Pages

Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Pindah ke KL

2006... sedih nak tinggalkan KL


Mak abah pun hantar... sedih


Dah tiba Kuching... jalan-jalan di Main Bazaar.


Bismillah...

5 tahun 2 bulan yang lalu, aku bermimpi yang kami sekeluarga akan berpindah ke Cawangan Muar. Siangnya aku berfikir, jika mimpi pindah dekat-dekat, maknanya akan kena pindah jauh. Aku bukannya taksub kepada mimpi-mimpi ni tapi mimpi yang satu ni buat aku berfikir seketika. Masa ni tak tau lagi yang abang akan mintak pindah. Esoknya, abang telefon dari ofis. "Yang, kita kena pindah Kuching!"... "Apa??!!"... Kuching adalah pilihan ketiga abang selain dari Kuala Terengganu atau Kuantan. Balik kampung atau tengah-tengahlahkan. Dah bosan duduk KL. Nak juga rasa tempat lain.

Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah, tak nak tinggalkan tempat best (bestlah masa tu), tak nak tinggalkan rutin biasa tiap-tiap bulan dapat balik kampung. Arrrghhh... sungguh sukar waktu tu. Tapi aku kena ikut juga abang pindah ke KUCHING! tempat yang aku tak ambil tahu pun masa tu, even aku ingat cuaca kat sana sejuk sikit berbanding semenanjung! teruk betul. Tapi mujur dapat di kawasan bandar, bukan di celah-celah pedalaman. Kalau pedalaman, memang meraung jugalah tak nak pindah.

Kini setelah 5 tahun 3 bulan di sini, tiba giliran kami untuk pindah balik ke semenanjung. Abang yang agak tidak selesa tiap kali pulang ke kampung yang memperuntukkan paling kurang RM2-3k sekali balik. Mana nak beli tiket kapal terbang dan perbelanjaan kami tiap kali balik kampung, memang memeritkan sebab kedudukan tempat yang jauh-jauh. Kampung aku di Johor, dia di Terengganu. Bila masa nak menyimpankan. Lagipun, jika berlaku kecemasan keluarga, memang perit nak sediakan duit tiket yang mendesak begini. Maka, abang mengambil langkah selamat iaitu memohon untuk pulang semula ke Malaya.

Sebulan sebelum pindah, aku dapat telefon dari abang, "Yang, kita dpt transfer". Aku masa tu kelam kelibut antara dengar tak dengar je abang cakap dan aku sedang menantikan abang transfer duit kat aku. Katanya minggu depan, tapi kenapa call cakap dah transfer. Hahaha. Lepas tu aku cakap, "aik, cepatnya, kata masuk minggu depan". Pastu abang bagitau lagi, "kita kena transfer ke KL lah"... Apaaa??!! Oh tidak! KL, kolumpo, kota sesak tu lagi??!! Aku kalau boleh tak nak ke KL lagi. Biarlah di pinggir-pinggir ibu kota itu. Jangkanya ke JB, tapi tak dapat. Dapat ke KL pulak. Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah. Tak nak pindah bukan tak nak balik semenanjung, tapi tak nak pindah KL. Mood excited takde! kalau pindah balik ke Johor atau Terengganu tu, mesti aku yang terlebih excited. Abang sepatutnya kena lapor diri pada 1 Julai, tapi mintak tangguh sebulan. Tak excited campur kena uruskan banyak benda di sini. Minggu pertama lepas dapat tau kena pindah je, rumah kami dan sekolah Aidi dah settle diuruskan. Kalau excited, 1 Julai lagi dah ada di KL. Tapi 1 Ogos barulah kami ada di KL.

Hari ni, 21 Julai 2011, aku menulis di Riverside Majestic Hotel sedang menikmati keindahan Kuching, bandar aman, bandar bersih, bandar tiada jem, bandar tiada kesesakan apa-apa, bandar yang kampung, bandar yang best, bandar tempat tumpahnya darahku ketika bersalin Najlaa & Sara dulu, bandar yang aku akan kenang selamanya. Bagi aku, rumah ketiga selepas Johor dan Terengganu (dua-dua tempat ni pun dah mula sesak sekarang ni). Tapi dah tak boleh pulang semula ke sini. Tiada apa lagi yang tinggal di sini. Hanya kesan tinggalan ingatan sahaja yang tak boleh dilupakan. Aku sayang Kuching.


