Pages

Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Hello World!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

semoga sihat semua pembaca2 sekalian. Mesti ada yang tertunggu-tunggu coretan aku kat sinikan. (ada ke?)Dah lama tak update blog. Last update ujung bulan 2 tu. Ni dah ujung bln 4! huhuhu. Sibuklah katakan. Kadang ada order nasi ayam, nasi lemak... kadang ada buat blog. Buat blog ni pun kadang-kadang takde, tapi bila sekali datang 3-4 biji kena siapkan. Maka siapkan blog orang dulu, barulah fikir diri sendiri.

Bulan 3 lepas menyaksikan aku banyak ambil tempahan dari ofis hubby. Tart telur, cream puff, soto, bihun sup semua aku buat sendiri.




Pastu skype dgn mak abah kat kampung. Dah canggih sekarang ni. Walau jauh beribu batu, Simpang Rengam, Johor - Petrajaya, Kuching tadak hal punya.

Pastu ada Road Tour Permata Hijrah di The Spring, Kuching ni. Wah, best-best. Apa lagi... free treatmentlah.




*The Big Apple tu beli sebelum balik. Mahal rupanya. 3 ketul tu RM8.10. fuhhh.

Pastu ada attend 2 kenduri kawen kat sini. Rasanya penah cerita pasal wedding kat sini. Sangat-sangat lain dari semenanjung. Majlis hanya start jam 10-12 tghari sahaja. Lepas waktu tu, basuh periuklah jawabnya. Bila dah datang, terus duduk kat meja yang disediakan. Dah penuh, baru hidangan dihidangkan.



Pastu ada kawan dari Kota Bahru datang cuti-cuti Malaysia ke Kuching ni. Kak Zu and the family dan famili jiran dia, kira-kira 15 orang semuanya datang sini. Stay kat rumah kawan. Mujur dapat rumah sebiji, kalau duduk hotel, mau bengkrap bapaknya. hehhe.



Bulan 4 pulak.

Kakak angkat kat sini baru pas bersalin, dia mintak tolong masakkan untuk dia sahaja (lunch & dinner) dan mandikan baby. Actually, ni anak no 3 Kak Ina. Tapi sebab mak mertua dia (hb dia org sini) mengajar pagi dan mak dia (orang Melaka) datang lepas seminggu dia bersalin, maka memanglah memerlukan seseorang nak urus dia. Aku ok je sebab lepas antar Aidi sekolah, langsung ke rumah dia. 10 hari gak amik part-time ni. Dapatlah upah sket. Thanks kak. Semoga akak dan Nur Anisah Nabeehah sihat selalu.



Sara dah makin ligat. Still breastfeed. 1 thn 4 bln usianya. Kecik je. 7 kg! sekarang ni. Makan memilih. Nak nasi himpit, nasi kuah pindang je. Yang 2 ni memang tak tolak. Kalau cekedis, suka kopok, mami, vitagen. Dah pandai sedut straw si kenit ni. Minum pun pakai cawan. Air masak memang feberet sampai banjir rumah dia main. Baru ni kaki dia baru baik. Macam alergik. Bila tengah sakit tu, di garu-garunya sampai keluar darah dan air kuman. Sekarang dah baik, bila tengok kat tempat sakit tu, dia cakap, "uu aaa uuuuaaa" (dah baik ye mi)... hehhe, gitulah translationnya. Kalo tengok Upin Ipin, siap angguk pala lagi dengar lagunya. Pastu kalo dengar betul-betul-betul, terus dia besarkan biji mata dia macam orang terkejut tu sambil cakap "tah tah tah". hehhee.


Pastu dapat order roti jala dari Ina UNIMAS. Makan 6 org je. Bolehlah nk soping tudung sket. hehhe.



Pastu aku ada cipta menu baru, iaitu Nasi Lemak Hijau. Wallaaa... bila abang amik order kat opis, takut gak kalo dapat banyak. Tapi oklah. masih boleh dikerjakan. Dan dpt order bihun goreng 13 org makan. Yang nasi lemak tadi utk 10 orang makan.



Pastu Aidi sekarang dah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah. Belum 6 tahun pun lagi. Dia ni jenis cepat pick-up otaknya, kata orang. Time-time tengah naik semuanya ni, alhamdulillah semua masuk pala otak dia dengan senang je. Aku rasa sekaligus benda-benda ni naik - mengaji Al-Quran, membaca BM & BI, mengira tambah tolak (sekarang tengah ajar darab). Sedang semangat dia tengah naik macam ni, aku memang suka menyokong dia. Aku beli buku latih tubi an. Jawi, BM, BI, Math, Sains. Aku rasa tak pressure dia sebab ni untuk latihan mengasah otak dia je. Cikgu dia pun kata, untuk ajar Matematik kat Aidi tak susah sebab dia banyak dah tau. Buat banyak latihan kat rumah pun banyak membantu. Apa taknya, baru beli buku latihan Math semalam, selang sehari dah habis dia buat. "Suka sangat Matematik ni mi"... ikut abah dialah ni. Abah dia scorer dari sekolah rendah sampai la ni. Sebab tu jadi pegawai hasil. hehhehe.




