Pages

Monday, December 31, 2007

Hari terakhir di tahun 2007

Assalamualaikum semua,

semoga sentiasa sihat di samping keluarga dan sentiasa mencari keberkatan Allah SWT. Esok dah tahun baru 2008, kejap je masa berlalu. Banyak suka duka sepanjang tahun 2007. Seperti biasalah, yang manis kita kenang, yang pahit kita jadikan teladan. Jangan diulang pada masa akan datang.

Dah lama aku tak tulis, dek sibuk dengan tugasan seharian. Sapa kata jadi surirumah tak sibuk. Kadang-kadang aku nak tulis something kat sini tapi tak cukup masa. Banyak aku habiskan masa dengan menguruskan rumah, uruskan A&N dan sekarang ni aku dah buka kedai online dan alhamdulillah, sekarang tengah mengambil upah menjahit tudung labuh. Ala, kawan mintak tolong buatkan. Aku pun memang ada pengalaman pakai tudung labuh masa di sekolah, masa di universiti dan sekarang. Walaupun sekarang ni aku dah jarang pakai tudung labuh tapi aku berniat nak pakai balik bila aku bekerja satu hari nanti. Bila tu, entahlah. Dah banyak tempat aku mintak tapi Allah suruh duduk rumah kot, jaga anak-anak dan suami.

Banyak peristiwa sepanjang tahun 2007 ni. Bermula dengan:

1) Januari - aku selamat melahirkan puteri sulong, Najlaa di Hospital Umum Kuching, Sarawak pada 24/1/2007. Aku dikira bertuah kerana tidak sakit (bukanlah tak sakit langsung tapi macam pegi hospital pun sebab doktor kat klinik suruh pegi sebab masa tu dah hari ke-3 aku turun lendir+darah). Aku harap-harap masa tu aku dapat bersalin pada 23hb tapi tak dapat. Kami anak beranak semua lahir pada 23hb. Aku 23/7, abang 23/4, Aidi 23/9 dan Najlaa terlebih sehari je. Takpelah, asalkan semua berjalan lancar. Tapi yang sedihnya, pada hari pertama Najlaa keluar, inilah hari terakhir Aidi menyusu badan aku. Dah 2 tahun 4 bulan menyusu badan, dah kering pun still nak lagi. Kasi can kat adik pulak ye Aidi. Birthday Ecah, bespren ke-26 pada 10/1, semoga dimurahkan rezeki.

2) Februari - pulang berpantang di kampung di Simpang Rengam. Every 2 weeks abang pulang menjenguk kami. Yang paling aku ingat ialah mak mertua aku call masa aku kat kampung. Dahlah kami jarang borak kat telefon, alih-alih dia call sekadar nak tanya khabar kami anak beranak. Bila aku bagitau abang, dia pun terkejut. Tapi hubungan baik aku dengan mak mertua masih berjalan seperti biasa, kalau pulang ke kampung Setiu pun aku okay je dengan cik (panggilan mak untuk belah sana). Birthday NoorKL ke-26 pada 23/2, semoga dimurahkan rezeki, cepat dapat anak.

3) Mac - pulang ke Kuching semula lepas habis pantang. Time kat kampung aku kena brainwash dengan mak sebab tak kerja-kerja sampai sekarang. Aku sensitip betullah bila mak asyiklah push aku suruh kerja. Aku tau tanggungjawab aku tapi bukan aku tak berusaha. Bila mak buka cerita ada budak kat kampung lepas SPM dah bekerja, inikan pulak lulusan ijazah tak bekerja! Sebenarnya setiap kali balik atau telefon mak, memang ini je bahan cerita. Aku dah naik masak bila mak buka cerita ni. Macam biasa, aku diam je. Sebab benda yang sama asyik diulang-ulang... Jobstreet, KPLI, LHDN, swasta, SPA... semua aku mintak tapi takde yang sangkut lagi. Yang manisnya, besfren aku, ecah pregnant dah sebulan lebih.