Esok, 23 Julai 2011, aku akan terima hadiah hari lahir ke-30 pada tahun ini iaitu perpindahan balik ke semenanjung. Terbang pulanglah kami selamanya. Akan aku merindui Kuching selamanya. Selamat tinggal Kuching.

Read more...

Friday, December 17, 2010

Takde tajuk

Bismillah.

Takde tajuk. Saje je nak tulis-tulis. Cerita sikit-sikit. Two weeks ago, kami sekeluarga pulang ke kampung. Abang dapat award dari Agong sebab kecemerlangannya dalam bidang akademik aka selesai Master. Actually, award diberikan khas untuk anak-anak yatim Terengganu. Dulu abang duduk kat asrama PERKAYA (Pertubuhan Anak-Anak Yatim TRG). So sempena 30 tahun ulangtahun PERKAYA, pihak PERKAYA nak bagi awardlah kat anak-anaknya yang berjaya dalam bidang akademik. Majlis berlangsung di Taman Tamadun Islam pada 4/12/2010. Abang sorang je yang pegi. Kami anak beranak duduk kat rumah mak mertua kejap.



Dua hari sebelum hari kejadian di atas, kami semua pun turun ke KT. Jalan-jalan cari baju sekolah Aidi kat Mydin. Al-maklum, kat KCH ni takde Mydin. Sekali sekala balik kampung, haruslah ke sana. Cari kemeja Aidi 2 helai, seluar 2 helai, kasut sepasang, tali pinggang, setokin. Pusing punya pusing, jumpa tudung kakak. Cantik. Harga pun ok. RM7.90 sehelai. Amik warna merun dan coklat terang.

Kakak posing dengan tudung baru dalam troli di Mydin. Sara pun posing sekali.


Ok, setelah dekat 2 minggu di kampung, tiba masa untuk pulang ke Bumi Kenyalang ni. Tak boleh lama-lama. Cuti abang dah nak habis. Sampai hujung tahun ni, ada 4 hari lagi cuti. Nak brought forwardlah tu. Cuti 30 hari setahun pun tak puas-puas. hehhe.


Di Airport Senai. Sara pegang tu beg Aidi. Beg troli gak.



4 seat je seat kami dalam Air Asia. Abang baca novel Bumi Cinta dari Habiburrahman El-Shirazy, best gak ceritanya.


Aidi yang macam nak pergi oversea, pakai sweater segala. heheh


Dah kat rumah KCH. Baju pun dah di basuh, dah digosok. Tunggu 31/12/2010 ni je untuk sesi orientasi Tahun 1, SK Gita.
Read more...

Friday, April 23, 2010

Hello World!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

semoga sihat semua pembaca2 sekalian. Mesti ada yang tertunggu-tunggu coretan aku kat sinikan. (ada ke?)Dah lama tak update blog. Last update ujung bulan 2 tu. Ni dah ujung bln 4! huhuhu. Sibuklah katakan. Kadang ada order nasi ayam, nasi lemak... kadang ada buat blog. Buat blog ni pun kadang-kadang takde, tapi bila sekali datang 3-4 biji kena siapkan. Maka siapkan blog orang dulu, barulah fikir diri sendiri.

Bulan 3 lepas menyaksikan aku banyak ambil tempahan dari ofis hubby. Tart telur, cream puff, soto, bihun sup semua aku buat sendiri.




Pastu skype dgn mak abah kat kampung. Dah canggih sekarang ni. Walau jauh beribu batu, Simpang Rengam, Johor - Petrajaya, Kuching tadak hal punya.

Pastu ada Road Tour Permata Hijrah di The Spring, Kuching ni. Wah, best-best. Apa lagi... free treatmentlah.




*The Big Apple tu beli sebelum balik. Mahal rupanya. 3 ketul tu RM8.10. fuhhh.

Pastu ada attend 2 kenduri kawen kat sini. Rasanya penah cerita pasal wedding kat sini. Sangat-sangat lain dari semenanjung. Majlis hanya start jam 10-12 tghari sahaja. Lepas waktu tu, basuh periuklah jawabnya. Bila dah datang, terus duduk kat meja yang disediakan. Dah penuh, baru hidangan dihidangkan.



