wowowowo... esok dah nak berangkat... petang ni mak abah, adik datang dari kampung untuk menghantar kami pergi... uhukuhkuhkk...
Kelmarin, aku pergi berbincang dengan pihak MIS PJ tentang pengajian aku di sana. Mereka memberi pelepasan untuk aku meneruskan pengajian di Kuching nanti tetapi belajar dalam format sendiri dan online. Mereka mencadangkan supaya membeli router Cisco second hand pada harga RM600 sebiji. Dalam CCNP, sekurang-kurangnya memerlukan 2 biji router untuk memudahkan aku mengimplemenkan command yang diajar. Aku sedang berkira-kira dengan duit elaun yang bakal dapat bulan depan. Macam mana ek?? Buku rujukan mereka akan poskan ke Kuching minggu depan kerana beg baju yang banyak dan mungkin terlebih kuota 30 kg seorang.
0 comments:
Post a Comment