4) April - Birthday Abang ke-31 dan mak ke-57 pada 23/4. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa. Aku buat kad besday abang, Aidi tolong sekali. Pastu aku buat kek batik, sedap tu. Genap setahun kami di Kuching pada 1/4. Terasa baru je lagi di sini.

5) Mei - Happy Anniversary ke-4 pada 31/5. Semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami balik Setiu pulak dan turun KL. Pastu turun balik Johor, buat Majlis Cukur Jambul Najlaa.

6) Jun - Sambut anniversary kat Batang Ai, Lubuk Antu, Sri Aman. Ada trip ke sana, so kami pun ikutlah. Najlaa baru 4 bulan tu, masih terbaring lagi dah kami hayak ke tasik tu. Balik rumah je dia demam. Takut aku. Nasib baik takde kejadian yang tak diingini berlaku.

7) Julai - Birthday Aku ke-26 pada 23/7 dan adik aku, Emi ke-17 pada 18/7 (SPM tahun ni). Semoga dimurahkan rejeki. Sehari sebelum besday, dah check-in hotel. Hadiah besday dari abang, 1D1N je. Najlaa dah 6 bulan, aku dah start bagi makan nasi blend. Yang manisnya, aku dapat offer buat master in IT di UTM Skudai. Tapi tak dapat buat sebab nanti kena turun naik kapal terobang. Aku ni dahlah tak boleh pisah dengan abang mahupun anak-anak. Terumbang ambing pulak kehidupan nanti.

8) Ogos - Merdeka Day ke-50. Ada dekat 3 kali aku bengkak susu gara-gara minum horlick dan minum air rebusan longan. Petua yang bagus untuk memperbanyakkan air susu badan. Aku sit exam SPA bagi 14 jawatan, harapan menggunung nak bekerja ni. Abang pulak kena jadi Ketua Audit Meja, LHDN Kuching. Dapat bilik sendiri tu. Najlaa dah 7 bulan, dah pandai berdiri.

9) September - Birthday Aidi ke-3 pada 23/9. Semoga menjadi anak yang mendengar kata ummi abah dan anak yang soleh. Beli kek sambut anak beranak je, bulan puasa, takleh buat birthday party (alasan... hihi). Abang ada course kat KL 5 hari, kami anak beranak tinggal di rumah Kuching. Tiba-tiba dapat call, abang jatuh lubang! siap gi x-ray ankle takut retak sebab dah tak boleh berjalan tapi alhamdulillah, tak retak. Just pegi urut je, lepas tu baru boleh pijak tanah. Aku memulakan bisnes kek lapis sarawak. Tak sangka, banyak tempahan sebab dah nak rayakan. Untung bersih atas angin dekat RM700! langsir baru raya ni... hihihi

10) Oktober - Birthday abah ke-69 pada 8/10, semoga abah sihat selalu. Kami anak beranak nyanyi lagu besday je kat abah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, seminggu sebelum raya dah balik Setiu, raya ke-2 baru balik Johor. Kami adik beradik adakan meeting untuk mengadakan dana/tabung untuk pencen abah serta wang kecemasan. Abang ada course di KL, turun KLlah kami. Oh ya, aku berjaya mendapat 3 orang customer sekaligus untuk unit trust CIMB. Alhamdulillah dan result exam SPA last month, aku FAIL! hampehs... Najlaa dan berjalan, paling cepat dia ni, 9 bulan dah berjalan. Dulu Aidi 11 bulan baru berjalan.

11) November - Birthday NoorJohor (rakan baik) ke-30 pada 21/11, semoga menjadi mama yang penyabar dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aku cukup puasa penuh pada bulan Ramadhan dan puasa 6. Bestnya. Join Family Day LHDN di Stadium Tertutup Kuching. Apalah, family day buat kat stadium pulak. Tak best langsung. Rancangnya buat kat Damai Puri Resort di Santubong tapi last minute cancel. Abang wakil ping pong Kuching bagi Sukan Hasil di Nilai, kami dok rumah sini je. Petang 26/11 kami dapat notis soh keluar dari rumah kami menyewa tu sebab ada orang nak beli rumah tu. Apalah, kontrak 2 tahun, belum setahun dah suruh keluar. Maunya kami bawak gi court tapi takut lain cerita pulak kat sini. Pada 19/11 kawan baik aku, ecah bersalin, Arissa Insyirah, Allah sedapnya nama anak dia.