Kakak sekarang nak melawo je. Pantang keluar rumah, mesti pakai lip gloss. Letak bedak kompek sket2. Sibuk, macam ummi. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke3 toilet trained dia dah tak tercicir lagi. Kakak dah 3 tahun lebih. Dah tak sabo nak gi sekolah. Asal Aidi gi sekolah je, sibuk nak ikut abang dia kata.



Dan kemuncak hari ini adalah Hari Jadi orang-orang yang aku sayang - mak, abang, Ana (kawan baik kat sek. men.). Aku buat kapkek dan sebiji kek untuk abang. Masa abang balik makan tengahari kul 12, Aidi bawak hadiah (suar, kemeja, stokin), Najlaa bawak kad & bunga (sekuntum je) dan Sara sambut abah balik. heheheh. Seronok tengok masing-masing excited. Semoga kasih sayang ini terus bersinar selamanya. Amin.



*punyalah panjang entry. Sapa boring, jangan layan yek. hehehe.
Read more...

Saturday, March 08, 2008

Ayat- Ayat Cinta the review

Assalamualaikum semua,

semoga mendapat barokah dari Allah SWT. Fuh, capek sekali untuk menghabiskan novel sebanyak 510 muka surat ni! sebelum ini aku tidak berkesempatan untuk membacanya, padahal movienya sudah didownload sejak awal bulan ini... dek kerana tidak mahu melepaskan babak-babak di dalam novel, maka saya menghabiskan dulu pembacaan sebelum menonton... ternyata pengisian di dalam filem tidak 100% sama di dalam novel... ada yang dibuat dahulu (tidak ikut flow jalan cerita di novel) dan ada yang tidak sepatutnya berlaku dimainkan di movie...

saya banyak ketawa tika membaca di awal novel (sampai aidi datang bertanyakan kenapa!), serius di pertengahan dan mata yang berkaca di penghujungnya... tetapi ketika menonton, saya sedikit ketawa di awalnya, serius di pertengahannya dan marah serta sedih di akhirannya... kenapa? kerana babak Maria tidak seperti yang sepatutnya... saya jadi penasaran mahu melihat gambaran Syurga yang dimimpi Maria ketika dia koma dan tiada pengucapan kalimah Syahadah!

Fahri di dalam novel sangat sempurna... perilakunya, keyakinannya, kata-katanya. Saya yakin, pasti diluar sana cemburu akan kesempurnaan Fahri. Masih ada lagikah insan seperti dia dimuka bumi ini? Terasa kerdil diri ini berbanding dia. Banyak lagi yang kurang dalam diri ini. Tepat sekali untuk mengatakan novel ini adalah novel pembangun jiwa. Dan di dalam movie, gambaran Fahri adalah benar.

Sebenarnya banyak babak dalam novel yang tidak difilemkan yang saya kepingin lihat... antara lain:

- tiada Yoesof dan Tuan Boutros?
- saat Fahri dan rakan-rakannya mengejutkan Madame Nahed dan Yoesof (sudah terbayang betapa terharunya Maria)
- tiada babak Fahri di rumah sakit (saat cemas Saiful meminta pertolongan dari keluarga Tuan Boutros)
- keindahan flat Fahri & Aisha yang menghadap Sungai Nil ketika duduk berduaan di balkoni (barangkali sulit untuk menemukan flat itu - di Holiday Inn, Kuching bisa kok!)
- cerita-ceriti Fahri bersama rakan-rakan di dalam sel ketika penahanannya dan banyak lagi...

kalau boleh satu persatu babak di novel mau dimoviekan... (barangkali sulit untuk penerbit melakukannya)... mungkin menyusul AAC the series! syiapa tau!

Apa-apapun, saya bagi 9/10 untuk AAC The Movie ini. Semoga terhibur semuanya. (sambil mendengar OST AAC dendangan Rossa)
Read more...

Wednesday, May 30, 2007

Buku

Assalamualaikum,

sebelum ni aku bukanlah peminat novel. Tapi selepas terjumpa satu novel yang akan-akan iras diri aku, aku terus beli. Berkenan dengan tajuk Jauh dan nama penanya, Aisya Sofea pada tahun 1998, membuatkan aku terus mengikuti perkembangannya hingga sekarang.

Ini antara koleksi kesayangan aku. Semua ada kecuali Jendela Hati yang akak aku buat pekasam kat Penang sana.

Sempat mengambil autograph untuk novel terbaru, Buatmu Kekasih di Pesta Buku 2007.
.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...