Pastu ada kawan dari Kota Bahru datang cuti-cuti Malaysia ke Kuching ni. Kak Zu and the family dan famili jiran dia, kira-kira 15 orang semuanya datang sini. Stay kat rumah kawan. Mujur dapat rumah sebiji, kalau duduk hotel, mau bengkrap bapaknya. hehhe.



Bulan 4 pulak.

Kakak angkat kat sini baru pas bersalin, dia mintak tolong masakkan untuk dia sahaja (lunch & dinner) dan mandikan baby. Actually, ni anak no 3 Kak Ina. Tapi sebab mak mertua dia (hb dia org sini) mengajar pagi dan mak dia (orang Melaka) datang lepas seminggu dia bersalin, maka memanglah memerlukan seseorang nak urus dia. Aku ok je sebab lepas antar Aidi sekolah, langsung ke rumah dia. 10 hari gak amik part-time ni. Dapatlah upah sket. Thanks kak. Semoga akak dan Nur Anisah Nabeehah sihat selalu.



Sara dah makin ligat. Still breastfeed. 1 thn 4 bln usianya. Kecik je. 7 kg! sekarang ni. Makan memilih. Nak nasi himpit, nasi kuah pindang je. Yang 2 ni memang tak tolak. Kalau cekedis, suka kopok, mami, vitagen. Dah pandai sedut straw si kenit ni. Minum pun pakai cawan. Air masak memang feberet sampai banjir rumah dia main. Baru ni kaki dia baru baik. Macam alergik. Bila tengah sakit tu, di garu-garunya sampai keluar darah dan air kuman. Sekarang dah baik, bila tengok kat tempat sakit tu, dia cakap, "uu aaa uuuuaaa" (dah baik ye mi)... hehhe, gitulah translationnya. Kalo tengok Upin Ipin, siap angguk pala lagi dengar lagunya. Pastu kalo dengar betul-betul-betul, terus dia besarkan biji mata dia macam orang terkejut tu sambil cakap "tah tah tah". hehhee.


Pastu dapat order roti jala dari Ina UNIMAS. Makan 6 org je. Bolehlah nk soping tudung sket. hehhe.



Pastu aku ada cipta menu baru, iaitu Nasi Lemak Hijau. Wallaaa... bila abang amik order kat opis, takut gak kalo dapat banyak. Tapi oklah. masih boleh dikerjakan. Dan dpt order bihun goreng 13 org makan. Yang nasi lemak tadi utk 10 orang makan.



Pastu Aidi sekarang dah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah. Belum 6 tahun pun lagi. Dia ni jenis cepat pick-up otaknya, kata orang. Time-time tengah naik semuanya ni, alhamdulillah semua masuk pala otak dia dengan senang je. Aku rasa sekaligus benda-benda ni naik - mengaji Al-Quran, membaca BM & BI, mengira tambah tolak (sekarang tengah ajar darab). Sedang semangat dia tengah naik macam ni, aku memang suka menyokong dia. Aku beli buku latih tubi an. Jawi, BM, BI, Math, Sains. Aku rasa tak pressure dia sebab ni untuk latihan mengasah otak dia je. Cikgu dia pun kata, untuk ajar Matematik kat Aidi tak susah sebab dia banyak dah tau. Buat banyak latihan kat rumah pun banyak membantu. Apa taknya, baru beli buku latihan Math semalam, selang sehari dah habis dia buat. "Suka sangat Matematik ni mi"... ikut abah dialah ni. Abah dia scorer dari sekolah rendah sampai la ni. Sebab tu jadi pegawai hasil. hehhehe.




Kakak sekarang nak melawo je. Pantang keluar rumah, mesti pakai lip gloss. Letak bedak kompek sket2. Sibuk, macam ummi. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke3 toilet trained dia dah tak tercicir lagi. Kakak dah 3 tahun lebih. Dah tak sabo nak gi sekolah. Asal Aidi gi sekolah je, sibuk nak ikut abang dia kata.



Dan kemuncak hari ini adalah Hari Jadi orang-orang yang aku sayang - mak, abang, Ana (kawan baik kat sek. men.). Aku buat kapkek dan sebiji kek untuk abang. Masa abang balik makan tengahari kul 12, Aidi bawak hadiah (suar, kemeja, stokin), Najlaa bawak kad & bunga (sekuntum je) dan Sara sambut abah balik. heheheh. Seronok tengok masing-masing excited. Semoga kasih sayang ini terus bersinar selamanya. Amin.



