Pages

Friday, November 16, 2007

Sendiri lagi...

Assalamualaikum semua,

apa khabar di tengahari Jumaat ni? aku alhamdulillah, dah makin sihat. Dek makan tak ingat masa raya hari tu, dapatlah saguhati selesema untuk dibawa pulang ke sini. Dan sekarang dah makin sihat, begitu juga Najlaa.

Sendiri lagi? kenapa? abang pergi Nilai semalam, wakil Kuching dalam sukan LHDN. Abang main ping pong. Sepatutnya dia balik Selasa, tapi aku rasa lama sangat. So, dapatlah dia balik hari Ahad ni. Kami di sini tiada yang teman. Mulanya aku minta Cikju temankan, tapi dia ada hal dan nak balik kampung dah hari ni. Al-maklum, cikgu. Kan dah cuti sekolah hari nikan. Nak tak nak, kenalah kami sendiri. Aku bukan apa, susah nak urus Najlaa bila nak mandi, solat semua. Time siang hari tu bolehlah, tapi bila dah petang ke malam, macam lain je. Yelah, sebab selalunya abang ada tolong uruskan budak-budak tu bila aku menguruskan diri. Nak-nak malam tadi malam Jumaat... mmm, ada pulak citer Anak Pontianak. Selalu aku tengok dengan abang, tapi malam tadi kukeraskan jua hati ni nak tengok... ada pulak part yang seram sikit, kena tutup mata aidi. Dia ni nak tengok jugak walau cerita hantu ni. Pastu mulalah cakap gelap tu hantu... Kena adjust mentaliti Aidi ni.

Cerita lain, alhamdulillah... anak buahku dah dapat result UPSR, 3A2B. Tahniah kakak, nanti PMR kena usaha lebih. Sementara adik aku pulak tengah berjuang habis-habisan di medan SPM minggu ni. Do your best, make family proud of you, bro!

2 comments:

noore said...

oh,ciannyer ai...aku nk temankan ko..uih..kene merentas lautan..huhu..aku pon same cam ko...lonely..=( asben outstation ke penang..2 mlm dah tido umah mak..hehe..=)

Suhaiza Sa'at said...

sedaplah ko, mak duduk dekat je... aku ni kenalah redah je hari-hari mendatang, asyik menghitung hari je... tapi takpe, esok malam dia balik... :)

asben ko balik bila?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...