Pages

Tuesday, May 11, 2010

Nasihat Buat 'Sendayu Tinggi'

Bismillah, dari FB UZAR.

memang meluat pun bila R***** C** W** tu tergedik2 jalan. Aduh, dan-dan tukar channel.
........................................

Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.
__________________________


Nasihat Buat Sendayu Tinggi
Oleh : Ustazah Hjh Noraslina Jusin ( ISTERI UST ZAHARUDDIN)
http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/05/tsunami-dosa.html



“Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Meulaboh, Aceh, Indonesia, pada pukul 12.59 tengah hari tadi, menyebabkan penduduk di kawasan itu menjadi panik.

Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran potensi tsunami dan menasihat penduduk di Meulaboh menjauhi kawasan pantai sebaliknya pergi ke tempat lebih tinggi.” ( Bernama )

“Ya Allah, bantulah saudara kami di Acheh. Selamatkanlah mereka dengan limpah kasih sayang-Mu. Hanya kepada-Mu, Ya Allah..kami berlindung dan berserah..” saya memanjatkan doa tatkala membaca berita duka di atas. Kemungkinan Tsunami melanda bumi Acheh buat kesekian kalinya cukup menggerunkan rasa.

Bagai masih terbayang kedahsyatan tragedi menyayat hati yang pernah melanda rantau ini di penghujung tahun 2004. Ketika itu, saya dan keluarga baru beberapa bulan berada di Malaysia setelah 3 tahun hidup di perantauan, di bumi Jordan. Ribut Tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Memisahkan insan-insan tercinta dari kamus kehidupan di dunia.

Suami kehilangan isteri. Pasangan hidup, pergi tidak kembali. Anak-anak meratapi pemergian orang tua. Ibu ayah menangisi tubuh si anak yang tidak lagi bernyawa.

Bumi sebelah sini bagaikan dihentam letupan nuklear dengan beberapa kawasan di Asia terutama Indonesia, Sri Lanka dan Thailand, umpama ‘padang jarak padang tekukur’ apabila hampir sebahagian wilayahnya musnah sekelip mata ditelan ombak besar.

Lidah kelu untuk mengungkapkan. Hanya air mata yang laju menuruni pipi melihat rakaman di kaca tv . Menyaksikan keagungan Allah SWT di sebalik peristiwa sedih yang terjadi. Mendengar teriakan pilu dan sendu insan-insan yang diuji Allah dengan kemusnahan dan kehilangan yang bukan sedikit.


IKLAN MENGGODA
Saya cuba menghilangkan sedikit gelodak jiwa dengan menonton rancangan bercorak agama dari salah satu stesyen televisyen di Malaysia secara online. Sekadar untuk mencedok mutiara ilmu yang mungkin boleh saya manfaatkan buat peringatan diri sendiri dan keluarga.

Ketika itulah, hati wanita saya yang sedia sedih semakin pedih. Akan tetapi, hati muslimah saya lebih terasa peritnya. Tumpuan saya kepada rancangan yang sedang ditonton sangat terganggu oleh satu iklan komersial yang muncul. Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.

Jiwa dan naluri keperempuanan saya meronta-ronta untuk berkata. Patutlah, ada seorang teman mengesyorkan saya menulis sesuatu berkaitan perkara ini.

Saya pasti sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan artis tersebut di dalam iklan komersial berjenama kosmetik terkenal anak tempatan ini, akan gelisah dan resah oleh aksi pakaiannya yang keterlaluan.

Sayang sekali bila mengenangkan pemilik jenama kosmetik berkenaan yang diwarwarkan telah berubah ke arah kesempurnaan menutup aurat, malah berpurdah. Sewajarnya, perkara ini sentiasa mendapat perhatian dan berada di dalam pengawasannya agar kebatilan tidak bercambah bersama hasrat murninya untuk membangunkan ekonomi ummah, terutama kepada warga kurang berkemampuan di desa-desa.

