Pages

Saturday, April 29, 2006

Welcome to Kuching

Assalamualaikum semua...
1hb April 2006
Aku dan keluarga sudah selamat tiba di bumi Kuching ini pada 29 hari yang lepas. Dengan menaiki pesawat MAS pada jam 2 petang pada 1hb April 2006 lalu dan tiba disini pada jam 4.50 ptg. Kami dijemput oleh salah seorang teman disini. Setelah dihantar check-in di Holiday Inn, kami berehat sebentar sementara menunggu untuk dijemput makan malam. Pada jam 8.30 malam, kami pergi makan malam di Samariang... kira-kira 40 minit dari Kuching. Di sana, terdapat juadah sate kajang, mee kolok, mee seafood dan lain-lain lagi. Aku yang kelaparan, hanya menempah mee seafood kerana nasi sudah habis pada ketika itu.
2hb April 2006
Keesokkan harinya, kami meronda-ronda sekitar Waterfront, banyak souvenir dijual. Aku seakan mahu beli dan kirim ke kampung tetapi masa banyak lagi. Aku hanya membeli 2 keping poskad untuk dihantar ke kampung. Kemudian, kami ke sekitar Kuching dan Petrajaya untuk mencari rumah yang sesuai. Tapi aku tak pergi sebab Aidi tidur. Abang pergi dengan kawan. Mengikut pandangan abang, setakat ini banyak rumah teres 2 tingkat. Aku kalau boleh nak teres setingkat je. Almaklum, budak kecik tengah buas. Aku risau dia turun naik tangga pulak.
3hb April 2006
Abang report duty hari ini. Aku dan Aidi tinggal di hotel. Boring?? huuu, memang boring... abang hanya balik pada waktu rehat tengahari dan petang. Aku menulis poskad untuk dihantar ke kampung Simpang Rengam dan Setiu. Internet ada disediakan di meja Reception dan sebuah sahaja.
4hb April 2006
Sama seperti semalam. Aku dan Aidi berdua tinggal dihotel sementara abang pergi kerja. Kami berdua telah pergi berjalan-jalan sekitar Sarawak Plaza dan Plaza Tun Jugah. Aku ke kedai buku Popular untuk membeli bahan bacaan Aidi. Ternyata, harganya boleh tahan. Aku membeli buku with puzzle inside denganharga RM21.90... boleh tahan maa...
5hb April 2006
Selepas waktu kerja abang, kami dijemput oleh tuan rumah. Kami pergi sekitar Tabuan. Ownernya cina. Rumah teres setingkat dan baru lagi. Aku memang dah berkenan tapi jirannya semua cina dan ownernya cina. Aku tak berapa berkenan yg ni.
6hb April 2006
Selepas waktu kerja abang, kami dijemput lagi oleh tuan rumah yg lain. Kali ini di Gita. Rumah teres setingkat tapi agak lama. Selepas kami meninjau-ninjau keadaan rumah, kami dibawa ke restoran yang dinamakan Saddad Court yg aku kira glamour di sini. Aku terpikat dengan makanannya iaitu Tauhu Special yg seakan tauhu jepun yg di makan dengan sos (campuran sos tiran, cendawan, kicap, sengkuang, daging dan lain-lain.) dan Midin goreng belacan (midin adalah pucuk paku muda yg tengah melentik naik). Jikalau makanan dan sedap, harga apatah lagi sedapnya... heheh. Tetapi tuan rumah yang bayar, baik hati betul tuan rumah ni.
7hb April 2006
Selepas waktu kerja abang, kami dijemput lagi oleh tuan rumah yg lain. Kali ini di Gita juga. Rumah teres setingkat sekitar tahun 1997. Corner lot, sewa RM700. Setelah berunding dengan tuan rumah yang berada di Sibu, kami menetapkan untuk tinggal di rumah ini dengan kadar sewa sebanyak RM600. Esok pindah masuk.
Cukup setakat ini dulu... nanti sambung lagi.

1 comments:

Wak Lat said...

holiday inn pon dh tukar nama margherita., 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...