmi dan Kak Syikin datang rumah bawak ayam, katanya ada staff yang meniaga dan ada reban ayam ni, siap sembelih sendiri. Alhamdulillah, dapat jugak ayam. Kalau tak, makan ikan ngan udang jelah untuk barbeque nanti.

Malam esoknya bermulalah majlis BBQ Merdeka di rumah kawan. Kami tak bakar, ada orang lain yang sudi tolong bakarkan. So, tukang makan jelah. Najlaa okay je dengan orang kali ni. Tak macam sebelum ni, jumpa orang je dah mencemek nak nangis. Seronok rasanya. Ada bihun goreng, kastard jagung, lengkong milo, ayam/udang/ikan bakar, dan macam-macam lagi.

Semalam, kami bersama famili Sandri + Jah, dan Duan pergi ke Serikin. Borong barang nak bawak balik kampung untuk raya ni. Beli tikar untuk mak, baju raya untuk Emi, kain batik untuk Kak Na dan lain-lain. Letih badan, kaki dan mata sebab tak sangka boleh jem masa nak keluar dari area Serikin tu. Setengah jam ada, tak bergerak pun. Rasanya sebab dah ditar, tu yang ramai orang datang. Sebelum ni jalan ke sana tu jalan batu kerikil! bayangkanlah, lari pulak allignment keter... heheh. Dengar cerita orang sini, memang tok batin Serikin tu tak bagi ditarkan jalannya sebab takut kawasan dia tu akan dilanda arus kemajuan atau dikomersilkan. Banyak rumah kampung Bidayuh kat area ni, yang bela anjing semua. Tapi atas sogokan apa, kalah juga tok batin tu. Maka, ramailah yang berduyun-duyun ke sana. Ni macam Rantau Panjang gak, banyak dijual barangan dari negara jiran tu.

Semalam petang cari-cari kek lapis kat Kg. Gersik. Lupa pulak start 31/8 hingga 2/9/2007 ni ada Sarawak Regatta 2007 di Sungai Sarawak. Memang best tengok orang lawan kayuh sampan sapa laju. Tapi semalam petang dah habis. Hari ni final dia tapi tak boleh tengok sebab abang takde nak gi sana.

Hari ni, kul 9 pagi lagi abang dah keluar ke airport sambil ditemani rakannya. Kami tak boleh hantar, kang ada orang melalak nak abah! Selamat jalan dan balik abang, I love you and we love you. Malam kang cikju datang, teman tidur. :)

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak ai..
ayu dah selamat bersalin. baby girl.. jmput nanti dtg rmh ye bila hubby dah balik.. ajak dia skali.. hehe..

inilah pengalaman mengerikan dlm hidup sbb kena emergency ceaser.. huhu.. apepun alhamdulillah semua selamat. baby ok. baru dpt kuar wad smlm.. baby dah 9 hari...

Suhaiza Sa'at said...

w'salam,
la ye ke... apsal tak bagitau dah bersalin? macam mana pulak kena ceaser ni...

insyaAllah, nanti akak datang ngan famili.

ecah said...

Tahniah MS AYUE coz dah selamat bersalin.Alhamdulillah dan syukur pd ALLAH.

Ai,
Okle tu..cikju ade dtg temankan..

Suhaiza Sa'at said...

dia ni mesti special kes sebab duenya 12/9 kalau tak silap...

tulah, nasib baik ada cikju... takdelah pas insyak dah masuk bilik... heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...