Tidak sanggup rasanya membiarkan artis wanita itu terus-terusan dijadikan bahan pelaris barangan. Mengenangkan betapa banyak hati-hati yang telah hitam dan kusam dengan melihat gaya manjanya. Itu belum lagi ditambah dengan sembang-sembang separuh lucah lelaki kurang beriman yang pernah saya temui di satu laman forum berkait iklan menghairahkan ini.

Meluat dan cukup benci saya membacanya!

MEMBANTU YANG ZALIM
Biarpun saya maklum, ada pihak yang melahirkan rasa kagum dan gembira dengan kekuatan iklan tersebut yang dikatakan bertaraf dunia dan setanding dengan iklan berjenama antarabangsa, namun ingatan saya lebih kuat terhadap pesan Rasul Mulia :

حدثنا مسدد حدثنا معتمر عن حميد عن أنس رضي الله عنه قاقال رسول الله صلى الله عليه وسلم انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما قال تأخذ فوق يديه

Maksudnya : “ Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulallah,kami membantu orang yang di zalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menganjurkan seorang Muslim agar membantu saudara Muslimnya, baik ia seorang yang sedang dizalimi atau ia berada di posisi sedang menzalimi. Lantas, apabila memperkatakan tentang iklan ini, ia bagaikan menyeru :

“Bantulah saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka menuju jalan yang diredhai Allah dan Rasulmu.”

Orang yang zalim adalah orang yang menyimpang dari kebenaran.

Justeru, apa yang dilakukan oleh artis wanita Melayu beragama Islam di dalam iklan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang sedang berlaku.

Dia seolah-olah sedang menzalimi dirinya sendiri dengan memperagakan aurat yang wajib ditutupi. Dia mengingkari suruhan Allah dengan menayangkan secara percuma tubuhnya yang mengiurkan mata keranjang lelaki tidak bertaqwa.

Begitu juga dengan syarikat yang bertanggungjawab mengkomersialkan iklan ini untuk meraih keuntungan. Mereka tanpa sedar sedang melakukan kezaliman dengan memperdagangkan aurat seorang Muslimah. Menaja kemungkaran dengan menggalakkan kecantikan wanita dipertontonkan tanpa batasan dan rasa bersalah.

“Keuntungan syarikat mereka di ketika itu menjadi syubhah dan sebahagiannya menjadi haram terus akibat dari iklan tersebut” kata suami apabila saya bertanya berkenaan hal terbabit walaupun beliau tidak pernah melihat iklan yang dimaksudkan.

PERANAN
Seorang muslim seharusnya menyukai untuk saudaranya apa yang di sukai bagi dirinya. Kerana itu, perlu diperhalusi hadis ini sebaiknya agar manfaat dari sikap mengambil berat dan membantu orang yang zalim dan menzalimi dari saudara seakidah ini terzahir dan nyata kebaikannya buat semua.

Allah dan Rasul-Nya bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material semata-mata. Akan tetapi, kebaikan yang paling besar dan wajib di kongsi bersama adalah hidayah Allah dan kefahaman islam yang mulia.

Lalu, di dalam hal ini, bagaimana caranya dapat kita membantu?

Pada saya, perkara pertama yang dapat saya dan kita semua lakukan ialah dengan menyampaikan nasihat dan peringatan kepada pemilik syarikat Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim, yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan ini di bawah jenama ST Beauty, D’Folia Coffee. Saya sedang berusaha dan untuk mendapatkan alamat emel atau apa-apa sahaja medium perhubungan yang dapat menyampaikan terus peringatan ini kepada beliau, tetapi masih belum berhasil.

Saya maklum akan kebaikan yang terkandung di dalam produk yang diiklankan, iaitu untuk kesihatan dalaman wanita, akan tetapi biarlah promosi dan iklan mengenainya bersih dari sebarang paparan aurat wanita Muslimah, apatah lagi menggunakan artis yang terkenal dengan gaya seksi dan mengiurkan sebagai daya tarikan.