*punyalah panjang entry. Sapa boring, jangan layan yek. hehehe.
Read more...

Wednesday, September 09, 2009

09-09-09

From my lappie

Salam semua,

dah lama rasanya tak update umah yang satu ni. Al-bizi datang menjengah. Memang tak cukup tangan dibuatnya sebab semuanya datang sekaligus - buat blog, buat banner, buat design bisnes kad dan klimaksnya, order kek lapis untuk raya. Biasalah orang Malaysia ni, dah last-last minit baru nak submit order yang membuat kepala gue pusinggg banget. Mana nak edit list, mana nak buat kira-kira utk customer, kira-kira untuk kedai. Time nilah aku perlukan seorang pembantu. Tahun ni clash dengan final exam abang, so pembantu yang sorang ni memang takleh bantulah. Dia sibuk nak menghafal, aku soh buat kira-kira kang, apahal lak... hehhe. Tapi kena mintak tolong gak dgn abang utk print list order sebab aku dah ting tong. Gi hantar order pun aku sorang-sorang. Selalu dengan semua. Nak buat macam manakan. Time nak antar oder plak budak-budak ni semua tido.

Balik kepada tajuk. Cantik sungguh tarikh nikan. Available once in a lifetime je. Esok dah jadi lain dah. Sapa yang beranak tarikh ni, memang senanglah nak ingat tarikhnya. :) Ala, tarikh lain pun kalo bersungguh, memang ingat jekan. hehehe. Ada 1 kes ni, soh wife dia beranak ikut tarikh special nilah, siap soh induce... mmm... elloo, orang sakit bersalin tu kalo boleh, biarlah natural. Kalo paksa-paksa, yang merana wife tu kang. Hangin plak dengar kes macam ni.

sori2, ter'emo' plakss... ehhehe.

Ahad ni dah balik kampung TRG. Tahun ni turn raya sana. Raya ke2 baru pulang ke kampung JHR. Duduk seminggu, dah pulang balik ke KCH ni. All in the air. Hari tu nak sewa teksi dari kg JHR - KLIA, tapi sewanya lebih kurang naik belon ni. So tak nak susah2, amik gak flite.

Persiapan raya... mmm, kuih raya aku ada order sket ngan kengkawan kat sini. Baju raya budak-budak ni dah siap beli. Tahun ni satu habuk pun aku tak menjahit untuk baju raya, sebab mesin merajuk. Nak betulkan tak betul-betul. Sudahnya, terebanglah duit beli baju raya yang ready made. Untuk orang kampung, aku order biskut raya je. Tupun nanti amik kat airport KT. Nak bawa dari KCH ni, alamat tinggal habukss ajelah. :)

Sekali sekala balik kampung, memang ribu raban habis. Yang aritu balik pun tak cover lagi. (Bang, jangan lupa Ai punya claim taww).

Ok, sambung buat kerja. Masih banyak nak kena siapkan banner dan blog sebelum balik bercuti ni. Orang tu dah sound jangan bawak lappie balik kang. Kata raya! Tak moo ngadap lappie eh... aduishh, boleh kerr?

Read more...

Friday, January 16, 2009

Kronologi kelahiran QAISARA

Salam semua,

alhamdulillah, baru berkesempatan menulis coretan di sini. Kalut sikit baru ni sebab rumah kami di Kuching dinaiki air banjir setinggi paras lutut! fuuhhh... kesian abang nak kemas rumah sorang-sorang.

Berbalik kepada tajuk, aku nak story sikit kronologi kelahiran QAISARA yang aku rasa agak unik buat kami. Bermula...

[1] Jumaat 19/12/2008

- seawal jam 5.30 pagi aku dah bangun dari tidur... mandi, solat subuh dan siapkan breakfast. Sebelum jam 7 pagi dah siapkan A&N untuk dihantar ke nurseri. Kira-kira kul 7 lebih, kami semua dah ada dalam keter. Sambil babai-babai dengan A&N, aku dan abang terus ke hospital. Abang menurunkan aku di hadapan Hospital Umum Sarawak selepas bersalaman dan abang memberi kucupan manis di pipi dan kami sama-sama mengucap Good Luck untuk perjuangan masing-masing. Lepas babai-babai, abang terus memecut ke kampus untuk menghadapi peperiksaan final exam untuk semester 1.