12) Disember - Awal bulan ni aku memulakan langkah menceburkan diri dalam bisnes online. Berkat sokongan semua, macam-macam aku jual. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Aidiladha, kami raya kat sini je. Aku buat lontong tapi nasi himpit terlembik. Abang dah surrender dah, pasni guna ketupat segera Adabi. Yahooo!. Ujung bulan pindah rumah di Taman Hussien, about 5 km ke town Kuching. Time pindah kami angkut semua pokok-pokok termasuk pokok daun sup, daun kesum, ulam raja, limau purut, limau kasturi, lada dan halia. Serai kami amik serumpun dan tinggalkan lagi 5 rumpun! niat dihati nak bagi-bagi jiran tetangga tapi abang lagi rela nak bagi kat bakal tuan rumah yang entah bila nak masuk tu. Oh ya, naik sekolah nanti aku jadi baby sitter, ala... kawan mintak tolong jagakan anak dia sebab dia tak moo anak dia dijaga oleh orang Sarawak. Aku dapat berita, bespren aku NoorKL dah pregnant 2 bulan. Alhamdulillah, lama dia tunggu nak pregnant balik sejak gugur 4 tahun lepas. Nak menangis aku... uhuk uhuk. Oh ya, aku dapat offer position Programmer di KL, dia soh interview tapi aku di sini. Kalau aku masih di KL, mesti aku gi. Takde rezekilah mak.

Sekian saja catatan 2007, tutup buku. Yang elok kita ambil, yang tak elok jangan ambil. Biar jadi sempadan. Dan sempena tahun baru 2008, aku nak memperluaskan empayar bisnes online aku, nak jadi bisneswomen di rumah. Rumah terurus, bisnes pun masyuk. InsyaAllah.
Read more...

Sa'at Look-alike Meter




anak bapak betullah korang ni... hihih

Read more...

Wednesday, December 26, 2007

Rumah baru

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah, sabtu lepas raya haji baru ni, kami telah berpindah ke kediaman baru kami tak jauh dari rumah lama. Kali ni lagi dekat dengan Sungai Sarawak dan town Kuching. Proses perpindahan dilakukan seramai 10 orang termasuk aku, abang dan rakan-rakan di sini. Ni gambar dari luar rumah dan halaman belakang yang dah ready pokok daun pandan dan daun kunyit. Masak nasi putih boh daun pandan hari-hari pun tak habis ni... hihihi







Read more...

Saturday, December 15, 2007

Langkah baru bermula

Assalamualaikum semua,

semoga sentiasa sihat di samping keluarga tercinta dan sentiasa mencari keberkatan Allah SWT. Alhamdulillah, setelah lama berkubang dan memerah idea, akhirnya wujudlah satu laman khas untuk saya menjual apa sahaja dari produk saya dan lain-lain produk dari rumah ni.

Oleh itu, silalah ke http://aishoppe.blogspot.com atau mengklik imej di side menu ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Terima kasih.
Read more...

Monday, December 10, 2007

Kisah Meningkatkan Jati Diri

Assalamualaikum,

selamat pagi semua, semoga anda sentiasa sihat dan sentiasa mencari keberkatan dari Allah SWT. Di sini, saya nak share kiriman email dari rakan. 2 kisah ni betul-betul memberi pengajaran dan panduan kepada saya dan diharap untuk anda diluar sana juga. Ikuti kisah ini.

Kisah 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan SELESA walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi:-
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai, Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut:-
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

source: from email

ai: renung-renungkanlah...
Read more...

Thursday, December 06, 2007

Spagetti Udang

Assalamualaikum semua,
semoga sentiasa dilindungi Allah SWT. Dah makan? Kalau belum, pergilah makan. Jangan biar perut tu masuk angin. Aku baru lepas. Asalnya, aku nak makan spagetti sejak 2 hari lepas. Tapi tak dapat buat sebab tak sempat nak beli daging. Maka terciptalah resepi ini, Spagetti Udang.