Keuntungan dunia yang bercampur dosa dan dan maksiat akan menghilangkan keberkatan dari Allah. Ingatlah, pelaku dosa yang tidak bertaubat sebelum hayatnya tamat dan kembali kepada Allah, umpama besi yang akan ditarik kepada ‘magnet’ api neraka Allah SWT di akhirat kelak. Na’uzubillahi min zaalik.

Rasulullah SAW menegaskan di dalam satu hadis :

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال : ” كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما ، فقال : ( يا غلام ، إني أُعلمك كلمات : احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سأَلت فاسأَل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأُمة لو اجتمعت على أَن ينفعـوك بشيء ، لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء ، لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف ) . رواه الترمذي وقال :” حديث حسن صحيح “.وفي رواية الإمام أحمد : ( احفظ الله تجده أَمامك ، تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك فـي الشدة ، واعلم أَن ما أَخطأَك لم يكن ليصيبك ، وما أَصابك لم يكن ليخطئك ، واعلم أَن النصر مع الصبر ، وأن الفرج مع الكرب ، وأن مع العسرِ يسرا

Maksudnya : “Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah*, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu**. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

Dan didalam riwayat Imam Ahmad: “Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan.”

TSUNAMI DOSA
Justeru, saya menyeru kepada mana-mana pengedar, stokis atau kedai-kedai barangan kosmetik yang menjual jenama dari syarikat ini yang membaca atau terbaca tulisan ini agar memanjangkan kata-kata saya kepada beliau. Begitu juga kepada pembaca blog saya yang mengenali mana-mana pihak yang menjadikan kosmetik kecantikan sebagai barang jualan, agar dapat menitipkan kata-kata nasihat buat mereka supaya lebih berhati-hati dalam perniagaan dan tidak melanggar batas-batas syari’at demi mendapatkan habuan dunia yang sementara.

Insafilah, Tsunami besar pernah melanda. Dan tidak mustahil ia akan melanda lagi dengan impak yang lebih besar dari sebelumnya.

Ambillah semua itu sebagai ingatan dari Allah Yang Maha Berkuasa. Tsunami dosa manusia telah terlalu banyak menyelubungi dunia. Tidak hairanlah, Allah mendatangkan musibah sebagai peringatan dan penghapus dosa yang melata.

Telah begitu banyak tanda-tanda Keagungan Allah dari peristiwa Tsunami yang sulit diingkari oleh pandangan mata, pendengaran telinga, dan penilaian hati manusia yang masih berfungsi.

Hanya hati-hati yang buta saja yang masih tegar mengingkari ayat-ayat Allah. Bahkan andai berlaku bencana yang berganda dahsyatnya dari gelombang Tsunami yang pernah berlaku, hati-hati mereka akan tetap keras, lebih keras dari batu yang pejal kaku. Firman Allah SWT :

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Maksudnya : “Karena sesungguhnya, bukanlah pandangan mata itu yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.” ( Surat Al Hajj ayat 46 )

Dan firman-Nya juga :

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : “Kemudian setelah itu hati-hati kalian menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras dari itu. Padahal di antara batu itu ada yang mengalir sungai-sungai darinya, dan di antaranya ada yang terbelah lalu keluar air darinya.” ( Surat Al Baqarah ayat 74 )

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha agung.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

4 comments:

DeLLa said...

bukan Ro*i*ta C** W** la..tu pelakon...

NOR HASMAH said...

Salam..sy pun tak sanggup nak tgk RCW tu jln tayang ape yg dia ada..terus tukar channel lain..malluuuu....

Suhaiza Sa'at said...

Della: yelah. iklan yg pakai baju pepel tu.

IbuHakimHaikal: wsalam, salam kenal. tulah, dunia dah akhir zaman.

Unknown said...

salam,masa saya baca ayat zalim ni,ustaz azhar tengah baca yang sama dalam youtube.
untungnya isteri uzar,dia tanya direct dapat jawapan!

suami ada cerita,ayat quran yang last tu,ada lagi penemuan di tanah arab,ada ulat yang setiap hari dapat setitis air dari dalam batu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...