Pages

Friday, April 23, 2010

Hello World!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

semoga sihat semua pembaca2 sekalian. Mesti ada yang tertunggu-tunggu coretan aku kat sinikan. (ada ke?)Dah lama tak update blog. Last update ujung bulan 2 tu. Ni dah ujung bln 4! huhuhu. Sibuklah katakan. Kadang ada order nasi ayam, nasi lemak... kadang ada buat blog. Buat blog ni pun kadang-kadang takde, tapi bila sekali datang 3-4 biji kena siapkan. Maka siapkan blog orang dulu, barulah fikir diri sendiri.

Bulan 3 lepas menyaksikan aku banyak ambil tempahan dari ofis hubby. Tart telur, cream puff, soto, bihun sup semua aku buat sendiri.




Pastu skype dgn mak abah kat kampung. Dah canggih sekarang ni. Walau jauh beribu batu, Simpang Rengam, Johor - Petrajaya, Kuching tadak hal punya.

Pastu ada Road Tour Permata Hijrah di The Spring, Kuching ni. Wah, best-best. Apa lagi... free treatmentlah.




*The Big Apple tu beli sebelum balik. Mahal rupanya. 3 ketul tu RM8.10. fuhhh.

Pastu ada attend 2 kenduri kawen kat sini. Rasanya penah cerita pasal wedding kat sini. Sangat-sangat lain dari semenanjung. Majlis hanya start jam 10-12 tghari sahaja. Lepas waktu tu, basuh periuklah jawabnya. Bila dah datang, terus duduk kat meja yang disediakan. Dah penuh, baru hidangan dihidangkan.



Pastu ada kawan dari Kota Bahru datang cuti-cuti Malaysia ke Kuching ni. Kak Zu and the family dan famili jiran dia, kira-kira 15 orang semuanya datang sini. Stay kat rumah kawan. Mujur dapat rumah sebiji, kalau duduk hotel, mau bengkrap bapaknya. hehhe.



Bulan 4 pulak.

Kakak angkat kat sini baru pas bersalin, dia mintak tolong masakkan untuk dia sahaja (lunch & dinner) dan mandikan baby. Actually, ni anak no 3 Kak Ina. Tapi sebab mak mertua dia (hb dia org sini) mengajar pagi dan mak dia (orang Melaka) datang lepas seminggu dia bersalin, maka memanglah memerlukan seseorang nak urus dia. Aku ok je sebab lepas antar Aidi sekolah, langsung ke rumah dia. 10 hari gak amik part-time ni. Dapatlah upah sket. Thanks kak. Semoga akak dan Nur Anisah Nabeehah sihat selalu.



Sara dah makin ligat. Still breastfeed. 1 thn 4 bln usianya. Kecik je. 7 kg! sekarang ni. Makan memilih. Nak nasi himpit, nasi kuah pindang je. Yang 2 ni memang tak tolak. Kalau cekedis, suka kopok, mami, vitagen. Dah pandai sedut straw si kenit ni. Minum pun pakai cawan. Air masak memang feberet sampai banjir rumah dia main. Baru ni kaki dia baru baik. Macam alergik. Bila tengah sakit tu, di garu-garunya sampai keluar darah dan air kuman. Sekarang dah baik, bila tengok kat tempat sakit tu, dia cakap, "uu aaa uuuuaaa" (dah baik ye mi)... hehhe, gitulah translationnya. Kalo tengok Upin Ipin, siap angguk pala lagi dengar lagunya. Pastu kalo dengar betul-betul-betul, terus dia besarkan biji mata dia macam orang terkejut tu sambil cakap "tah tah tah". hehhee.


Pastu dapat order roti jala dari Ina UNIMAS. Makan 6 org je. Bolehlah nk soping tudung sket. hehhe.



Pastu aku ada cipta menu baru, iaitu Nasi Lemak Hijau. Wallaaa... bila abang amik order kat opis, takut gak kalo dapat banyak. Tapi oklah. masih boleh dikerjakan. Dan dpt order bihun goreng 13 org makan. Yang nasi lemak tadi utk 10 orang makan.



Pastu Aidi sekarang dah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah. Belum 6 tahun pun lagi. Dia ni jenis cepat pick-up otaknya, kata orang. Time-time tengah naik semuanya ni, alhamdulillah semua masuk pala otak dia dengan senang je. Aku rasa sekaligus benda-benda ni naik - mengaji Al-Quran, membaca BM & BI, mengira tambah tolak (sekarang tengah ajar darab). Sedang semangat dia tengah naik macam ni, aku memang suka menyokong dia. Aku beli buku latih tubi an. Jawi, BM, BI, Math, Sains. Aku rasa tak pressure dia sebab ni untuk latihan mengasah otak dia je. Cikgu dia pun kata, untuk ajar Matematik kat Aidi tak susah sebab dia banyak dah tau. Buat banyak latihan kat rumah pun banyak membantu. Apa taknya, baru beli buku latihan Math semalam, selang sehari dah habis dia buat. "Suka sangat Matematik ni mi"... ikut abah dialah ni. Abah dia scorer dari sekolah rendah sampai la ni. Sebab tu jadi pegawai hasil. hehhehe.




Kakak sekarang nak melawo je. Pantang keluar rumah, mesti pakai lip gloss. Letak bedak kompek sket2. Sibuk, macam ummi. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke3 toilet trained dia dah tak tercicir lagi. Kakak dah 3 tahun lebih. Dah tak sabo nak gi sekolah. Asal Aidi gi sekolah je, sibuk nak ikut abang dia kata.



Dan kemuncak hari ini adalah Hari Jadi orang-orang yang aku sayang - mak, abang, Ana (kawan baik kat sek. men.). Aku buat kapkek dan sebiji kek untuk abang. Masa abang balik makan tengahari kul 12, Aidi bawak hadiah (suar, kemeja, stokin), Najlaa bawak kad & bunga (sekuntum je) dan Sara sambut abah balik. heheheh. Seronok tengok masing-masing excited. Semoga kasih sayang ini terus bersinar selamanya. Amin.



*punyalah panjang entry. Sapa boring, jangan layan yek. hehehe.

2 comments:

noore said...

aku salah sorang yg tunggu blog ko di'update',walhal blog sdiri pun x update2...huhuuhu.
sekejap je anak2 ko dah besar,lg2 sarah..1thn lebih dh ye..lebih kurang arman je feelnya...suke tgk upin&ipin,mmg fanatiklah...asik nak pakai tshirt upinipin 24jam,tgk citer upinipin toksah ckplah..

Suhaiza Sa'at said...

hehheh. sorilah buat ko tertunggu2. org lain, laju je update blog. heheh

yeke Arman. heheh. blh geng dgn adik Sara ni. :) mesti dh notti skrg nikan. tp Sara kecik lg, time tgk citer dia je yg dia excited. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...