Resepi: Spagetti Udang
Bahan-bahan:
secekak spagetti (untuk makan 2 orang - direbus)
3 sudu lada boh
1 biji bawang besar (dikisar)
semangkuk udang (dibuang kulit & dikisar kasar)
1 biji kentang (dibuang kulit & dipotong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
4 biji limau kasturi (ambil perahannya)
sedikit air
garam & gula

Cara-caranya:
1) Tumis lada boh, bawang besar hingga kating (kering)
2) Masukkan udang, kentang, air dan kacau sebentar.
3) Bila dah agak-agak masak, masukkan tomato, garam & gula.
4) Bila dah sebati masukkan perahan limau kasturi.
5) Sedia dihidang bersama spagetti.

Selamat mencuba!
Read more...

Tuesday, December 04, 2007

Next moving

Assalamualaikum semua,

salam ceria di pagi Selasa, semoga semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Alhamdulillah, dalam keadaan moody, kami masih mampu mengukir senyuman tatkala ada rakan yang sudi berkongsi suka duka mencarikan rumah kosong untuk kami. Tak jauh dari rumah lama kami sekarang, kami rasakan ada baiknya kami menyewa rumah itu sebab ianya tak jauh dari town Kuching (about 5 km), dekat dengan office abang dan yang paling utama ada rakan yang menyewa di lorong yang sama (wifenya macam aku, Graduated Fulltime Housewife!), bolehlah kami sembang petang sama-sama nanti. Walaupun rumahnya taklah sebesar rumah sekarang, tapi laman dan parkingnya boleh muat hampir 10 biji kereta! kena buat barbeque selalu ni... hahha.

Selang 2-3 hari lepas dapat notis hari tu, baru kami menyelak kembali MoU. Rupa-rupanya tiada klausa yang menyatakan landlord berhak menamatkan perjanjian pada bila-bila masa. Agreement ditandatangan untuk 2 tahun tapi belumpun setahun, landlord dah mintak balik rumah. Kami tanya lawyer, mereka kata "perkara macam ni biasa berlaku jika agreement tersebut di draft oleh owner tu sendiri. Bagaimanapun owner still ada rights utk terminate tenancy jika ada alasan munasabah biarpun perkara tersebut tak dijelaskan dlm agreement. Sekiranya tuan rumah mengeluarkan notis maka niatnya utk terminate tenancy sudah mencukupi. In case agreement tu ditamatkan lebih awal, penyewa berhak tuntut kos ganti rugi disebabkan kontrak ditamatkan lebih awal. Make sure tenancy agreement nanti ada yg highlight hak tuan tanah dan penyewa". Maka kami rasa nak berbincang dengan landlord untuk menanggung kos perpindahan. Antaranya:

1) cabut dan pasang 2 unit aircon
2) cabut dan pasang Astro
3) cabut dan pasang water heater, telefon rumah, streamyx, lori angkut mengangkut dan sebagainya.

So, last weekend dah start packing barang yang tak guna sangat. All item masuk dalam kotak pindah sini dulu. Nasib baik ada lagi. Maybe kami pindah Krismas, lepas raya haji nanti. Lagipun tak habis nego dengan landlord.

Rumah jiran sebelah ni dah pindah lepas 2-3 hari dapat surat, pindah mana tak taulah, nak bertegur macam mana, kalau jumpanya time dia buka dan tutup gate je. Selebihnya dok kat kedai asben dia. Rumah ni hanya tempat persinggahan je. Jiran yang satu lagi mungkin duduk kat area Tabuan. Lepas sehari orang sebelah pindah keluar, pekerja landlord terus bersihkan rumah, cat mana yang patut dsb. Aku pun jadi tak bersemangat nak kemas rumah, nak sental bilik air pun dah down. Lagipun kat sini asyik hujan je, pagi petang siang malam... musim tengkujuh dah sampai, nak pindah macam mana. Mmm, orang kena paksa pindah macam nilah...

Time macam nilah, kalau tension-tension tengok anak sendiri, rasa sejuk je... terima kasih ya Allah.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...