Pages

Showing posts with label CIMB Wealth Advisor. Show all posts
Showing posts with label CIMB Wealth Advisor. Show all posts

Wednesday, October 31, 2007

Rezeki di bulan Syawal

Assalamualaikum semua,

semoga sentiasa di dalam lindungan Illahi. Macam mana Syawal kali ni? semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya. Dah puasa 6? Aku belum, nak tunggu balik Kuching hujung minggu ni baru puasa. Makan sedap bila balik semenanjung ni... heheh

Alhamdulillah, seperti tajuk di atas... malam tadi kami ke rumah supervisor aku dan ditemani 3 orang rakan sekursus abang. Sebenarnya seorang je kawan abang yang nak invest, yang 2 lagi temankan je. Lepas dengar penerangan yang detail dari supervisor aku, terus lagi 2 orang tu nak invest. Alhamdulillah, 3 pelanggan pertama ni.

Patutlah 2 hari sebelumnya aku mimpi dapat anak lelaki. Orang kata, kalau mimpi dapat anak, kita akan dapat rezeki (Kak mun kata!). Dalam mimpi tu, aku tak tau pun aku pregnant. Masa tengah Q kat klinik, tiba-tiba aku nak bersalin, pastu terus dapat. Semua orang macam releks je termasuk aku. Dan tak sangka betul malam tadi, dari seorang kawan yang nak invest, jadi 3 orang. Alhamdulillah, syukur aku pada Allah SWT.

Lepas ni kena cari customer lagi. Jangan berpuashati dulu. Aku mesti boleh! :)
Read more...

Monday, August 13, 2007

CIMB Wealth Advisor

Assalamualaikum semua,

hari ni aku nak bercerita pasal unit trust atau saham amanah. Aku baru je berjinak-jinak dengan unit trust ni. Kalau ada apa-apa kemusykilan, silalah bertanya.

Ok, let's start. Kami di CIMB ini ada menyediakan 2 jenis fund iaitu Islamic Fund and Conventional Fund. Our funds do really fantastic & we give really a big room of choices to our investor. Antara benefit dia termasuklah:

1) professional investment services - selalu dimonitor
2) spreading the investment - pelaburan tu akan dipecah-pecahkan ke potential stok market atau eligible market, with lesser risk.
3) affordable - rendah initial investmentnya
4) convenience - senang nak jual balik unit tu, kita akan send annual report untuk mengetahui perkembangan unit tu.
5) liquidity - boleh jual balik on any business day.

so, siapa-siapa yang berminat, ada 2 cara untuk anda melabur, iaitu

1) Jika anda mempunyai akaun KWSP, anda boleh menggunakan wang di Akaun 1 untuk melabur. Perkiraannya begini, jika anda mempunyai lebih RM55,000, anda sudah boleh melabur. Contoh, 55,000 - 50,000* = 5,000, 5,000 x 20%* = 1,000... RM1,000 ni sudah boleh dilaburkan dan setiap 3 bulan anda boleh melabur. Buka buku akaun RM500.

*50,000 tu syarat wajib minimum.
*20% adalah peratus yang diambil

2) Jika anda ingin melabur menggunakan tunai, anda mestilah membayar sebanyak RM500 untuk membuka akaun dan setiap bulan anda melabur serendah RM50!

Ok, takat tu je. Kalau ada apa-apa kemusykilan, anda bolehlah melayari laman web amanah saham ini di http://www.cimb-wealthadvisors.com/. Terima kasih.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...