Pages

Wednesday, April 20, 2005

Farewell

semalam ada jamuan perpisahan untuk staff yang ambil VSS 29hb ni... kat unit Switching ni saja ada 6 orang yang ambil... Kak Jah (Head IN), Kak Pah (Head Planning), Kak Nor (Senior Clerk), Hazril (Senior Engineer aka empunya meja yang aku duduk ni!... sampai la ni tak pernah aku tengok dia duduk kat meja ni buat kerja, cuma datang sekali lalu je... terima kasih kerana bagi tumpang meja... :)), Asrin (Engineer) dan Ambika (Enginer gak kot...)...
.
macam-macam alasan yang dikemukakan... antaranya, anak dah nak besar, kena bagi lebih perhatian (kena jadi surirumahlah pulak lepas ni!)... kat ofis ni banyak sangat kerja, sampai memberikan tekanan dalam diri... ada yang dapat peluang baru, inilah masanya disamping mendapat imbuhan ribu raban... dan macam-macam lagi...
.
sedang mendengar ucapan daripada mereka yang mengambil VSS ini, kedengaran dari jauh suara esakan... menahan sedu-sedan... terpaksa menerima hakikat akan terpisah dengan rakan yang dahulunya bergelak ketawa, bersolat bersama, bersantap bersama... tiada jurang diwujudkan antara bos dan pekerja... hanya insan biasa dijadikan teras... mengaku diri ini kerdil di sisi Allahu rabbi...
.
aku... hanya tunduk dan menahan diri dari memendam air mata... berlagak seperti biasa... khusyuk mendengar bait-bait ucapan yang diberikan... walaupun hampir 4 bulan bermastautin di bumi Celcom ini, aku dapat rasakan kemesraan di kalangan warganya... dan selama hampir 4 bulan ini juga aku belajar bagaimana untuk bekerja... berhadapan dengan bos, tugasan, rakan-rakan dan sebagainya...
.
tak lama aku di sini... lebih kurang 20 hari lagi aku akan melangkah pergi meninggalkan sejuta kenangan di sini... Ayu, Lina, Kak Azi, Nazril (my supervisor), Alin, Nik, Syaz, Kak Bib, Aji Zul, Abg Man, Cik Nik dan mereka yang aku sudah cukup sebati wajahnya tapi tidak mengenali namanya... terima kasih kerana sudi menerima aku di sini... tempoh 4 bulan sebenarnya tidak cukup untuk aku belajar di sini... walaupun kedengaran jelas suara-suara sumbang, namun aku ketepikan rasa amarah... aku hanya insan kerdil di sini... tak terdaya untuk aku melawan...
.
coretan ai: bagaimanalah situasi farewell aku nanti... mampukah aku menahan air mata ini supaya tidak mengalir?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...