- aku yang sedikit pun tidak berdebar, hanya kata-kata istigfar dan kata-kata perangsang dari abang sahaja yang membuatkan aku cool down. Singgah kedai dalam hospital kejap, beli air mineral.

- melangkah masuk ke Labour Room di tingkat 2 yang di ruangan depan ada para bapa menunggu, membuatkan aku peluh sejuk kejap. Bayangkan dengan berkain batik, berblouse lengan panjang, bertudung litup, berselipar jepun dan membawa beg pakaian baby, masakan orang tidak pelik! semua orang memandang aku. Tipikal pakaian aku untuk melahirkan. Aku? senyum dalam debaran je.

- lepas register, aku dibawa ke CTG Room untuk membuat ujian pergerakan jantung bayi. Setengah jam terasa lama. Kemudian Dr. Marisa mengecek bukaan. La, baru 2 cm... lama lagi tu. Aku di admit masuk ke wad pada jam 10 pg tapi terpaksa menunggu kerana tiada katil kosong di wad. Nasib baik tak sakit langsung dan tiada sebarang tanda. Sampai waktu makan, kami diberi makan di Labour Room! punyalah sadis, duduk di dalam stor yang barangnya tunggang langgang. Jam 12 tghari barulah aku dipanggil ke Tingkat 3, katanya baru ada katil kosong. perghh... 2 jam menunggu. 1 ruangan kanan ada 6 katil, ruangan kiri pun ada 6 katil. Nampak lagi cantik dan tersusun selepas renovation tahun ni. Bilik air pun best, ada air panas dan sejuk. Ada kerusi di dalam bilik air.

- sebelum tu, dalam perjalanan ke wad, aku sms abang, abang pun dah habis exam, lepas solat Jumaat, baru dia ambil anak2 dan menjenguk aku di hospital. Tapi dalam pada itu, waktu melawat tengahari dah habis, so abang kenalah datang pada waktu petang.

- Jam 3.40 ptg aku di induce... iaitu memasukkan sejenis ubat (macam ubat demam budak2 yang masuk ikut b***** tu) di k******* kerana jalan masih tidak banyak buka. Selama sejam tak boleh bergerak kata Dr Sharifah.

- Jam 5.30 ptg abang datang dengan A&N dengan membawa air panas, roti, susu dan sebagainya. Kejap abang di situ sebab anak2 dah mula meragam dan aku sudah mula sakit2. Jam 6 ptg, aku dah mula meronta dan abang pun beredar. Meronta sikit2 tapi rasa macam dah banyak bukaan. Jam 7 lebih aku minta dicek bukaan. Tak banyak, dalam 3 cm... MasyaAllah, sakit macam dah dekat 10 cm je. Jam 8 mlm aku di sorong ke Labour Room kerana mengalami hiperstimulate. Actually, sebelum disorong, doktor memberitahu aku yang Labour Room PENUH!! tapi ada 2 bilik yang reserve untuk special kes. So, pergilah aku ke Labour Room sambil menaiki kerusi roda. Masa ni aku tak habis2 berSMS dengan abang. (Boleh pulak tekan keypad tu... hahha)

- Sampai di Labour Room, tangan aku terus ditebuk untuk masukkan air. 2 botol gak masuknya. Contraction dah makin kerap. Sampai aku tak sedar yang anak tudung menutupi muka. Punyalah naik sheh sakitnya. Jam 9 lebih doktor ada bagitau nak pecahkan air ketuban. Masa diorang nak sediakan barang2 nak pecahkan air ketuban tu, air ketuban aku dah pecah sendiri. So, apalagi... sakit semakin kerap dan... alhamdulillah, dah selamat dah pun. Tepat jam 9.40 malam aku dah selamat bersalin. Abang dah tunggu kat luar nak masuk tapi tak dibenarkan. Ada 2 orang kawan abang sama2 menunggu. Yelah, dalam masa yang sama Najlaa tertido.

- Uniknya bersalin kali ni, lepas baby dah keluar, misi terus suruh sebut jantina apa dan suruh peluk baby tu tanpa dibersihkan dan tali pusat masih tidak putus. Subhanallah. Lepas dipotong tali pusat, barulah misi ambil baby dan bersihkannya. Masa nak naik ke wad, baby dah wangi dan bersih semuanya. So, esok pagi baby dah tak perlu mandi lagi. (Polisi baru Hospital Umum Sarawak).

[2] Sabtu 20/12/2008

- Abang yang masih ada exam hari ini terpaksa menghantar anak2 ke nurseri. Aku pulak tengaharinya dah boleh keluar. So, tunggu lepas makan tengahari, baru abang ambil aku di hospital dan anak2 di nurseri.

[3] Ahad 21/12/2008

- Hari pertama aku mengurut, hari terakhir abang exam tapi takde sapa yang nak jaga baby sepanjang aku mengurut. So aku mintak tolong kawan di sini untuk menjaga baby dan anak2 yang lain. Alhamdulillah, macam nilah hidup di perantauan, rakan2lah yang banyak menolong. Dah macam sedara dah.

-- Hari ke5 baru kami pulang ke kampung aku di Johor untuk menjalani tempoh berpantang di sana.

Sememangnya, pengalaman bersalin setiap anak adalah berbeza dan perkara-perkara yang ditempuhi bersama tulah yang banyak merapatkan kasih sayang antara kami suami isteri dan anak-anak tercinta. I love u abang.

*Result exam abang dah keluar dan keputusannya tidak mengecewakan (3.78 tuuu... aku pun tak pernah dapat, paling tinggi 3.52 je). TAHNIAH ABANG. Yelah dalam keadaan kelam kelibut hari tu, macam2 boleh berlaku. Dan sekarang dah mula semester 2.

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

Ahlan Wasahlan ya QAISARA

salam semua,

nilah newborn baby QAISARA yang bermaksud permaisuriku.

Abang long dengan baby

Kak Ngah suka dapat baby

Qaisara - permaisuriku
Hari ke2 - baru balik dari hospital

Read more...

Thursday, December 18, 2008

Uri Overdue (Calcification)

salam semua,

terima kasih pada kawan-kawan yang banyak mengambil berat pasal kesihatan kandungan aku 2-3 hari ni. Pantang online YM, dekat 20 orang dok bertanya dah bersalin ke belum.

Actually, ni nak cerita ni. Wah, belum bersalin dah start cerita. Alkisahnya begini:

[1] ISNIN 15/12/2008

- pergi weekly check up macam biasa. Due 20hb ni, dah dekat dah. Doktor tanya tentang pergerakan baby, aku cakap start semalam dah kurang gerak, which mean dalam jam 2.45 ptg baru cukup 10 gerakan. (carta pergerakan baby dari 9 pg - 3 ptg selama 10 gerakan, kalau dekat2 nak kul 3 ptg baru cukup, dah tak lamalah tu)

- so doktor gerak-gerakkan baby, ada 1 gerakan balas. Biasanya ada dalam 2-3 gerakan. Then doktor tak puashati. She's going to scanning. Tiba-tiba ada putih-putih di uri yang nama saintifiknya Calcification iaitu pemendakan kalsium. Doktor lagi tak puashati. Dia suruh refer to the hospital secepat mungkin.

- balik rumah dulu, makan tengahari, salin baju pakai kain batik semua (tipikal manners yg aku buat b4 admit), ambil beg baby dan vrooommm ke GH. Sampai GH, misi ambil statement. No contraction, no sign but CALCIFICATION*! ok, duduk dulu. Tunggu, tunggu... masuk pintu kedua. Misi panggil masuk CTG Room (untuk cek jantung baby). Alhamdulillah, Dr Stella Anak Tekhee yang rawat aku. Doktor pompuan. Ramai gak doktor kuar masuk kat GH ni, ada dekat 10 orang. Adalah 2-3 orang doktor lelaki. Lepas buat CTG, cek bukaan pulak. Yang ni aku malasss sket. Tapi sebab nak tau jalan dah buka ke belum, redha jelah. She said, "belum buka lagilah puan"... aiyarkkk... dah sejam sengah kat sini. Apa khabarlah abang and the kids kat waiting area tu. Dahlah lupa nak bawak hp.

- then, duduk menunggu lagi sementara Dr Stella discuss dengan the senior doctor. Tak lama pastu, nama aku kena panggil untuk masuk ke Examination Room (nak scan lagi) oleh doktor senior, Dr Roland sambil Dr. Stella temankan aku. Canggih scanner dia, siap nampak baby kelip-kelip mata lagi. Lama gak kena scan. Pastu Dr tu cakap calcification aku di tahap minima. Tak perlu risau sangat tapi kena pantau by 4 days. Kalau takde tanda dalam masa 4 hari tu, by Jumaat (esok) kena keluarkan baby jugak. *Maybe kena induce and drip (dalam ati aku). So boleh balik rumah dulu.

- mmm... false labour... sian abang and the kids, kena tunggu lama. Abang pun EL hari tu. Sampai rumah jam 3, tak solat lagi ni. Perghh... dugaan-dugaan.

*CALCIFICATION - What is placenta calcification?
  • The placenta is the part of a woman’s body that attaches the baby to the inside of the uterine wall. Blood vessels in the placenta make up the umbilical cord, which attaches to the baby at the belly button. The placenta, which resembles a cauliflower in shape, allows the baby and mother to exchange oxygen, nutrients, and waste products. The placenta is delivered after a baby is delivered, and is often referred to as the afterbirth.

  • Placenta calcification refers to calcium deposits that appear on the placenta. These calcium deposits indicate an “aging” of the placenta that occurs near the end of pregnancy. These deposits of calcium can cause certain small parts of the placenta to die. The calcium deposits may also cause some parts of the placenta to be replaced with fibrous tissue. The calcium deposits can also obstruct parts of the placenta with clots of maternal blood. They can also harden or block the maternal blood vessels. In most cases, placental calcification does not affect the functioning of the placenta, and the fetus is generally not harmed.

  • When calcification is found early on in the pregnancy, it can be an indication that the placenta is aging faster than it should. If this occurs, your health care provider will likely wish to monitor your baby at regular intervals to make sure that your baby is receiving the nutritional content that he needs, and that his nutritional intake is not obstructed by the calcium deposits. Your health care provider will, specifically, be measuring the growth of your baby.
  • Some studies suggest that placental calcification can be caused by cigarette smoking. Other studies suggest that using antioxidants in the diet can help to neutralize the effect.

  • When a placenta has calcium deposits on it, they may appear as white patches on the placenta after birth.
[2] SELASA 16/12/2008

- semalam lepas balik dari hospital, terus register the kids kat NURI the nursery, depan umah je ni. Memang dah lama dok ushar, tapi baru semalam rasa desperate nak hantar the kids. Bincang punya bincang, diorang boleh terima kalau emergency calling tengah-tengah malam cuma kena bayar OT sejam RM3lah.

- so hari ni first day hantar A&N ke nurseri. Wah, excited Aidi nak pergi sekolah, nak main slide dia cakap. Aku pulak yang sedih sebab selama ni tak pernah tinggal mana-mana. Sejam sekali aku call cikgu dia. Cikgu dia cakap, dia seronoklah, Najlaa pulak nak ummi je tapi tak lama sebab ramai kawankan. Balik tengahari kul 1 abang amik. Punyalah Aidi bercerita bagai nak rak. Seronok sangatlah tu. Tapi bila cakap esok kena pergi lagi, dia tak nak pulak. Ah, sudah.

- Pagi tu memang boringlah, A&N takde, abang pun takde. Sunyi sangat. Aku call mak. Mak cakap, malam tadi tiba-tiba ternampak muka aku kat kampung. Bukan mimpi tapi macam real mak cakap. Rupanya aku masuk hospital tapi tak branak lagi. hehheh

[3] RABU 17/12/2008

- Masih menanti tanda-tanda bersalin tapi hampa. Baby still moving dan aktif. Aku yang pressure menunggu tanda. Abang lagilah, Jumaat nak exam.

- Abang hantar A&N ke nurseri kul 7 pg. Aidi meronta-ronta taknak pegi. Bersungguh-sungguh dia tak moo pergi. Dia cakap tak best sebab takde jamban cangkung, cikgu suruh duduk pulak. Heheh, kes dah biasa berak cangkung kat rumah nilah. Lepas tu noisy, ini memang dia tak sukalah.

[4] KHAMIS 18/12/2008

- Masih tunggu tanda tapi takde lagi. Esok pagi kalau takde tanda gak, memang kena gi gaklah. Kul 7 pagi antar A&N ke nurseri, then abang antar aku ke hospital and then abang pergi exam. Dahlah dia exam dari kul 9 -12 tghari. Harap-harap sempatlah abang temankan aku kat labour room nanti.


Harap-harap dipermudahkan Allah SWT.
Read more...

Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam semua,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

kami semua raya kat Kuching je macam tahun-tahun sebelum ni. Lagipun tak dan rasanya nak balik kampung sebab dah sarat dah ni. Takut pulak nak naik flight dah ujung-ujung ni dan mesti diorang tak bagi aku naik sebab takut beranak kat dalam flight.

Dalam pada tunggu hari ni, sempatlah jugak aku memikirkan juadah untuk hari raya ni. Aku tukar-tukar resepi dengan Ain, kawan perantau di KK. Dia buat Nasi Minyak resepi aku, aku buat Nasi Ayam resepi dia. Lepas tu aku ada buat Muffin Milo Kukus (resepi Yati) dan Dadih Durian + sweet corn (resepi aku).


2 hari sebelumnya aku try test buat, memang marbelesslah resepi Ain ni. Sampai ke hari raya, aku buat 2 periuk nasi. Clear!! Bagi-bagi untuk 6 rumah dan makan untuk tetamu dan keluarga di sini (kami lah). Thanks to ina, susah-susah je antar juadah raya ke rumah aku. Ada Kek Coklat Kukus, ketupat pulut daun palas (belasah je namanya! hihi - kelongsong ketupat tapi guna daun palas, diisi dengan beras pulut biasa atau beras pulut merah, direbus setengah masak dengan air mula2 kemudian direbus dengan santan pula) dan kuah kacang... sedaplah jugak sesekali pekena makanan sini. Jiran-jiran pun ada yang menghantar makanan macam nasi minyak, lemang, ketupat, nasi carrot, lauk kurma ayam, kari ayam dan kari daging.

Ketupat pulut daun palas

Jom layan resepi...

RESEPI: NASI AYAM
BAHAN-BAHANNYA:
Stok Ayam
Ayam
Sedikit halia (diblend)
2 ulas bawang putih (diblend)
5 ulas bawang kecil (diblend)
1 kiub stok ayam

1) Rebus ayam bersama bahan yang diblend tadi dan kiub. Rebus sehingga masak.

Ayam perapan
Ayam rebusan
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Jintan manis

1) Perap ngan kicap manis, sos tiram, madu dan jintan manis..agak-agak la..simpan dlm peti n goreng (ayam lebih sedap kalu perap lama).

Sup
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Rempah 4 beradik (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
Kiub stok ayam
Air rebusan ayam
Kaki ayam

1) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 bradik hingga wangi.
2) Masukkan air dan kiub serta lebihan air rebusan tadi
3) Nak lagi sedap masukkan kaki ayam dia rasa lemak sikit

Sambal
Tomato
Sos cili
Lada hidup
Gula
Garam
Cuka sikit
2 ulas bawang putih

1) Blend semua - tomato, sos cili, lada hidup, gula, garam, cuka sikit, bawang putih
2) Masak jap atas dapur
Kicap
Kicap pekat
Kicap manis
Sup
1 ulas bawang putih (diketuk)

1) Kicap pekat, kicap manis campur ngan sup dan bawang putih dan masak hingga pekat
(jgn manis jgn masin dah)

Nasi
Sedikit halia (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang kecil (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu marjerin
Beras - dibasuh dan ditos hingga kering
Air rebusan (kalau beras 6 pot - air 8 pot - lebihkan 2 pot air)
3 lai daun pandan - untuk menaikkan bau
Lemak ayam
Sedikit pewarna kuning

1) Halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan daun pandan, tumis ngan majerin.
2) Masukkan beras campurkan ngan air rebusan (nak lagi lemak boh lemak ayam dalam nasi)
3) Agak-agak dah nak masak, masukkan pewarna kuning dan gaulkan sebentar.

RESEPI: MUFFIN MILO KUKUS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Tambahan...
1/2 s/k serbuk penaik
1/4 cawan bancuhan kopi yg dah ditapis ( utk bg colour sikit - tak boh sbb xde kopi kat umah)

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla
CARA-CARANYA
1) Panaskan kukusan dan sapu acuan apam dgn planta.
2) Ayakkan tepung, masukkan serbuk milo, soda bikarbonate & serbuk penaik.
3) Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4) Masukkan bahan B dan gaulkan rata supaya sebati.
5) Masukkan adunan dalam acuan yg telah disapu planta/dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
6) Angkat dan hidangkan.

DAH SIAP!! SELAMAT MENCUBA
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...